Perapi bulu mata peptide

Nanolash PEPTIDE EYELASH SERUM

Warna: Jernih

Saiz: 5 ml/0,17 fl oz

Perapi bulu mata peptide
1
2
3
+

Formula yang kaya dengan peptide terbukti berkesan
Formula bebas daripada prostaglandin dan analog
Bulu mata 50% menjadi lebih panjang selepas 8 minggu
Bulu mata lebih kuat, hitam, dan lebat

BULU MATA PANJANG, KUAT, DAN LEBAT DALAM MASA 8 MINGGU

Nanolash Peptide Eyelash Serum merupakan perapi yang direka untuk menyokong pertumbuhan bulu mata secara efektif dan lembut. Formula terkini yang berasaskan peptide inovatif dan ekstrak botani semulajadi kompleks yang disapu sepanjang bulu mata untuk menjadikan bulu mata lebih panjang, gelap, dan tebal sambil mengembalikan penampilan menawan.

Formula ini dicipta untuk memastikan keberkesanan dan kadar toleransi yang tinggi tanpa menggunakan prostaglandin atau derivatifnya. Serum bulu mata ini sesuai untuk kulit sensitif, menggabungkan hasil yang hebat dengan penjagaan rapi. Anda akan lihat kesannya menggunakan serum bulu mata peptide Nanolash selepas 4 minggu manakala penggunaan 8 minggu akan menghasilkan bulu mata lebih panjang dan lebat.

PEPTIDE EYELASH SERUM

1
2
3
+

PEMAKAIAN YANG SENANG, PENJAGAAN TERBAIK

Memakai serum bulu mata peptide Nanolash mudah dan pantas. Berus jitu memberikan penjagaan bulu mata anda apa yang selayaknya dalam masa beberapa saat sahaja setiap malam. Selepas mencuci solekan, letak serum pada garisan bulu mata atas. Formula yang ringan, halus dan menyerap dengan pantas, dan bahan-bahan aktif yang terkandung akan memberikan kesan segera.

Formula yang dicipta dengan berhati-hati ini kaya dengan peptide, ekstrak botani dan asid amino yang menembus akar bulu mata seterusnya merangsang pertumbuhan semulajadi dan menguatkan setiap bulu mata dari akar hingga ke hujung. Serum ini meningkatkan ketebalan, warna dan keadaan bulu mata dengan mencipta penghadang pelindung dari mengelakkan ianya terputus, gugur dan rapuh.

Hanya selepas 4 minggu penggunaan yang berterusan, anda akan dapat lihat hasilnya – bulu mata menjadi lebih panjang, kuat dan fleksibel. Setiap hari, bulu mata anda akan menjadi lebih cantik, memberikan pandangan yang mendalam dan menawan. Nanolash memberikan pengalaman penjagaan bulu mata yang membuatkan anda jatuh cinta hanya dengan sekali guna.

  • Sesuai untuk segenap usia dan semua jenis kulit
  • Bulu mata lebih panjang, lebat dan tahan kuat
  • Formula ringan, hipoalergenik untuk penggunaan setiap hari

Pandangan menawan boleh dicapai! Serum bulu mata peptide Nanolash menawarkan penjagaan bulu mata harian yang berkesan.

PEPTIDE TERBAIK DAN TERBUKTI BERKESAN

  • Saya mula sedar bulu mata lebat dalam masa beberapa minggu dan ianya semakin kuat setiap hari. Serum ini memang wajib ada. Aina, 28, Kuantan
  • Nanolash Peptide Eyelash Serum menjadikan bulu mata saya panjang seperti pakai bulu mata sambungan. Sekarang, bulu mata asli makin cantik. Amalia, 33, Ampang
  • Bulu mata saya semakin lembut, sihat dan tebal setiap kali guna serum. Saya tidak boleh bayangkan rutin kecantikan saya tanpa serum peptide sekarang. Laura Chu, 26, Bangsar
  • Saya suka sebab sangat mudah untuk guna – hanya sapu sekali pada waktu malam dan hasilnya menakjubkan. Bulu mata saya kelihatan tebal dan asli. Mila, 31, Kuala Lumpur

PEPTIDE EYELASH SERUM

1
2
3
+

KUASA PEPTIDE UNTUK BULU MATA CANTIK, PANJANG DAN KUAT!

Dengan bertahun-tahun pengalaman dalam mencipta produk penjagaan bulu mata profesional, Nanolash berjaya mencipta serum bulu mata peptide yang mampu memenuhi keperluan wanita moden. Ianya berkesan, lembut dan sesuai dipakai pada kawasan mata yang sensitif.

Perapi bulu mata peptide ini menggabungkan teknologi canggih dengan bahan-bahan semulajadi yang menyokong pertumbuhan, penjanaan semula dan melebatkan bulu mata. Guna setiap hari mengikut kesukaan anda dan nikmati hari indah dengan bulu mata sihat setiap hari.

NANOLASH - APA YANG TERBAIK UNTUK BULU MATA ANDA

Serum bulu mata peptide ialah salah satu produk sensasi yang anda boleh temui dalam rangkaian Nanolash. Ia merupakan produk penjagaan kulit dan solekan yang berkualiti tinggi yang diguna pakai oleh para profesional. Anda juga boleh mengubah penampilan anda dan menjadi lebih menarik.

Jika anda ingin ketahui lebih lanjut tentang berita industri kecantikan dan mencari sumber nasihat yang boleh dipercayai dan inspirasi tanpa had, pastikan anda melawat platform media sosial kami!

Soalan Lazim SEGALANYA
YANG ANDA PATUT TAHU
Bagaimana cara memakai Nanolash Peptide Eyelash Serum?
Letak serum sekali sehari sebaiknya waktu malam selepas anda mencuci kulit wajah. Kelopak mata mestilah kering dan elakkan menggunakan krim mata sebelum meletaknya. Cara memakainya sama seperti meletak eyeliner cecair – letak satu strok garis halus pada garisan bulu mata. Anda boleh guna serum pada garisan bulu mata atas dan bawah. Tidak perlu meletak dalam kuantiti yang banyak kerana pakai sedikit sudah mencukupi untuk merangsang pertumbuhan bulu mata. Dengan penggunaan berterusan, anda akan dapat lihat kesannya selepas 4-8 minggu.
Bilakah anda boleh mula menggunakan Nanolash Peptide Eyelash Serum?
Serum bulu mata peptide ini disyorkan untuk sesiapa yang ingin menguatkan bulu mata mereka dengan berkesan tanpa risau jika berlaku kerengsaan. Ia selamat untuk orang yang memakai kanta pelekap dan boleh digunakan dengan bulu mata sambungan kerana ia tidak mengganggu pelekat.
Akhir rawatan – apa yang perlu dilakukan selepas itu?
Untuk mengekalkan hasil yang terbaik selepas memakai serum bulu mata peptide, anda disyorkan untuk terus memakainya selama 2-3 kali seminggu.
Nanolash Peptide Eyelash Serum – Bahan-bahan (INCI)
Aqua, Propanediol, Disodium Cystinyl Disuccinate, Propylene Glycol, Alcohol, Myristoyl Pentapeptide-17, Myristoyl Hexapeptide-16, Centella Asiatica Leaf Extract, Panax Ginseng Root Extract, Calendula Officinalis Flower Extract, Scutellaria Baicalensis Root Extract, Triticum Vulgare Germ Extract, Glycine Soja Germ Extract, Arginine, Lactic Acid, Gluconolactone, Calcium Gluconate, Sodium Benzoate, Phenoxyethanol, Citric Acid, Triethanolamine
Apakah jangka masa untuk pemenuhan pesanan?
Jangkaan masa penghantaran adalah dalam masa dua hari. Produk ini akan dihantar oleh syarikat kurier.
Bolehkah saya membuat pesanan jika saya tinggal di luar negara?
Ya, kami membuat penghantaran produk kami ke kebanyakan negara di seluruh dunia. Kos penghantaran dan jangkaan masa penerimaan bergantung kepada negara anda. Jika anda ingin mendapatkan maklumat tentang kos penghantaran di negara anda, klik butang bendera di laman web menu dan pilih versi bahasa yang diingini.
Polisi privasi

Laman web menggunakan cookies termasuklah yang pihak ketiga untuk menggunakan alat luaran. Jika pengguna tidak memberi keizinan, kami akan menggunakan cookies yang penting sahaja. Anda boleh tukar tetapan ini pada pelayan bila-bila masa sahaja. Adakah anda memberi izin untuk kami menggunakan cookies anda?

Polisi privasi

Tinggalkan alamat e-mel anda dan kami akan memberitahu anda apabila ia kembali dalam stok.