Penjagaan Bulu Mata Secara Semulajadi. Pelajari Cara Menjaga Bulu Mata Anda Dengan Betul

Penjagaan Bulu Mata Secara Semulajadi. Pelajari Cara Menjaga Bulu Mata Anda Dengan Betul

Kita semua mahukan kehidupan sihat dan penampilan cantik. Kalau anda perasan, sejak kebelakangan ini, kesedaran tentang penjagaan kulit dan rambut semakin meningkat. Hal ini terpakai juga untuk bulu kening dan bulu mata. Namun, ramai tidak tahu bahawa bulu mata memainkan peranan penting dalam kesihatan. Ia bukan sahaja memberi rangka mata malah melindunginya. Ketahui cara untuk menjaga bulu mata dengan efektif!

Penjagaan bulu mata - kenapa anda perlu menjaga bulu mata anda?

Bulu halus yang berada di sekeliling mata kita mempunyai kitaran hidup semulajadi dan keguguran bulu adalah secara semulajadi. Anda tidak perlu risau jika ada bulu mata gugur di pipi anda. Setiap hari kita akan kehilangan 2-3 bulu mata untuk setiap bulu tapi bulu baru akan mula tumbuh di tempat yang sama.

Peranan bulu mata untuk mata

Bulu mata akan memastikan mata anda sentiasa lembap dan mengurangkan aliran udara yang akan mendedahkan mata kepada kekeringan atau terdedah kepada faktor luar seperti debu atau peluh. Ia juga akan menyaring sinaran matahari melindunginya dari radiasi berbahaya dan juga bertindak sebagai petanda bahaya yang akan datang dengan bertindak seperti misai kucing. Jika ada sesuatu mendekati anda dan tersentuh dengan bulu mata, ia akan merangsang refleks kelopak mata untuk menutup. Oleh itu, sangat penting untuk anda tahu cara menjaga bulu mata supaya ia sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

Penjagaan bulu mata - bagaimana cara menjaga bulu mata?

Terdapat beberapa cara untuk menguatkan dan memberi khasiat kepada bulu mata semulajadi. Di bawah, anda boleh baca beberapa trick ringkas yang boleh digunapakai dalam kehidupan seharian. Bulu mata anda akan tumbuh segar jika anda mengamalkan rutin ini dengan membentuk bulu yang yang indah. Berikut adalah beberapa cara untuk menjaga bulu mata anda.

Mencuci mekap - hati-hati pada mata

Berhati-hati semasa mencuci kelopak mata. Jangan terlalu kasar, lakukan dengan lembut. Ini sangat penting untuk menjaga bulu mata anda dalam keadaan yang baik. Apa yang anda perlukan ialah rendam pad kapas dengan pencuci mekap dan tekannya pada mata. Tekan lagi dengan lembut pada bulu mata dan tunggu beberapa saat, gerakkan kapas ke bawah mengikut pertubuhan bulu. Jika perlu, ulang lagi. Jangan sesekali menggosok mata dan sentiasa cuci bulu mata dengan sepenuhnya. Jika ada maskara tertinggal, hal ini akan menjurus kepada kekeringan berlebihan atau jangkitan mata.

Syampu bulu mata dan kening - wajib ada?

Mencuci mekap adalah proses untuk melarutkan produk solekan dan bersihkan wajah dengan gel wajah selepas mencuci mekap. Tapi, kadang-kadang agak sukar untuk mencapai ruang kecil di antara bulu mata. Selain itu, ada juga produk kecantikan yang mengganggu mata. Oleh itu, syampu bulu mata dan kening telah menjadi terkenal dalam pasaran kecantikan. Produk ini mempunyai formula halus dan pH sesuai. Ia tidak mengganggu mata dan mencuci bulu mata dengan baik. Anda boleh guna berus halus untuk mengagihkan syampu pada bulu dan mencapai semua ruang antara bulu mata dan kening.

Serum bulu mata - kunci kecantikan bulu mata

Serum bulu mata semakin popular dan mendapat sokongan positif dan hasilnya juga menawan. Fungsinya adalah untuk menguatkan bulu mata, merangsang pertumbuhan, dan mempunyai bahan perlindungan. Penting untuk anda guna dengan sistematik.

Bahan-bahan yang ada dalam formula serum adalah:

  • minyak kastor untuk meningkatkan ketebalan bulu dan mengelakkan kerapuhan,
  • asid hialuronik akan memberikan hidrasi maksimum kepada bulu,
  • keratin adalah blok pembina utama bulu,
  • aloe vera akan mengurangkan kerengsaan dan melegakan, menghasilkan semula dan mempunyai bahan melembap.

Produk ini boleh meningkatkan keadaan bulu mata dan memanjangkan atau melebatkan bulu mata anda. Lihat Nanolash Eyelash Serum dan serlahkan dimensi bulu mata anda.

Pilih penjagaan wajah yang betul

Serum dan krim mata boleh jadi bahan yang alergenik dan comodogenik. Walaupun ianya telah diuji secara dermatologi dan ophthalmogi, vegan dan mengandungi bahan semulajadi, tapi ia mungkin tidak sesuai untuk anda. Pilih produk penjagaan yang sesuai adalah satu perkara cuba dan gagal. Tapi, itulah satu-satunya cara untuk mencari produk yang sesuai dengan mata anda. Hal ini kerana anggota badan kita berkoordinasi sesama mereka. Keadaan kulit juga penting untuk folikel bulu.

Bagaimana cara menjaga bulu mata - penawar di rumah

Jika anda tertanya-tanya adakah penawar di rumah untuk menjaga bulu mata. Sebenarnya, banyak! Tapi untuk lihat hasilnya mungkin mengambil masa yang lama.

Penjagaan bulu mata - minyak zaitun dan lain-lain

Minyak kastor, argan dan kelapa adalah bahan yang bagus untuk badan kita. Ia berfungsi baik sebagai rawatan untuk bulu, kening dan bulu mata. Meletaknya pada bulu mata akan menebalkan dan melembapkan serta menjadikan bulu anda lebih lembut dan bersinar. Minyak akan melindungi bulu dari kehilangan kelembapan dan protein akan menjadikan batang bulu lebih fleksibel. Minyak zaitun mengandungi vitamin E untuk memberi khasiat kepada bulu mata dan merangsang pertumbuhan bulu. Ia mengandungi polyphenol dengan bahan antioksida.

Anda boleh lihat manfaat bahan yang menjana semula. Hanya letak sedikit minyak pada spoolie bersih dan beruskan di sepanjang bulu. Lebih baik anda letak pada malam kerana minyak dan formulanya yang tebal. Hasilnya akan kelihatan selepas beberapa minggu tapi penting juga anda untuk ulang prosedur ini secara berkala.

Penjagaan bulu mata - aloe vera dan teh hijau

Aloe vera adalah tumbuhan yang bagus untuk melembap dan mempunyai bahan anti-bakteria. Anda boleh gunanya sahaja atau campurkan dengan minyak bulu mata. Dalam kata lain, ia berfungsi bagus untuk bulu.

Teh hijau pula mempunyai kesan yang bagus untuk bulu. Ia mengandungi bahan antioksida dan selamat untuk mata, jadi, selamat untuk guna pada bulu mata. Ini adalah bahan biasa dalam serum bulu mata kerana mampu menguatkan dan merangsang pertumbuhan bulu.

Penjagaan bulu mata - suplimen vitamin dan zat galian

Ini adalah kaedah biasa yang dilakukan oleh ramai orang. Senang sahaja untuk anda mendapatkan suplimen di farmasi dan kedai farmasi untuk menggantikan kekurangan zat dalam badan. Antara vitamin dan zat yang bagus untuk bulu, rambut, kulit, dan kuku adalah vitamin A, C, zinc, iron, biotin dan asid lemak tidak tepu omega-3. Sebelum anda mengambil suplimen, sebaiknya semak dahulu sama ada anda benar-benar kekurangan kerana mempunyai vitamin atau zat yang berlebihan dalam badan juga tidak bagus.



Tulis komen. Ia akan disiarkan sebaik sahaja diluluskan oleh moderator.
Polisi privasi

Laman web menggunakan cookies termasuklah yang pihak ketiga untuk menggunakan alat luaran. Jika pengguna tidak memberi keizinan, kami akan menggunakan cookies yang penting sahaja. Anda boleh tukar tetapan ini pada pelayan bila-bila masa sahaja. Adakah anda memberi izin untuk kami menggunakan cookies anda?