Stick & Go Pre-Glued lashes
ALLUREGaya: Fluffy Volume Lash Look
Kandungan bekas: 36 bulu mata kluster dengan gam jernih dan aplikator
Panjang: short, regular, long
The Allure ialah gaya bulu mata yang direka untuk menampilkan bulu mata yang menyerlahkan mata dan menjadikan pandangan anda lebih dalam. Setelah meletaknya, fiber sintetik ini akan mencipta garisan bulu mata yang padat dan berdimensi yang bersatu sempurna di kelopak mata untuk kesan yang berat dan penuh. Bulu mata kluster Allure adalah pilihan sempurna untuk sesiapa yang sukakan mata memukau dan terang dengan pandangan lembut, kemasan anggun dan gebu yang sedang on trend. Gaya versatil yang boleh digunapakai setiap hari dan juga semasa acara malam glamor, ianya mencipta penampilan bulu mata penuh dan menawan yang menonjolkan mata tanpa kelihatan terbeban.
Nanolash Stick & Go Pre-Glued ialah penyelesaian inovatif yang direka untuk mereka yang inginkan kemudahan dan pemakaian pantas. Dengan strukturnya yang fleksibel dan tahan perubahan bentuk, bulu mata ini mengekalkan bentuknya yang sempurna sepanjang masa pemakaian. Fiber disetkan pada jalur ultra-nipis, fleksibel yang disaluti dengan pelekat jernih, membolehkan pemakaian dilakukan dengan pantas tanpa memerlukan produk tambahan. Setelah diletakkan di bawah bulu mata asli, titik cantuman tidak akan kelihatan seterusnya membolehkan garis bulu mata kelihatan lebih penuh secara semula jadi. Setiap bekas mengandungi satu aplikator dan 36 bulu mata kluster cukup untuk 4-6 pemakaian bergantung pada saiz mata. Pandangan yang cantik boleh bertahan sehingga 3 hingga 5 hari.
Keluarkan kluster bulu mata dari bekas menggunakan aplikator, ambil kluster dengan berhati-hati agar tidak merosakkan salutan pelekat
letakkan kluster di bawah bulu mata asli anda, jaga jarak 2 mm dari garis air
Satukan kluster dengan bulu mata asli anda menggunakan aplikator secara perlahan-lahan
Allure ialah gaya bulu mata kluster yang telah digam yang dicipta untuk wanita yang inginkan penampilan bulu mata lebat dan berani. Fiber yang disusun dengan padat akan menghasilkan ilusi garis bulu mata lebih penuh dengan menambah kedalaman dan keamatan pada mata. Senang dipakai, kluster bulu mata ini boleh dipakai setiap hari atau jika ada acara untuk waktu malam. Pilihan sempurna untuk sesiapa yang ingin menyerlahkan mata dan mencapai kesan bulu mata lebih penuh dan lebat.
Tinggalkan alamat e-mel anda dan kami akan memberitahu anda apabila ia kembali dalam stok.