Nanolash Length & Curl Mascara adalah maskara untuk menghasilkan bulu mata yang panjang, lentik dan terangkat. Warna hitam gelap akan meliputi bulu mata dengan sekali salutan.
Anda pasti akan menyukai betapa panjang bulu mata anda. Ia akan kekal sempurna selama beberapa jam. Bulu mata anda tidak akan kekal lurus dan maskara tidak akan bercapuk. Nanolash Length & Curl Mascara tahan dengan cuaca teruk, peluh atau gosokan mata.
Maskara yang bagus bukan hanya kerana warna dan ketahanannya. Formulanya yang kaya dengan bahan-bahan berharga seperti Gum Arabic, yang melegakan kerengsaan, melawan keradangan, dan mencipta halangan pelindung pada bulu mata untuk mengunci hidrasi pada tahap optimum. Antara komponen penting lain ialah lilin: beras dan carnauba – menambah keanjalan dan ketahanan bulu mata, mengurangkan kerapuhan, mengunci kelembapan, dan memberikan sinar menawan. Maskara ini juga mengandungi vitamin E – antioksida penting untuk membaikpulih bulu mata anda. Ekstrak daun teh hijau yang kaya dengan nutrisi juga adalah bahan penting yang memberikan sifat anti radang, melegakan dan antioksida.
Selain itu, ia akan diserap sepenuhnya oleh folikel bulu mata untuk mengelakkan keguguran dan penghasilan sebum berlebihan. Ekstrak bunga kaktus yang ditambah akan meningkatkan kesihatan bulu mata dan membaikpulih sel semulajadi. Akhir sekali, bahan lain yang mencantikkan bulu mata iaitu panthenol akan menguatkan bulu mata dari dalam, memberi hidrasi dan melebatkan bulu mata jika digunakan berterusan.
Sejujurnya, bulu mata panjang yang lentik adalah rahsia kegembiraan seseorang wanita! Mempunyai bulu mata menawan akan meningkatkan keyakinan diri dan mekap juga akan kekal sepanjang hari. Ramai wanita menghargai kerana hasilnya yang tahan lama, kelihatan licin dan bahan-bahan perapi yang digunakan.
Mula pakai pada akar bulu mata dan gerakkan kearah hujung. Semasa memakainya, jarakkan bulu mata, goyangkan berus kedepan dan belakang sepanjang bulu. Kaedah seperti ini membolehkan anda mencapai bulu mata sempurna dan bersalut penuh. Adakah anda ingin mencipta penampilan mekap berani? Letak sekali lagi salutan menggunakan kaedah sama.
Adakah anda ingin menggunakan produk ini sepenuhnya dan meningkatkan lagi mekap anda? Sebelum memakai maskara, guna primer maskara Nanolash.
Dengan kombo rekabentuk berus inovatif dan formula unik, bulu mata anda akan kekal ringan dan berjarak walaupun disalut dengan beberapa kali salutan. Sama ada anda ingin menerangkan bulu mata semulajadi dan mencipta kesan mengangkat atau anda ingin kelihatan seperti memakai bulu mata palsu, anda pasti kelihatan cantik dengan menggunakan maskara ini.