Warna: transparent, beige, brown, black
Saiz: 7ml / 0.23 fl oz
Gel bulu kening Nanobrow adalah produk hebat yang dicipta untuk membentuk alis mata dengan mudah dan tahan lama. Formula gel ini sesuai untuk mengasingkan dan membentuk bulu kening dengan jitu dan kelihatan seperti dilaminasi oleh ahli profesional. Anda ada pilihan tiga warna serta versi jernih untuk disepadankan dengan ciri-ciri wajah anda. Produk ini memberikan ketahanan yang sungguh bagus untuk menjadikan alis mata anda kekal sempurna sepanjang hari.
Sama ada kening anda jenis tebal dan tidak terurus atau halus dan jarang, Nanobrow Laminationg Gel akan membantu merapikannya dan menonjolkan kecantikan semulajadi anda. Anda boleh mengisi ruang kosong dan membuatkan alis mata anda seperti diterangkan.
Gel laminasi Nanobrow adalah produk yang sangat bagus untuk memastikan penggayaan alis mata dilakukan dengan pantas dan efektif. Formulanya yang ringan menjadikan kening terbentuk sempurna dan semulajadi sepanjang hari malah kekal rapi. Versi jernih gel akan highlight bulu kening semulajadi dan membolehkan anda untuk mengawal bentuknya bagi memastikan ia menghasilkan kesan sama seperti laminasi alis mata. Jika anda memilih yang berwarna untuk disesuaikan dengan kening semulajadi, anda akan lihat kesan kening anda diisi dengan warna. Formula khas produk ini tidak akan tergumpal dan berfungsi dengan baik pada peringkat akhir mekap jika anda pernah guna pensel alis mata, pomade atau produk mekap kening yang lain. Nanobrow Lamination Gel adalah produk wajib yang perlu ada dalam beg mekap setiap wanita yang ingin mengurus bulu kening sepenuhnya dan suka yang jenis semulajadi.
Berus silikon aplikator meluncur dengan licin antara bulu kening anda dan menyelaputinya dengan gel tanpa mengganggu produk yang telah dipakai. Dengna menggunakan berus ini, anda boleh menggayakan bulu kening dalam masa beberapa saat. Formulanya terdiri daripada minyak kastor bagi mencipta lapisan oklusif halus untuk mengelakkan kehilangan air. Produk ini memberikan kesan positif kepada keadaan bulu kening anda dengan melembapkan dan meningkatkan sinarnya.
Gel alis mata ini pasti akan menarik perhatian ramai wanita. Kata mereka, pemakaian yang mudah dan ketahanan gel ini yang paling bernilai yang menjadikan kening mereka kelihatan cantik. Ribuan pengguna mengesahkan kesan kening yang dibentuk jitu dengan berus ergonomik untuk merapikan alis mata yang paling berserabut!
Jika anda ingin menonjolkan kening semulajadi, meningkatkan bentuknya, dan merapikan, pilih produk ini versi jernih. Jika anda ingin mengisi bulu kening anda dengan warna, pilih salah satu warna yang ada beige, coklat, atau hitam..
Mudah sahaja untuk memakai gel ini. Apa yang anda perlu buat hanya berus pada awal kening dari bucu dalam. Semasa memakai produk, berus bulu kening dengan aplikator silikon untuk memberikan bentuk yang anda ingini. Ingat bahawa Nanobrow Lamination Gel perlu dipakai pada atas produk mekap kening yang lain.