Nanolash Volume Up Mascara akan membuatkan bulu mata anda kelihatan sangat tebal dan penuh. Maskara kami adalah rahsia bulu mata lebat seperti dibuat di salun, hanya dengan beberapa kali salutan berus.
Ia adalah maskara yang tahan lama yang menjamin penampilan mekap anda untuk kekal kemas dan cantik sepanjang hari di semua keadaan cuaca. Formula halus yang meliputi adalah kalis comot untuk memastikan kelopak mata anda kekal bersih dan bebas daripada sisa.
Bagaimana volume dan ketebalan bulu mata terhasil? Nanolash telah mencipta formula Volume Up Mascara untuk menjamin bekalan harian dari bahan-bahan yang merapikan, membolehkan bulu mata anda kelihatan menarik dan menjadi lebih cantik dan sihat. Selain itu, ia juga membantu anda mencipta mekap bulu mata yang menawan. Produk ini akan menyuburkan bulu mata anda! Formula semulajadi dan vegan mempunyai bahan-bahan yang bermanfaat. Minyak germa gandum adalah bahan utama yang menyuburkan kerana mempunyai lecithin yang tinggi yang mampu meremajakan dan menguatkan bulu mata dari dalam. Vitamin E ditambah untuk menggalakan pertumbuhan dan melindungi folikel bulu mata dari radikal bebas berbahaya.
Formula ini terdiri daripada lilin beras dan carnauba, yang memberikan ketebalan, kelicinan dan hidrasi untuk bulu mata anda dan menjadikan ia lebih lebat dan sihat. Selain itu, maskara ini juga mengandungi getah arab, untuk melegakan dan meningkatkan kualiti bulu mata serta mengandungi lapisan yang melindungi dari kerosakan dan pencemaran berbahaya. Panthenol memberikan kesan anti keradangan, menghidrasikan bulu mata dan memberikan sinar yang menawan.
Maskara yang menebalkan ini mempunyai banyak ulasan yang bagus membuktikan prestasi dan hasil yang kalis gagal setiap kali dipakai. Jika anda inginkan bulu mata lebat secara maksimun, pilih produk ini untuk mencantikkan bulu mata dalam masa beberapa saat sahaja. Keyakinan diri anda pasti bertambah!
Pemakaian yang mudah hanya dengan formula yang dihasilkan dan berus ergonomik. Mula pakai maskara dari akar bulu mata, tarik spoolie ke belakang dan depan. Jika mahu, anda boleh letak lebih banyak salutan untuk penampilan lebih terang. Untuk memanjangkan jangka masa mekap bulu mata dan meningkatkan volume dan panjang bulu mata, guna Nanolash Mascara Primer. Anda akan lihat kesannya dengan segera!
Volume Up Mascara mempunyai berus yang mampu mencapai bulu mata pendek dengan mudah dan mencipta bentuk bulu mata yang diingini; orang disekeliling anda pasti menyukai penampilan baru anda dan paling penting, anda juga akan menyukainya.