Kesalahan Dalam Pemakaian Maskara Yang Sering Dilakukan Ramai Wanita

Kesalahan Dalam Pemakaian Maskara Yang Sering Dilakukan Ramai Wanita

Memakai maskara dikatakan sebagai salah satu langkah paling senang dalam rutin mekap. Tapi, ramai daripada kita tidak sedar kesalahan yang sering dibuat semasa memakai maskara yang menjadikan maskara kita tidak kekal sepanjang hari atau memberikan kesan yang tidak memberansangkan. Jika anda pernah membuat beberapa kesalahan ini, cuba elakkan dari melakukan hal ini lagi.

Pemakaian Maskara Yang Gagal. Kenapa Anda Tidak Berpuas Hati Dengan Solekan Mata

Maskara jika tidak dipakai dengan baik akan merosakkan mood terutamanya kalau ada gumpalan, ketulan, jaringan sisa maskara selepas memakai. Pemakaian maskara yang salah akan menyebabkan mata anda kelihatan seperti rakun atau mengelupas dan gugur di pipi. Kesalahan yang biasa dibuat semasa memakai maskara akan merosakkan bulu mata seperti bulu senang kering, mudah rapuh atau gugur teruk. Kami akan ceritakan kesalahan yang biasa dibuat semasa memakai maskara yang anda boleh ubah dengan mudah.

Kesalahan Pemakaian Maskara

  • Memakai terlalu banyak maskara

Untuk anda yang impikan hasil yang menakjubkan, anda pasti akan memakai beberapa lapisan maskara dalam rutin mekap. Tak salah tapi sebaiknya bersederhana. Penting juga untuk anda cuci sisa maskara dari batangnya semasa memakai. Anda boleh guna tisu. Kami tidak syorkan anda untuk sapu pada tiub kerana mungkin akan mengeringkan tiub dan menggelupas.

Untuk memperoleh bulu mata berani yang lebat dan panjang, kita perlu letak dua atau tiga salutan. Tapi, kami ada cadangan lain. Pertama, anda perlu cari maskara dengan tujuan khusus. Pasaran kosmetik banyak menghasilkan maskara yang dicipta untuk panjang dan melebat yang hanya perlu dipakai sekali sahaja untuk mencapai hasil yang anda mahu.

Memakai primer maskara adalah satu cara yang berkesan. Produk primer sangat bagus kerana ia memberikan hasil merapikan dan melindungi. Base maskara akan memudahkan pemakaian maskara, mengurangkan pengelupasan dan kecomotan. Ia juga mampu memberikan penampilan bulu mata lebat dan mengunci hidrasi. Bahan-bahan berkhasiat primer maskara akan menembusi bulu mata dan merapikannya. Apa yang anda perlukan hanyalah satu salutan untuk memperoleh bulu mata lebat dan panjang yang diingini.

  • Cara salah guna pelentik bulu mata 

Malangnya, walaupun ianya adalah aksesori mekap paling popular, ramai yang tidak tahu cara menggunakannya. Yang penting, guna pelentik sebelum memakai maskara. Memakainya selepas maskara anda menyebabkan bulu mata anda mudah rapuh dan tertarik!

Ingat pastikan anda memakai pelentik pada bulu mata yang bersih dan belum disolek. Alat ini akan mengangkat dan melentik bulu mata anda serta dengan bantuan maskara, hasilnya akan kekal sepanjang hari.

  • Anda menambah maskara di pertengahan hari

Pada hari yang sibuk, kerja yang banyak dan jadual padat pasti akan menjejaskan mekap kita. Memang boleh untuk touch up mekap, tapi menambah satu salutan pada bulu mata yang telah dipakai maskara sebelum ini adalah satu kesilapan besar. Hal ini kerana, bulu mata anda cenderung untuk mengumpul habuk dan serat dari pakaian. Disebabkan itu, lapisan maskara yang baru akan membuatkan bulu mata anda tersangkut dan bergumpal dan kelihatan tidak menarik.

Jika anda ingin memakai maskara lagi, cuci dahulu maskara yang anda pakai sebelum ini. Guna pad kapas dan Q-tip. Letak pad di bawah bulu mata dan cuci produk dengan Q-tip lembap dari dasar bulu mata sehingga ke hujung. Dengan ini, anda tidak akan menghancurkan mekap. Sekarang, anda boleh letak satu salutan maskara baru.

  • Anda guna maskara lama

Semua produk mempunyai tarikh tamat tempoh, begitu juga dengan maskara. Biasanya, maskara perlu diganti setiap 2 atau 3 bulan. Formula tamat tempoh tidak akan memberikan liputan yang bagus; semakin tebal maskara diletak pada bulu mata akan kelihatan tidak sekata dan melekat. Gumpalan yang terbentuk tidak kelihatan menarik. Apa yang memburukkan keadaan, maskara ini boleh memasuki mata dan menyebabkan kerengsaan, mata berair dan kemerahan. Maskara lama mempunyai kesan buruk kepada bulu mata. Bulu mata akan menjadi kering, dan senang rapuh, dan - dalam kes tertentu - keguguran bulu mata.

Ingat bahawa mata adalah organ yang lembut dan tidak boleh terdedah kepada risiko. Menukar maskara bermaksud anda seorang yang menjaga kesihatan mata dan keseluruhan.

  • Anda pam udara ke dalam tiub maskara

Berapa banyak sudah anda mengepam batang maskara dengan niat untuk mengumpul lebih banyak salutan? Ini adalah kesalahan besar! Dengan melakukan hal ini, anda sebenarnya mengepam udara ke dalam tiub yang akan memendekkan jangka hayat maskara anda.

Untuk mendapatkan kuantiti maskara optimum pada batang - putarkan tiub pada sudut tertentu untuk keluarkan produk dari dalam botol. Maskara akan melekat pada batang lebih banyak berbanding jika anda mengepam.

  • Anda melihat ke atas semasa memakai maskara

Adakah maskara anda sering comot? Mungkin kerana anda sering melihat ke atas semasa memakai maskara. Cuba lihat ke bawah atau sebaiknya tutup mata separuh. Cara ini akan mengelakkan produk terkena kulit bagi mencipta lentikan cantik. Goyangkan  spoolie ke belakang depan untuk mengasingkan bulu mata dengan mudah dan menyalutinya dengan maskara dengan rata.

Jika anda memandang ke atas semasa memakai maskara, anda akan mendalamkan lagi garis pada dahi yang akan mempercepatkan proses penuaan.

SARANAN: Jika comot, jangan terus cuci. Selesaikan solekan anda, dan calit sahaja dengan kuku. Tiada sisa langsung. Maskara yang basah lebih senang untuk comot dan mengambil masa untuk dicuci.

  •  Bulu mata bawah - sama ada anda memakai terlalu banyak maskara atau tidak guna langsung

Masalah biasa. Pastikan anda pilih jalan tengah. Bulu mata bawah perlu disaluti dengan maskara kerana nanti akan ada kontras jika anda tidak memakainya. Tiada keseimbangan antara bulu mata atas dan bawah. Mata anda akan kelihatan lebih kecil. Tapi, meletak maskara terlalu tebal pada bulu mata bawah akan membuatkan anda kelihatan lucu dan berlebihan.

Guna hujung spoolie adalah cara terbaik untuk memakai maskara pada bulu mata bawah. Ada juga maskara  yang mempunyai aplikator nipis untuk menyaluti bulu mata bawah dengan mudah.

NOTA: Jika anda mempunyai kelopak mata jenis bertudung, sebaiknya janga letak maskara pada bulu mata bawah. Jika tidak, anda akan kelihatan sedih.

  • Anda sering menggunakan produk kalis air

Mungkin tidak logik tapi formula tebal pada maskara kalis air mengambil masa lebih lama untuk anda cuci solekan sebelum tidur. Penat dan kecewa, anda cenderung untuk menggosok kelopak mata dengan kasar dan ini sungguh berbahaya - bulu mata anda boleh rapuh atau gugur. Ingat, jika anda menggunakan maskara kalis air, anda juga bertanggungjawab untuk mencucinya.

  • Anda tidak mencuci solekan

Jika anda tertanya apakah perkara paling teruk yang anda boleh lakukan terhadap bulu mata anda, jawapannya ialah lupakan penjagaan bulu mata. Sebarang jenis mekap akan memberatkan bulu mata dan juga kulit wajah. Oleh itu, penting untuk anda biarkan ia rehat pada waktu malam. Maskara akan membaluti bulu mata. Maskara yang paling mahal dan mengandungi formula terbaik juga mampu menjejaskan bulu mata anda jika anda pakainya terlalu lama. Bulu mata anda pasti kering jika anda tidak mencuci maskara. Ingat, sentiasa cuci mekap sebelum tidur. Terdapat syampu bulu mata dan kening yang anda boleh guna dimana ia lebih bagus untuk bulu di wajah.

Adakah Terdapat Kaitan Antara Penjagaan Bulu Mata dan Solekan Mata?

Penjagaan bulu mata harian akan memberi kesan terhadap penampilan solekan anda. Maskara akan kelihatan lebih cantik pada bulu mata yang sihat. Jika anda mempunyai bulu yang jenis jarang, mungkin ia akan semakin jarang selepas meletak maskara. Oleh itu, anda perlu elakkan kesalahan di atas dan jaga bulu mata secara harian.

Penjagaan Mata. Bagaimana Cara Menguatkan Bulu Mata?

Terdapat beberapa cara popular dan efektif untuk menguatkan bulu mata dengan harga berpatutan.

  • Serum bulu mata. Terdapat banyak produk yang boleh membantu anda mendapatkan bulu mata yang lebat dan kuat. Serum bulu mata direka dengan formula khas yang mengandungi vitamin dan nutrisi penting. Ia berfungsi dengan meremajakan dan melindungi bulu mata serta merangsang pertumbuhan bulu.
  • Minyak kastor. Minyak ini mempunyai kesan positif yang telah diketahui sejak lama kerana ia adalah minyak rambut popular yang mempunyai manfaat yang banyak. Ia boleh menguatkan bulu mata dan kening. Minyak kastor akan memberi khasiat, melebatkan dan memberikan sinar kepada bulu mata serta mampu merangsng pertumbuhan bulu.
  • Suplimen. Bekalan vitamin, zat galian dan nutrisi yang optimum akan memberi manfaat kepada badan anda. Sebarang kekurangan akan melemahkan bulu dan kuku. Di farmasi, kita boleh temui banyak produk atau herba yang boleh menggantikan kekurangan ini.

Semak siaran kami jika anda ingin ketahui lebih lanjut tentang penjagaan bulu mata.



Tulis komen. Ia akan disiarkan sebaik sahaja diluluskan oleh moderator.
Polisi privasi

Laman web menggunakan cookies termasuklah yang pihak ketiga untuk menggunakan alat luaran. Jika pengguna tidak memberi keizinan, kami akan menggunakan cookies yang penting sahaja. Anda boleh tukar tetapan ini pada pelayan bila-bila masa sahaja. Adakah anda memberi izin untuk kami menggunakan cookies anda?

Polisi privasi