Maskara bulu kening

Nanobrow SHAPE MASCARA

Warna: light brown, brown, black

Saiz: 7ml / 0.23 fl oz

Warna :Pilih

BAGAIMANA NANOBROW SHAPE MASCARA BERFUNGSI?

Separuh hitam, separuh kening putih
Isi ruang kosong pada bulu kening
Kening putih sepenuhnya dilukis dengan garis tebal
Mengangkat dan menebalkan bulu kening
Kening dengan garis putus-putus melaluinya
Menggayakan dan membentuk bulu kening
Kening berkilauan
Melicinkan dan melembutkan bulu kening

MERAPI DAN MENCANTIKKAN BULU KENING!

Jika anda mencari produk pelbagai guna untuk menggayakan dan menerangkan bulu kening anda, cuba Nanobrow Shape Mascara. Produk ini sesuai untuk semua jenis bulu kening sama ada yang jenis tebal dan tidak terurus atau jenis nipis dan jarang. Maskara kening akan membolehkan anda untuk menggayakan dan membentuk kening sambil mengisi dengan warna semulajadi yang terdiri daripada tiga warna pilihan. Teksturnya yang seakan baldu mampu membuatkan kening anda kelihatan tebal dan bergaya dengan sempurna serta memberi sinar. Produk ini dicipta untuk setiap wanita yang ingin menerangkan bulu kening dengan jelas dan elegan.

Mata dekat dengan bulu mata pendek
Mata dekat dengan bulu mata yang panjang

SHAPE MASCARA

Warna :Pilih

TERANGKAN WARNA KENING DAN JADIKAN IA LEBIH LEBAT

Dengan maskara penggaya alis mata dari Nanobrow, anda boleh mencapai kesan bulu kening yang tebal dan berbentuk jitu. Produk ini akan mengisi ruang kosong pada kening dan menerangkan penampilan kening anda membuatkan ia kelihatan lebih lebat dan mempunyai kesan 3D. Nanobrow Shape Mascara didatangkan dengan tiga warna semulajadi yang sempurna untuk disesuaikan dengan bentuk wajah anda. Berus berjitu tinggi mampu mencapai setiap helaian bulu untuk mengagihkan maskara, membolehkan anda mengasingkan bulu dan memberikan bentuk yang sempurna. Formula seakan baldu ini tidak akan bergumpal atau meninggalkan sisa melekit.

Berus menggunakan Shape Mascara

Bahan aktif ini mengandungi formula produk untuk meningkatkan keadaan bulu kening, mengurangkan kehilangan air dan membantu molekul menembusi ke dalam bulu. Betaine dan glycerin mampu memberi kelembapan dari dalam manakala silica boleh melindungi batang bulu, menguatkannya dan mengelakkan keguguran bulu. Mica membantu memberi sinar dan kelicinan kepada kening menjadikan ia lebih sihat dan segar.

SHAPE MASCARA

Warna :Pilih

BAGAIMANA CARA MENGGUNAKAN MASKARA KENING?

Maskara kening Nanobrow sesuai untuk orang yang ingin melebatkan kening dan ingin mempunyai lengkung kening yang kemas sepanjang hari. Baca 4 langkah di bawah dan lihat betapa mudahnya!

Seorang wanita bermata biru berpakaian putih menyapu Shape Mascara

1. Keluarkan batang maskara kening dan berus kening anda dari bucu dalam.

2. Secara perlahan-lahan, letak produk ke arah ekor kening dan isinya dengan warna.

3. Letak sedikit produk pada ekor untuk mencipta warna semulajadi gradien.

4.Jika anda suka, anda boleh tambah lebih banyak salutan maskara kening.

Perolehi kening yang digayakan sempurna. Guna Shape Mascara sebagai satu-satunya produk atau gabungkan dengan produk mekap kening yang lain.

NANOBROW – SEGALANYA YANG TERBAIK UNTUK BULU KENING ANDA

Maskara kening adalah salah satu produk sensasi dibawah jenama Nanobrow. Ini adalah produk penjagaan dan mekap bulu kening yang berkualiti tinggi dan digunapakai oleh ramai ahli profesional. Anda juga boleh mengubah penampilan dan menjadi lebih cantik.

Jika anda ingin membaca lagi tentang berita industri kecantikan dan mencari sumber nasihat yang boleh dipercayai dengan inspirasi tanpa batas, pastikan anda melawat platform media sosial kami!

Maskara bentuk nanobrow: Tiub kecil maskara dengan berus ketepatan untuk membentuk dan menentukan kening.
Soalan Lazim SEGALANYA
YANG ANDA PATUT TAHU
Bolehkah saya menggunakan maskara alis mata dengan produk mekap kening Nanobrow yang lain?
Ya, Nanobrow Shape Mascara berfungsi baik dengan kosmetik lain. Cuba produk Nanobrow lain dan gayakan bulu kening anda.
Adakah maskara kening jenis kalis air?
Tidak, maskara kening bukan jenis kalis air.
Bagaimana cara mencuci Nanobrow Shape Mascara?
Guna mana-mana pencuci mekap. Letak pencuci pada pad kapas dan tekan pada alis mata. Tahan pad kapas beberapa saat pada kulit kemudian luncurkan pad ke arah pertumbuhan bulu. Jika perlu, ulang lagi.
Nanobrow Shape Mascara – bahan-bahan (INCI)
Aqua, PVP, Propylene Glycol, Ammonium Acryloyldimethyltaurate/VP Copolymer, Glycerin, Mica, Betaine, Silica, Phenoxyethanol, Ethylhexylglycerin, Sodium Hydroxide, [+/- CI 77499, CI 77891, CI 77491, CI 77492].
Nanobrow Shape Mascara – tarikh tamat tempoh
Nanobrow Microblading Pen jika disimpan dengan baik mampu mengekalkan sifat bahan-bahannya sehingga 12 bulan selepas dibuka.
Apakah jangka masa untuk pemenuhan pesanan?
Jangkaan masa penghantaran adalah dalam masa dua hari bekerja. Produk ini akan dihantar oleh syarikat kurier.
Bolehkah saya membuat pesanan jika saya tinggal di luar negara?
Ya, kami menghantar produk kami ke kebanyakan negara di seluruh dunia. Kos penghantaran dan jangkaan masa tiba bergantung kepada sesebuah negara, klik butang bendera di menu laman web anda dan pilih versi bahasa yang anda mahu.
Polisi privasi

Laman web menggunakan cookies termasuklah yang pihak ketiga untuk menggunakan alat luaran. Jika pengguna tidak memberi keizinan, kami akan menggunakan cookies yang penting sahaja. Anda boleh tukar tetapan ini pada pelayan bila-bila masa sahaja. Adakah anda memberi izin untuk kami menggunakan cookies anda?

Polisi privasi