DIY Bonder – gam untuk bulu mata sambungan DIY

Nanolash DIY BONDER

Saiz: 5 ml / 0,169 fl oz

Warna :Pilih

KETAHANAN DAN KEBERKESANAN YANG DISUKAI ANDA

Nanolash DIY Bonder adalah gam berevolusi yang dirumus khus untuk pemasangan bulu mata sambungan di rumah. Dengan berus ergonomik, pemasangan bulu mata berjalan dengan pantas sepantas memakai maskara. Formula produk ini dicipta untuk memastikan bulu mata palsu anda kekal minimum 5 hari memastikan penampilan bulu mata anda lebih lama. Bonder ini mempunyai ketahanan yang tinggi dengan produk berasaskan air dan minyak. DIY Bonder tersedia dalam dua versi – hitam dan jernih

DIY BONDER

Warna :Pilih

CARA MENGGUNAKAN BONDER NANOLASH DIY?

Semasa memasang bulu mata sambungan, pertama sekali letak bonder. Letak pada bulu mata yang sudah dicuci bersih bermula dari akar. Jika bulu mata anda sememangnya panjang secara semulajadi, anda boleh letak sedikit gam separuh daripada panjang bulu mama anda. Jika bulu mata anda pendek – anda boleh letak di sepanjang bulu. Selepas memakai bonder, tunggu 15-20 saat dan mula letak bulu mata kluster DIY di bawah bulu mata semulajadi.

Bonder hitam sesuai untuk bulu mata hitam manakala yang jernih sesuai untuk semua gaya bulu mata DIY Nanolash. Bonder Nanolash DIY dalam versi jernih berwarna putih semasa pemasangan kerana lebih senang untuk anda lihat jumlah bonder yang dipakai pada bulu mata asli dan bulu mata kluster DIY. Walaubagaimana pun, ia akan menjadi jernih sepenuhnya selepas itu tanpa ada sisa pada bulu mata.

Gambar kelabu Bonder sedang digunakan

NANOLASH – SEGALANYA YANG ANDA PERLU TAHU

DIY Bonder – gam untuk bulu mata sambungan DIY adalah salah satu produk milik Nanolash. Produk mekap dan penjagaan yang direka khas serta berkualiti tinggi dan menjadi pilihan ramai mekap artis di seluruh dunia.

Jika anda ingin ketahui lebih lanjut tentang berita industri kecantikan dan ingin mendapat nasihat dari sumber yang boleh dipercayai serta memperoleh inspirasi tanpa batas, sila lawati platform media sosial kami!

Kotak Bonder DIY dan kandungannya
Soalan Lazim SEGALANYA
YANG ANDA PATUT TAHU
Adakah bonder ini jenis kalis air?
Ya, gam bulu mata sambungan Nanolash adalah kalis air.
Adakah proses mencuci mekap akan memberi kesan kepada bonder?
Jika anda menggunakan pencuci mekap berasaskan minyak, ia akan memberi kesan terhadap gam. Sama juga untuk produk mekap – elakkan menggunakan produk berasaskan minyak.
Nanolash DIY Bonder – bahan-bahan (INCI)
Bonder black INCI: Acrylic copolymer, Aqua, CI77266, Polyurethane prepolymer, Sodium Dehydroacetate.
Bonder clear INCI: Acrylic copolymer, Aqua, Propylene glycol, Phenoxyethanol, Ethylhexylglycerin
Nanolash DIY Bonder – tarikh tamat tempoh
Nanolash DIY Bonder, jika disimpan dengan baik mampu bertahan selama 6 bulan selepas dibuka.
Apakah jangka masa untuk pemenuhan pesanan?
Jangkaan masa penghantaran adalah dalam masa dua hari bekerja. Produk ini akan dihantar oleh syarikat kurier.
Bolehkah saya membuat pesanan jika saya tinggal di luar negara?
Ya, kami menghantar produk kami ke kebanyakan negara di seluruh dunia. Kos penghantaran dan jangkaan masa tiba bergantung kepada sesebuah negara, klik butang bendera di menu laman web anda dan pilih versi bahasa yang anda mahu.
Polisi privasi

Laman web menggunakan cookies termasuklah yang pihak ketiga untuk menggunakan alat luaran. Jika pengguna tidak memberi keizinan, kami akan menggunakan cookies yang penting sahaja. Anda boleh tukar tetapan ini pada pelayan bila-bila masa sahaja. Adakah anda memberi izin untuk kami menggunakan cookies anda?

Polisi privasi