Aplikator bulu mata bergam

Nanolash STICK & GO PRE-GLUED APPLICATOR

Warna: hitam

APLIKATOR ERGONOMIK YANG RINGAN UNTUK PEMASANGAN BULU MATA BERGAM

Nanolash STICK & GO Pre-Glued Applicator direka untuk memastikan pemakaian berjitu tinggi dan selesa semasa memasang bulu mata dengan strip pelekat sedia guna - untuk bulu mata kluster dan bulu mata separuh bergam. Ia berwarna hitam dengan kemasan satin, reka bentuk ringan dan ergonomik menjadikan aplikator ini sangat selesa dan berintuitif untuk digunakan. Muncungnya berlengkung secara anatomi bagi mengikuti bentuk semulajadi mata membolehkan anda meletak bulu mata betul-betul di tempatnya dengan mudah. Aplikator ini diperbuat daripada besi tahan karat berkualiti tinggi bagi memastikan ketahanan, kebersihan, dan kerintangannya terhadap kerosakan. Ia juga mempunyai salutan tidak melekat (Non-stick) yang direka khas untuk kegunaan bulu mata bergam. Dengan salutan ini, bulu mata ini tidak akan melekat pada aplikator membolehkan pemasangan bulu mata berjalan lancar dan berjitu tanpa menyebabkan kerosakan pada strip pelekat atau merosakkan bulu mata.

STICK & GO PRE-GLUED Applicator

CARA MENGGUNAKAN NANOLASH STICK & GO APPLICATOR?

Aplikator Nanolash ini direka untuk menjadikan pemasangan bulu mata bergam menjadi semudah ABC. Ia membolehkan anda menarik bulu mata kluster dan bulu mata separuh daripada bungkusan tanpa menjejaskan bentuknya atau merosakkan strip pelekat. Dengan kejituan pada muncungnya, anda boleh meletakkan bulu mata di bawah garisan bulu mata semulajadi dengan mudah - tanpa perlu meletak gam. Salutan tidak melekat membantu melindungi bahan-bahan pelekat bulu mata yang sememangnya penting untuk produk bergam bagi membolehkan anda mengawal pemasangan bulu mata dari awal hingga akhir.

NANOLASH - APA YANG TERBAIK UNTUK BULU MATA ANDA

Aplikator bulu mata bergam ini adalah salah satu produk sensasi yang anda boleh temui dalam rangkaian jenama Nanolash. Produk ini merupakan produk penjagaan kulit dan solekan yang berkualiti tinggi yang digunakan oleh para profesional. Anda juga boleh mengubah penampilan dan menjadi lebih menawan.

Jika anda ingin ketahui lebih banyak berita tentang industri kecantikan dan mencari sumber nasihat yang boleh dipercayai dan inspirasi tanpa had, pastikan anda melawati platform media sosial kami!

Soalan Lazim SEGALANYA
YANG ANDA PATUT TAHU
Adakah aplikator Nanolash sesuai untuk bulu mata kluster dan bulu mata separuh yang bergam?
Ya, aplikator ini direka khas untuk kegunaan bulu mata jenis bergam - sama ada bulu mata kluster dan bulu mata separuh. Bentuknya membolehkan pemasangan bulu mata dibuat dengan berjitu tidak kira bagaimana gaya bulu mata yang anda pilih.
Kenapa salutan tidak melekat penting untuk bulu mata yang mempunyai strip pelekat?
Salutan tidak melekat ini bertujuan untuk mengelakkan bulu mata daripada melekat pada aplikator yang sememangnya sangat penting semasa menggunakan bulu mata bergam. Hal ini membantu melindungi strip pelekat dan membolehkan anda untuk meletakkan bulu mata dengan tepat tanpa risiko terangkat, teralih atau merosakkannya.
Apakah jangka masa untuk pemenuhan pesanan?
Jangkaan masa penghantaran adalah dalam masa dua hari. Produk ini akan dihantar oleh syarikat kurier.
Bolehkah saya membuat pesanan jika saya tinggal di luar negara?
Ya, kami membuat penghantaran produk kami ke kebanyakan negara di seluruh dunia. Kos penghantaran dan jangkaan masa penerimaan bergantung kepada negara anda. Jika anda ingin mendapatkan maklumat tentang kos penghantaran di negara anda, klik butang bendera di laman web menu dan pilih versi bahasa yang diingini.
Polisi privasi

Laman web menggunakan cookies termasuklah yang pihak ketiga untuk menggunakan alat luaran. Jika pengguna tidak memberi keizinan, kami akan menggunakan cookies yang penting sahaja. Anda boleh tukar tetapan ini pada pelayan bila-bila masa sahaja. Adakah anda memberi izin untuk kami menggunakan cookies anda?

Polisi privasi

Tinggalkan alamat e-mel anda dan kami akan memberitahu anda apabila ia kembali dalam stok.