Bulu mata sambungan palsu - Nanolash Volume Lashes adalah pilihan terbaik untuk kedai salun anda. Setiap tray mengandungi 16 baris bulu mata sintetik buatan tangan dengan warna gelap untuk menyerlahkan lagi pandangan mata.
Bulu mata seakan sutera yang lembut dan tahan lasak dengan kemasan akhir matte akan menjadikan bulu mata anda terasa ringan dengan bentuk seperti bulu mata asli yang menyerupai kipas. Pilih kualiti yang menepati jangkaan anda dan memuaskan hati klien.
Nanolash Volume Lashes membolehkan anda untuk menyesuaikan produk mengikut keinginan anda dan klien. Ia sesuai auntuk kedua-dua kaedah bulu mata sambungan volume dan klasik. Kami menyediakan bulu mata palsu dengan lentikan yang menjadi pujaan ramai orang. Didatangkan dengan tray yang mengandungi pelbagai campuran panjang bulu mata dari 6 sehingga 13 mm atau satu panjang pilihan anda: 9, 10, atau 11 mm. Bulu mata akan disetkan pada strip gam dan senang dicabut untuk memudahkan pemasangan bulu mata. Teksturnya sempurna untuk mencipta bulu mata kipas sama ada anda ingin menggunakan kaedah shimmy atau rolling pada strip.
Bulu mata palsu yang ringan, fleksibel dan lembut seperti bulu mata asli? Cuba Volume Lashes dari Nanolash! Ini adalah produk pilihan oleh ahli kecantikan bulu mata di seluruh dunia! Bulu mata yang lentik sempurna dan tahan lama, warna gelap dan pelbagai seleksi pilihan panjang untuk hasil menawan. Bulu mata buatan tangan diperbuat daripada bahan sintetik yang tahan rintangan – memenuhi keperluan pelanggan anda yang paling cerewet.
Mudah sahaja sebenarnya memasang Nanolash Volume Lashes. Selepas membersihkan bulu mata klien dan mengasingkan bulu mata bawah, anda boleh mulakan prosedur standard memasang bulu mata palsu.
Pegang bulu mata bawah dengan lembut untuk tidak merosakkan strukturnya yang halus. Bergantung kepada kaedah bulu mata sambungan yang dipilih (klasik atau volume), tanggalkan satu demi satu bulu mata dari strip, atau cipta lash fan terus menggunakan kaedah shimmy, rocking pada strip atau interleaving. Strip gam halus akan membolehkan anda mencabut bulu mata dari tray tanpa sebarang masalah. Ingat, pastikan anda memilih bulu mata yang panjangnya tidak lebih daripada 30% bulu mata asli klien anda supaya mereka boleh memakainya dengan selesa tanpa menjejaskan bulu mata asli.