Minyak kastor untuk bulu mata dan kening

Nanolash CASTOR OIL

Saiz: 30 ml / 1 fl oz

Adakah anda ingin dimaklumkan tentang ketersediaan?

Gabungan asid lemak penting yang menyuburkan
Memberi hidrasi dan khasiat yang mendalam
Menguatkan dan menebalkan bulu
Merangsang pertumbuhan bulu mata dan kening secara semulajadi

TEROKAI KEHEBATAN PENJAGAAN SECARA ALAMI

Nanolash Castor Oil adalah minyak kastor 100% semulajadi, diperoleh melalui tekan sejuk (cold-pressed) untuk bulu mata dan kening bagi menguatkan, menebalkan dan meningkatkan keadaan bulu dengan penggunaan berterusan. Cara ini merupakan cara terbaik untuk memperoleh bulu mata dan kening yang kuat, tebal dan bersinar - tanpa bahan pengawet dan bahan lain yang berlebihan.

Minyak kastor Nanolash untuk bulu mata dan kening mengandungi kepekatan asid ricinoleic, asid omega-3 dan omega-6 tidak tepu yang tinggi. Dengan bahan-bahan tersebut, bulu menjadi lebih tebal dan tahan lasak daripada gugur.

Dengan penggunaan berterusan, anda akan dapat lihat hasil bulu yang lebih tahan lasak dan sinar semulajadi serta semakin tebal dan lebat dalam jangka masa panjang.

Castor Oil

Adakah anda ingin dimaklumkan tentang ketersediaan?

BERKHASIAT TINGGI DAN PENJANAAN PENUH

Minyak kastor semakin popular untuk penjagaan bulu mata dan kening sejak kebelakangan ini dan bentuknya yang asli memberikan hasil yang terbaik. Nanolash Castor Oil ialah minyak berkualiti tinggi yang mengandungi asid ricinoleic dan asid lemak omega yang berkualiti tinggi yang terkenal dengan manfaatnya dalam perapian bulu dan khasiatnya untuk menggalakkan bulu yang lebih kuat dan sihat. Selepas beberapa minggu penggunaan berterusan, bulu mata dan kening akan menjadi lebih lebat dan kuat serta tahan daripada kerosakan.

Minyak kastor ini secara semulajadinya akan menggelapkan warna bulu, memberi ketebalan dan menguatkan folikel bulu, yang menyokong keguguran bulu dan menggalakkan pertumbuhan yang sihat. Ia juga membantu menjana bulu yang rosak akibat daripada penggayaan atau pencucian solekan seterusnya mengembalikan kelembutan, ketahanan dan sinar yang lebih sihat.

Untuk hasil yang lebih optimum, letak sedikit minyak pada bulu mata dan kening yang telah dicuci dan dikeringkan dan kemudian ratakan dengan berus. Kaedah ini akan memastikan seluruh bulu diliputi rata membolehkan bahan-bahan diserap dengan berkesan. Hasilnya, bulu mata dan kening kelihatan lebih cantik, tekstur lebih menawan dan kurang gugur.

MINYAK KASTOR UNTUK MENGUATKAN BULU MATA DAN KENING SECARA ALAMI

  • Dengan hanya guna Nanolash Castor Oil, selepas beberapa minggu, bulu mata saya semakin gelap dan tebal. Akhirnya ia kelihatan juga seperti saya sedang memakai solekan - walaupun saya tidak letak apa-apa Aina, 29
  • Saya guna minyak Nanolash setiap hari pada bulu kening dan hasilnya sungguh mengejutkan. Kawasan yang jarang-jarang mula tumbuh bulu dan ia lebih kuat. Ini adalah benda wajib ada. Manisah, 34
  • Selepas mencabut sambungan bulu mata, ia kelihatan teruk. Minyak Nanolash ini yang menyelamatkan bulu mata saya. Sekarang, bulu mata saya tidak lagi gugur dan tahan lasak dan semakin lembut lagi. Nurin, 26
  • Minyak kastor Nanolash ini sangat bagus dan semulajadi. Bulu kening saya kelihatan lebih sihat dan bersinar. Akhirnya saya temui produk yang sesuai tanpa memberi kesan buruk pada mata saya. Malia, 41

Castor Oil

Adakah anda ingin dimaklumkan tentang ketersediaan?

APA YANG MEMBUATKAN NANOLASH CASTOR OIL BERKESAN UNTUK PENJAGAAN BULU MATA DAN KENING?

Minyak ini diperoleh melalui proses tekan sejuk yang mengekalkan nilai nutrisi penuh. Ia tidak mengandungi bahan pengawet, bahan tiruan, atau pengawet pewangi. Ianya ringan dengan tekstur yang ideal untuk memberi khasiat bagi penjagaan bulu mata dan kening serta menggalakkan bulu yang tahan lasak, bersinar semulajadi dan lebih kuat dengan penggunaan berterusan.

NANOLASH - APA YANG TERBAIK UNTUK BULU MATA ANDA

Minyak kastor untuk bulu mata dan kening hanyalah salah satu produk sensasi yang anda boleh temui dalam rangkaian Nanolash. Ia merupakan produk penjagaan kulit dan solekan yang berkualiti tinggi yang digunakan oleh ahli profesional. Anda juga boleh mengubah penampilan dan kelihatan lebih menawan.

Jika anda ingin ketahui lebih banyak tentang berita industri kecantikan dan menemui sumber saranan yang boleh dipercayai dan inspirasi tanpa had, pastikan anda melawat platform media sosial kami!

Soalan Lazim SEGALANYA
YANG ANDA PATUT TAHU
Berapakah kekerapan untuk menggunakan Nanolash Castor Oil?
Untuk memperoleh hasil yang terbaik, guna secara berterusan dua kali sehari - pagi dan malam. Letak sedikit sahaja dengan berus pada bulu mata dan kening yang bersih dan kering.
Apa yang membuatkan Nanolash Castor Oil unik?
Nanolash Castor Oil ialah minyak kastor asli, diperoleh secara tekan sejuk, dan tanpa tapisan. Ia mengekalkan keadaan bahan-bahan mentah dan tidak mengandungi sebarang pewangi atau pengawet tambahan menjadikannya pilihan yang bersih dan minimalis untuk penjagaan bulu mata dan kening harian.
Bilakah saya akan melihat hasil pertama dengan menggunakan Nanolash Castor Oil?
Kebanyakan pengguna mula melihat peningkatan bulu mata dan kening mereka selepas penggunaan beberapa minggu. Bulu mata semakin tahan lasak, bersinar secara semula jadi dan bulu lebih kuat. Dengan penggunaan berterusan, hasil yang sempurna pasti muncul menjadikan bulu mata dan kening anda lebih tebal, gelap dan lebat.
Bolehkah Minyak Kastor Nanolash digunakan bersama dengan produk bulu mata dan kening yang lain?
Sudah tentu. Nanolash Castor Oil ialah produk tambahan yang bagus untuk rutin kecantikan harian. Ia boleh dipakai dengan selamat walaupun selepas membuat rawatan angkat bulu mata, laminasi atau mikroblading. Ia juga boleh dipakai bersama produk menyuburkan yang lain untuk menggalakkan penjanaan tambahan bulu mata dan kening.
Nanolash Castor Oil - Bahan-bahan (INCI)
Ricinus Communis Seed Oil
Apakah jangka masa untuk pemenuhan pesanan?
Jangkaan masa penghantaran adalah dalam masa dua hari. Produk ini akan dihantar oleh syarikat kurier.
Bolehkah saya membuat pesanan jika saya tinggal di luar negara?
Ya, kami membuat penghantaran produk kami ke kebanyakan negara di seluruh dunia. Kos penghantaran dan jangkaan masa penerimaan bergantung kepada negara anda. Jika anda ingin mendapatkan maklumat tentang kos penghantaran di negara anda, klik butang bendera di laman web menu dan pilih versi bahasa yang diingini.
Polisi privasi

Laman web menggunakan cookies termasuklah yang pihak ketiga untuk menggunakan alat luaran. Jika pengguna tidak memberi keizinan, kami akan menggunakan cookies yang penting sahaja. Anda boleh tukar tetapan ini pada pelayan bila-bila masa sahaja. Adakah anda memberi izin untuk kami menggunakan cookies anda?

Polisi privasi

Tinggalkan alamat e-mel anda dan kami akan memberitahu anda apabila ia kembali dalam stok.