Kit pengangkat dan laminasi bulu mata

Nanolash LASH LIFT KIT

Contents:

Step 1 – Lift (10 x 0.5 ml)
Step 2 – Fix (10 x 0.5 ml)
Step 3 – Keratin Booster (10 x 0.5 ml)
Eyelash Lift Glue (5 ml)
Batang silikon (3 batang)
Sikat mengangkat dan laminasi bulu mata (3 batang)

Menjarakkan dan menyuburkan bulu mata
Melentikkan dan mengangkat bulu mata yang tahan sehingga 8 minggu
Bulu mata lentik dan lebat kelihatan semulajadi
Produk dan aksesori boleh guna 10 kali!

MENGANGKAT DAN LAMINASI BULU MATA BANYAK MANFAAT UNTUK BULU MATA ANDA

Terokai rahsia bulu mata terang dan mempesona dengan kit pengangkat dan laminasi Nanolash. Set ini mengandungi semua jenis produk untuk setiap peringkat dalam proses mengangkat bulu mata. Anda boleh mencapai kesan sensasi dengan cepat dan pantas dan anda pasti menyukainya.

Bulu mata anda menjadi licin dan bersinar. Warnanya yang terang dan segar. Bulu mata anda akan dijarakkan dengan tepat. Antara manfaat lain ialah bulu mata anda kelihatan lebih lebat dan tebal. Pengangkat bulu mata akan mengangkat dan melentik bulu mata anda dan tahan sehingga beberapa minggu.

Mata dekat dengan bulu mata pendek
Mata dekat dengan bulu mata yang panjang

LASH LIFT KIT

BULU MATA CANTIK SELAMA BEBERAPA MINGGU

Jadikan bulu mata anda indah menawan dengan kit pengangkat dan laminasi Nanolash! Produk ini direka untuk memberikan kesan yang tahan lama. Ia bertujuan untuk menerangkan bulu mata anda tanpa berlebihan. Pengangkat dan laminasi bulu mata dari Nanolash akan membuatkan bulu mata anda kelihatan menawan sepanjang masa – anda bangun dari tidur dan sedia untuk pergi! Bulu mata anda akan kelihatan terangkat dan lentik serta kelihatan lebih panjang dan tebal. Anda akan lihat hasilnya selama 8 minggu! Nanolash Lash Lift Kit boleh digunakan sebanyak 10 kali rawatan pengangkat bulu mata!

Kit pengangkat dan laminasi bulu mata bukan sahaja rawatan kecantikan biasa. Anda boleh lihat kesan jangka masa panjang kerana ia mampu menguatkan dan melindungi bulu mata anda. Bahan keratin hidrolisasi yang meningkatkan bilangan bulu, membaiki, dan meningkatkan ketahanan. Produk untuk laminasi juga mengandungi lanolin yang merapikan bulu mata dan mengelakkan kehilangan air. Minyak zaitun, minyak alpukat dan minyak biji anggur akan menghidrasikan dan menyuburkan bulu seterusnya mengelakkan dari cepat rosak atau terbentuk dengan meningkatkan keanjalannya. Minyak Abissynian dan minyak kelapa memberikan sinar dan melindungi bulu dari sinar matahari. Produk Nanolash untuk pengangkat dan laminasi bulu mata kaya dengan arginine, panthenol dan sutera untuk menyuburkan dan menguatkan bulu seterusnya memberi kelembutan dan sinar kepada bulu mata anda.

LASH LIFT KIT

PENGANGKAT DAN LAMINASI BULU MATA
DENGAN NANOLASH SANGAT MUDAH!

Guna kit pengangkat dan laminasi Nanolash untuk mendapat bulu mata yang cantik hanya dengan beberapa langkah mudah. Ingat, ikuti arahan yang dinyatakan pada bungkusan. Mudah sahaja!

1. Cuci mekap dan sisa produk penjagaan kulit dari kelopak dan bulu mata. Guna syampu khusus untuk bulu mata dan kening atau boleh juga guna pencuci mekap bebas minyak.

2. Guna eye patch untuk mengasingkan bulu mata atas dan bawah dan tempatkan pada kelopak atas. Letak gam dan pastikan bulu mata dijarakkan dengan baik.

3. Lakukan Step 1 – Lift pada bulu mata berdekatan dengan garis bulu mata. Pastikan jangan letak pada hujung bulu. Tunggu 7-10 minit dan cuci produk dengan pad kapas atau aplikator.

4. Lakukan Step 2 – Fix pada bulu mata berdekatan dengan garis bulu mata. Pastikan jangan letak pada hujung bulu. Tunggu 7-10 minit dan cuci produk dengan pad kapas atau aplikator.

5. Lakukan Step 3 – Keratin Booster pada sepanjang bulu mata sedekat mungkin dengan garis bulu. Tunggu 7-10 minit dan cuci sisa produk dengan pad kapas lembap dan aplikator.

6. Keluarkan batang dari kelopak dan bulu mata denga lembut. Berus bulu menggunakan spoolie nilon. Itu sahaja!

Bergembira dengan bulu mata menawan, lebat dan lentik!

Nanolash – DEFINISI BULU MATA MENAWAN

Lash Lift Kit bukan satu-satunya produk milik Nanolash! Lihat tawaran penuh kami termasuk produk bulu mata yang mampu mengubah rutin mekap dan penjagaan bulu mata anda! Tambah dimensi bulu mata anda sekarang! Lihat produk lain yang kami ada dan ikuti trend terkini!

Ingin mencari inspirasi mekap genius? Anda tertanya-tanya bagaimana cara untuk membuatkan mekap mata anda menarik perhatian ramai? Lawati media sosial kami!

Kandungan Kit Lash Lift
Soalan Lazim SEGALANYA
YANG ANDA PATUT TAHU
Bagaimana cara untuk menyediakan bulu mata anda bagi proses pengangkat dan laminasi bulu mata
Anda perlu sediakan bulu mata anda untuk proses pengangkat bulu mata. Pastikan bulu mata anda tiada sebarang mekap atau sisa minyak. Guna pencuci mekap yang bebas minyak atau syampu bulu mata yang dirumus khas mengandungi pH neutral.
Apakah perbezaan antara mengangkat bulu mata dan laminasi bulu mata?
Mengangkat bulu mata mencipta kesan bulu mata lentik dan terangkat. Laminasi ialah peringkat akhir dalam proses mengangkat bulu mata. Ia akan menghidrasi bulu mata dan membaiki keratin dalam struktur bulu.
Berapa kerapkah saya boleh membuat mengangkat dan laminasi bulu mata?
Sebaiknya anda melakukan mengangkat bulu mata setiap 6 hingga 7 kali seminggu. Semuanya bergantung kepada keadaan bulu mata anda. Ingat, pastikan anda menunggu sekurang-kurangnya 4 minggu sebelum melakukan rawatan mengangkat bulu mata yang lain.
Bolehkah saya memakai mekap pada bulu mata selepas mengangkat dan laminasi bulu mata?
Ya, boleh tapi pastikan anda tidak memakai sebarang mekap selama 12 jam selepas rawatan.
Bagaimana cara untuk menjaga bulu mata selepas proses mengangkat dan laminasi bulu mata?
Elakkan kelembapan dan suhu yang tinggi (air panas, sauna, dsbg.) selama 24 jam selepas proses mengangkat bulu mata.
Berapa lama saya perlu tunggu pesanan dihantar?
Jangkaan masa penghantaran adalah dalam masa 2 hari bekerja. Produk akan dihantar oleh syarikat kurier kami.
Bolehkah saya membuat pesanan jika saya tinggal di luar negara?
Ya, sudah tentu. Syarikat kami ada menawarkan jualan di kebanyakan negara di seluruh dunia. Jangkaan masa dan kos penghantaran bergantung kepada destinasi. Untuk maklumat lanjut, sila klik butang bendera di menu laman web dan pilih versi bahasa yang anda mahu.
Polisi privasi

Laman web menggunakan cookies termasuklah yang pihak ketiga untuk menggunakan alat luaran. Jika pengguna tidak memberi keizinan, kami akan menggunakan cookies yang penting sahaja. Anda boleh tukar tetapan ini pada pelayan bila-bila masa sahaja. Adakah anda memberi izin untuk kami menggunakan cookies anda?

Polisi privasi