Pengepit Nanobrow adalah aksesori yang diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi. Alat ini sememangnya tahan lasak dan boleh digunakan dalam jangka masa lama. Muncungnya direka dengan berhati-hati untuk memegang bulu yang paling pendek dan halus supaya anda mampu mencabut bulu kening dengan kejituan yang tinggi dan untuk melakukan proses kosmetik minor yang lain. Saiz pengepit dan kemasan matte membolehkan tangan anda memegang dengan baik dan tidak mudah tercicir dari tangan. Alat ini mempunyai kejituan yang tinggi menjadikan ia lebih efisien dan mudah.
Muncung pengepit ini dibuat dengan kejituan yang tinggi. Hujungnya yang senget mempunyai ketumpuan yang sempurna , euntuk memastikan ketepatan bagi tujuan mencabut bulu kening – tanpa rasa sakit atau bulu tercabut separuh jalan. Besi keluli yang tahan karat ini adalah antara kelebihan lain yang memudahkan anda untuk mencuci pengepit ini. Anda boleh mencuci dengan air suam tanpa risau dan keringkan dengan tisu atau tuala lembut. Nanobrow Tweezers adalah aksesori wajib yang anda perlu bawa dalam beg mekap. Bentuknya yang ergonomik dan kejituan yang tinggi memudahkan kerja anda untuk membuat rawatan kosmetik minor.