Panduan Memakai Solekan Mata bersama Bulu Mata Sambungan - Apa Yang Perlu Diberi Perhatian?

Panduan Memakai Solekan Mata bersama Bulu Mata Sambungan - Apa Yang Perlu Diberi Perhatian?

Tujuan pemasangan bulu mata sambungan adalah untuk menyerlahkan mata para wanita sehingga mereka tidak perlu memakai mekap mata. Tidak salah pun, sebenarnya, ia membuktikan betapa bulu mata sambungan boleh menjadikan penampilan dan mood kita lebih menonjol. Apa pun, jika anda ingin serlahkan pandangan dengan lebih jauh, anda perlu ambil kira beberapa perkara penting yang kami akan jelaskan hari ini.

Solekan mata bersama bulu mata sambungan - cara mengekalkan harmoni

Tidak kira anda memilih kaedah bulu mata sambungan yang mana (klasik, volume, atau hibrid), mata anda segera kelihatan menonjol dan pandangan menjadi lebih mendalam. Jika anda memilih untuk menggunakan eyeshadow, pastikan anda kekalkan harmoni. Mekap mata jenis berani bila digabungkan dengan bulu mata sambungan akan menyerlahkan lagi mata untuk majlis elegan tapi pastikan jangan keterlaluan sehingga menghilangkan hasil pemakaian bulu mata sambungan sepenuhnya.

Apa yang perlu diberi perhatian?

  • Pastikan anda pilih eyeshadow yang kurang menyerlah berbanding bulu mata sambungan. Pilih warna cerah yang sepadan dengan penampilan keseluruhan anda.
  • Guna eyeliner boleh tapi pastikan ia halus untuk menyerlahkan bulu mata anda.
  • Menambah salutan tambahan maskara pada bulu mata bawah akan menyesuaikan bulu mata atas dan bawah.
  • Anda boleh serlahkan kesan bulu mata sambungan dengan memberikan penampilan garis bulu mata lebih dalam. Guna pensel untuk tujuan ini dan serlahkan garis air (waterline) atas.

Trend solekan yang bergaya untuk bulu mata sambungan

Solekan adalah satu seni yang perlu dipelajari dengan lebih mendalam. Pastikan anda mengingati kesan harmoni sebelum ini supaya tidak kelihatan keterlaluan. Penampilan mekap jenis apa sesuai untuk wanita yang memakai bulu mata sambungan?

  • Minimalis dengan sentuhan halus

Untuk tujuan ini, penampilan semulajadi kelihatan lebih cantik. Wanita yang memilih bulu kening yang terang contohnya pomade dalam shade neutral atau mereka yang ingin menonjolkan bulu kening laminasi yang kemas. Pilih eyeshadow dalam shade neutral yang highlight mata dan anda juga boleh menggunakan eyeliner dengan gaya ringkas. Biarkan bibir anda kelihatan semulajadi, pilih lipgloss atau lip oil untuk kelihatan bersinar. Anda boleh pilih neutral lipstick dengan warna yang hampir dengan warna semulajadi bibir anda. Padankan dengan bulu mata sambungan 1:1, penampilan ini serasi dengan kaedah hibrid. Mekap ini sesuai untuk semua acara dan setiap wanita.

  • Penampilan segar dan pastel

Ramai wanita biasanya lebih memilih untuk membuat ujikaji dan menyerlah. Warna pastel adalah sejenis fesyen yang sering menjadi fenomena dan trend mekap. Ia menyerlahkan kecantikan semulajadi dengan baik dan menampilkan kontras dengan warna mata berbeza. Eyeshadow dalam tona warna mint, kuning dan biru pasti akan menarik perhatian ramai orang. Eyeliner berwarna-warni semakin popular kerana ia membolehkan anda mencipta penampilan mekap kreatif. Mungkin ia bukan penampilan yang terbaik tapi sesuai untuk musim panas waktu malam atau festival muzik. Bulu mata sambungan yang dibuat menggunakan kaedah hibrid dengan tambahan bulu berwarna-warni pasti akan menarik perhatian ramai orang.

  • Mata smokey terang

Jika anda inginkan penampilan majlis malam yang elegan dan impikan versi lebih berani untuk diri anda - anda boleh cuba penampilan mata smokey dan gabungkan dengan bulu mata sambungan volume. Eyeshadow terang dan gabungan yang sebati akan menyerlahkan pandangan anda. Anda tidak perlu pakai eyeliner atau boleh juga guna untuk menerangkan pandangan garis bulu mata dengan lembut.

  • Sinar menawan - glam berkilauan

Anda ingin sertai pesta malam yang pastinya memerlukan penampilan yang rancak! Tidak kira anda memilih kaedah bulu mata sambungan yang mana, pastikan anda pilih aksesori yang berkilau. Eyeshadow jenis berkilau? Bagaimana pula dengan eyeliner berkilau dengan sedikit warna halus untuk disesuaikan dengan outfit anda? Jangan lupa letak sedikit highlighter pada bucu dalam mata anda. Anda juga boleh letak berlian khas yang melekat atas kulit dan letak di bawah sedikit tulang kening. Teruskan bersinar dan berseronok!

Solekan dengan bulu mata sambungan - masalah yang boleh diatasi

  • Bulu mata palsu vs solekan mata

Solekan mata jika digabungkan bersama bulu mata sambungan tidak terlalu sukar. Tapi, anda perlu memberi perhatian terhadap jenis kosmetik yang anda guna kerana jika anda membuat silap, anda mungkin akan kehilangan bulu mata palsu lebih cepat dari yang anda fikirkan.

MASALAH: Walaupun eyeshadow jenis krim mempunyai peminatnya yang tersendiri, ia bukanlah pilihan terbaik. Diperbuat dari bahan berasaskan minyak akan menjejaskan gam bulu mata sambungan. Oleh itu, guna kosmetik yang kalis air membawa risiko kerosakan yang tinggi. Kosmetik yang berasaskan minyak hanya boleh dibasuh dengan air micellar dua fasa yang juga berasaskan minyak.

TIP: Guna eyeshadow jenis klasik atau loose. Ia juga berpigmen dan kelihatan cantik pada kelopak mata. Ia boleh dicuci dengan mudah. Semasa memilih eyeliner, pilih yang jenis cecair atau pen.

  • Bulu mata sambungan vs foundation dan concealer

Walaupun kedua-dua ini mempunyai fungsi berbeza pada wajah, ia boleh merosakkan sesama mereka.

MASALAH: Formula concealer atau foundation mungkin agak sukar untuk dibasuh dan kadang-kadang boleh terkena pada bulu mata semasa anda bersedia untuk bersiap pada waktu pagi. Mencuci produk ini agak sukar dan produk ini akan melekatkan gam pada bulu mata. Serbuk wajah juga membawa masalah jika ia sudah melekat pada bulu mata. Warna hitam akan hilang secara automatik dan bulu mata palsu anda kelihatan buruk.

TIP: Sebaiknya anda ambil berus mikro atau putik kapas dan lembapkan dengan air micellar. Tutup mata dan sapu putik dari akar bulu mata sehingga ke hujung. Akhir sekali, berus sepanjang bulu mata dengan spoolie.

  • Cuci mekap mata bersama bulu mata sambungan

Jangan lupa cuci solekan mata anda - mata dan bulu mata anda pasti akan mengucapkan terima kasih.

MASALAH: Sekarang anda tahu bahawa menggunakan pencuci mekap dua fasa atau produk yang salah akan menjejaskan bulu mata anda, pastikan anda memberi perhatian tentang produk yang anda guna. Anda perlu memberi perhatian tentang putih kapas yang digunakan semasa mencuci mekap. Benda begini boleh memberi masalah semasa mencuci mekap dari bulu mata sambungan. Serat yang melekat pada bulu mata palsu sukar dicuci. Selain itu, ia juga boleh melekat antara bulu mata asli dan palsu dan ini adalah cara paling mudah untuk mencabut bulu mata sambungan anda.

TIP: Guna air micellar satu fasa untuk mencuci mekap anda. Anda boleh letak pada jari dan sebarkan buihnya pada kelopak mata. Selepas itu, produk mekap seperti eyeshadow eyeliner akan larut dengan sendiri.

  • Mencuci bulu mata palsu selepas mencuci mekap

Ini adalah langkah penting untuk mengekalkan penjagaan kebersihan dan kesihatan mata.

MASALAH: Air micellar dan losyen pencuci mekap direka khas untuk melarutkan kosmetik dan membuatkan ia senang untuk dicuci dari kulit dan bulu tapi kadang-kadang ia akan meninggalkan sisa. Oleh itu, anda perlu sentiasa mencuci wajah dengan gel wajah selepas mencuci mekap. Ramai dari kita hanya guna gel wajah untuk tujuan ini kerana ia mengandungi bahan yang boleh menjejaskan gam. Apa yang anda perlu lakukan dalam situasi ini?

TIP: Sebaiknya guna syampu bulu mata dan kening yang bagus. Produk yang lembut sesuai digunakan pada bulu mata dan mencuci dengan baik.

Bagaimana cara menggunakannya?

LANGKAH 1. Buihkan syampu. Anda boleh pilih syampu bulu mata dan kening dari Nanolash yang didatangkan dengan botol pam khusus untuk buih.

LANGKAH 2. Letak buih pada bulu mata.

LANGKAH 3. Luncurkan jari anda di sepanjang bulu dari atas ke bawah. Jika anda ada berus bersih yang halus, anda boleh gunakannya. Biarkan berus itu melalui bulu mata dan bersihkan ruang diantaranya dengan baik.

LANGKAH 4. Bilas syampu dengan air suam.

Siap! Bulu mata anda sudah dicuci dengan bersih. Anda boleh cuci bulu mata pada waktu pagi dan malam. Anda juga boleh guna syampu untuk menjaga bulu mata semulajadi anda dalam rutin harian.



Tulis komen. Ia akan disiarkan sebaik sahaja diluluskan oleh moderator.
Polisi privasi

Laman web menggunakan cookies termasuklah yang pihak ketiga untuk menggunakan alat luaran. Jika pengguna tidak memberi keizinan, kami akan menggunakan cookies yang penting sahaja. Anda boleh tukar tetapan ini pada pelayan bila-bila masa sahaja. Adakah anda memberi izin untuk kami menggunakan cookies anda?

Polisi privasi