Maskara adalah asas dalam solekan. Sama ada anda inginkan penampilan semulajadi atau berani untuk majlis istimewa, bahagian mata adalah tempat paling penting untuk solekan. Oleh itu, pilihan maskara juga bukan perkara mudah. Setiap jenis bulu mata mempunyai keperluan berbeza.
Apakah jenis maskara yang ada?
Jika anda tidak tahu jenis maskara mana untuk dipilih, anda perlu lihat jenis bulu mata anda. Terdapat pelbagai jenis maskara di pasaran, anda perlu pilih mengikut keperluan spesifik. Terdapat empat jenis maskara utama:
- maskara melebat - meningkatkan volume dan ketebalan secara visual, sesuai untuk orang yang mempunyai bulu mata halus dan jarang,
- maskara memanjang - menjadikan bulu mata pendek menjadi lebih panjang dan lentik,
- maskara melentik - mengangkat bulu mata lurus dengan memberikan kesan lentik dan membesarkan mata,
- maskara kalis air - terdiri daripada formula khusus yang mempunyai bahan tahan air (biasanya minyak) jadi ia tidak mudah comot walaupun semasa berenang atau mandian.
Pengilang cuba untuk menggabungkan bahan-bahan ini dan mencipta produk 2-dalam-1 dan 3-dalam-1. Setiap produk mempunyai hasil berbeza terutamanya jika formula tersebut sesuai untuk mencipta volume dengan menambah salutan tambahan maskara. Jika anda inginkan kesan popular bulu mata yang disaluti tebal dan merasakan satu salutan tidak mencukupi, mungkin ciri ini sesuai untuk anda.
Apa yang perlu diberi perhatian dalam pemilihan maskara?
Seperti yang kami nyatakan, setiap maskara direka untuk keperluan khusus dan peranan utamanya adalah untuk menyerlahkan pandangan. Sebelum memilih maskara tertentu, beri perhatian terhadap ciri-ciri penting.
Maskara - berus bagus
Berus yang mempunyai bentuk yang elok yang diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi boleh mencapai sehingga ke akar bulu mata dan bulu mata yang paling pendek untuk mengasingkan dan melentikkannya. Jika anda tertanya-tanya maskara manakah yang boleh dipilih, tolong ambil kira bentuk berus. Sangat penting untuk memilih berus yang elok kerana kesan mekap akan terhasil dari bentuk berus yang dipilih. Apa yang mengejutkan, ramai wanita tidak beri perhatian untuk jenis berus semasa memilih maskara.
Berus paling popular untuk maskara adalah:
- Berus berbentuk sikat dimana bulu berus hanya ada pada satu bahagian batang. Sesuai untuk bulu mata jarang dan pendek kerana senang mencapai bulu paling pendek dan untuk mengasingkan dengan tepat.
- Berus silikon lurus sesuai untuk bulu mata panjang. Jenis ini adalah jenis berus paling popular yang ada.
- Berus silikon berbentuk kon membuktikan ia adalah jenis yang terbaik untuk melentikkan bulu mata dan membolehkan anda mencapai bulu mata paling pendek di bucu mata dengan kejituan yang tinggi tanpa mencomotkan kelopak mata. Sesuai juga jika anda ingin mencipta volume.
- Berus silikon sedikit lengkung dengan berus bulu pendek pada satu bahagian dan panjang di bahagian lain. Biasanya orang yang memiliki bulu mata lurus akan memilih jenis ini kerana mampu melentik dengan bagus jika disalut dua kali.
- Berus silikon berbentuk bola walaupun mempunyai reka bentuk spesifik yang tidak menyerupai maskara biasa, ia sesuai untuk mencapai bulu paling halus. Anda juga boleh memakai maskara dari pelbagai sudut untuk mencapai bulu paling pendek.
- Berus sangat halus dengan bulu berus berpusar. Dicipta untuk bulu mata lurus tidak sesuai untuk tujuan bergaya kerana hanya digunakan untuk memakai maskara dengan sangat tepat dan bagus untuk melentik.
- Berus tebal dan besar diperbuat daripada bulu klasik mungkin kelihatan agak tidak kemas. Berus jenis ini direka untuk memberikan volume tebal menggunakan banyak produk. Mungkin kelihatan sukar untuk menggunakannya tapi jika anda sudah master, anda pasti akan suka dengan hasilnya.
- Berus klasik dengan reka bentuk ringkas boleh didapati dimana-mana. Jenis foolproof untuk digunakan dengan semua formula maskara.
Maskara - formula tepat
Maskara paling murah senang menggelupas dan hancur. Maskara jenis ini tidak digemari wanita kerana akan menyebabkan mata gatal, kemerahan. Selain itu, ia juga kelihatan tidak menarik. Sama juga jika kelopak mata comot kerana terdedah dengan kelembapan. Oleh itu, beri perhatian terhadap apa yang ditulis pada bungkusan tentang ketahanan produk mereka dan baca ulasan pengguna kerana mereka lebih tahu maskara mana yang terbaik.
Maskara - bahan-bahan perapi
Sudah diketahui ramai bahawa maskara hanyalah sebahagian daripada produk solekan. Ramai akan setuju maskara dikategorikan dalam solekan berbanding penjagaan bulu mata. Ini adalah satu perkara yang selalu disalah anggap. Kebelakangan ini, kebanyakan pengilang sudah memasukkan formula produk dengan pelbagai bahan-bahan berharga seperti:
- asid hialuronik bertanggungjawab untuk mengekalkan air dalam bulu dan memberi hidrasi mendalam menjadikan bulu mata anda kelihatan lebih sihat
- keratin adalah blok pembina utama bulu - meningkatkan ketahanan dan menguatkan bulu mata,
- panthenol akan memberikan sinar dan memberi khasiat kepada bulu,
- minyak semulajadi seperti kastor, jojoba atau argan akan melindungi dan menguatkan bulu mata,
- lilin semulajadi (wax) mempunyai fungsi pelindung - membentuk salutan halus di sekeliling bulu dan melincirkan serta melembutkan bulu mata
- ekstrak botani akan melembapkan bulu mata dan mengelakkan dari kerapuhan,
- vitamin E memberi khasiat dan melindungi bulu mata.
Jika anda tertanya-tanya maskara mana untuk dipilih, kami syorkan anda untuk memberi perhatian tentang bahan-bahannya. Bulu mata anda akan menjadi lebih menawan. Bahan yang melembap dan memberi khasiat adalah kunci untuk mengekalkan keadaan bulu yang sihat. Oleh itu, sentiasa lihat kualiti produk maskara yang anda minat dan jangan beli produk yang kurang bernilai yang akan mengeringkan dan menjadikan bulu gugur.