Anda pasti pernah mendengar tentang prosedur mengangkat dan laminasi bulu mata. Ini adalah kaedah terbaik untuk menyerlahkan penampilan serta merapikan bulu mata. Bulu mata akan kekal rapi dan kelihatan lebat serta menambah definisi kepada mata anda. Teruskan membaca untuk butiran lanjut!
Apakah Prosedur Mengangkat Bulu Mata dan Apa Hasilnya?
Prosedur ini direka untuk menguatkan bulu mata dengan memberikan protein keratin atau blok pembina bulu. Prosedur mengangkat dan laminasi bulu mata dilakukan dengan meletak larutan khas untuk mengubah struktur bulu. Ia akan melarutkan ikatan disulfide untuk menjadikan bulu anda senang diurus dan menyerap nutrisi dengan mudah dan mengembalikan ikatan dan menutup lapisan kutikel bulu.
Apakah Perbezaan Antara Prosedur Mengangkat dan Laminasi Bulu Mata?
Anda perlu tahu bahawa proses laminasi juga adalah proses mengangkat bulu mata tapi bukan semua proses mengangkat bulu mata adalah laminasi bulu mata. Kita tidak boleh menggunakan terma ini sesuka hati.
- Prosedur mengangkat bulu mata akan memberikan bentuk yang diingini. Larutan yang digunakan untuk proses mengangkat bulu mata bertujuan untuk menjadikan bulu lebih terurus. Penggunaan batang silikon dan gam untuk mengangkat bulu mata, memegangnya dan mencipta lentikan yang diingini.
- Laminasi bulu mata juga dipanggil mengangkat bulu mata keratin yang biasanya dilakukan di peringkat akhir untuk keseluruhan rawatan bertujuan untuk menghidrasi bulu mata yang telah disaluti dengan larutan kimia. Ruang antara bulu mata akan diisi dengan keratin dan bulu mata akan menjadi lebih elastik, kuat dan dilindungi.
Kesan Selepas Prosedur Mengangkat dan Laminasi Bulu Mata
Manfaat utama mengangkat dan laminasi bulu mata adalah bulu mata anda kelihatan lebih asli dan tidak keterlaluan. Ia kelihatan lebih sihat kerana terasing dengan sempurna, bersinar dan lebih tebal. Inilah sebabnya kenapa ramai wanita tidak lagi guna maskara dan curler. Sebenarnya, anda boleh sahaja guna semua ini selepas proses mengangkat kening - terpulang kepada anda.
Hasil Selepas Mengangkat Bulu Mata:
- kesan mengangkat yang kekal
- bulu mata lentik dan kelihatan lebih penuh
- warna bulu lebih gelap (jika anda mewarna juga)
Hasil Selepas Laminasi Bulu Mata:
- hbulu mta kelihatan lebih sihat dan kuat
- bulu mata kelihatan lebih tebal
- keanjalan bulu mata dan bersinar
- hasil semulajadi dan tahan lama
Mengangkat dan Laminasi Bulu Mata. Apakah Bahan Yang Perlu Ada?
Kami akan menerangkan proses mengangkat dan laminasi bulu mata seperti di bawah. Prosesnya sama sahaja seperti anda melakukannya di salun atau sendiri di rumah menggunakan kit mengangkat bulu mata. Rawatan ini mengambil masa lebih kurang satu jam setengah.
LANGKAH 1. SEDIAKAN BULU MATA ANDA
Bersihkan bulu mata anda dari sisa solekan, debu dan minyak. Sebaiknya guna syampu bulu mata dan kening yang direka khas.
LANGKAH 2. JAGA KELOPAK MATA BAWAH DAN BULU MATA BAWAH
Anda boleh guna hidro-gel patch. Hanya letak pada kelopak mata, asingkan antara bulu mata atas dan bawah. Cara ini akan mengurangkan risiko bulu mata atas dan bawah melekat bersama.
LANGKAH 3. PILIH BATANG SILIKON TERBAIK
Ambil batang silikon untuk mengangkat dan laminasi bulu mata. Pilih saiz terbaik untuk mata anda dan letak batang pada atas kelopak mata. Jika anda tidak mahu batang bergerak, anda boleh letak sedikit gam bulu mata.
LANGKAH 4. SEDIAKAN BULU MATA ANDA UNTUK PROSEDUR
Dengan menggunakan gam yang sama dan sikat mengangkat bulu mata khas, asingkan bulu mata atas dengan batang. Cuba asingkan bulu mata dengan teliti.
LANGKAH 5. BUKA SISIK KUTIKEL
Guna larutan aktif untuk mengangkat dan laminasi bulu mata. Ia bertujuan untuk merehatkan struktur bulu bagi memudahkan anda untuk menggaya dan mengurus. Letak produk pada bulu mata menggunakan aplikator bersih lebih kurang 1 mm dari garis bulu mata. Bulu akan menyerap keratin dan semua nutrisi penting. Selepas 7-10 minit, cuci produk dengan pad kapas atau aplikator bersih yang lain.
LANGKAH 6. KEKALKAN BULU MATA TERANGKAT
Guna larutan peneutral untuk mengangkat dan laminasi bulu mata. Produk ini bertujuan untuk meneutralkan larutan aktif dan menutup sisik kutikel. Letak larutan dengan aplikator bersih lebih kurang satu mm dari garis bulu mata dan biarkan selama 7 sehingga 10 minit. Akhir sekali, cuci produk ini menggunakan pad kapas atau aplikator bersih.
LANGKAH 7. GUNA PEWARNA BULU MATA (PILIHAN)
Jika anda ingin menggelapkan bulu mata semasa proses mengangkat, anda perlu letak pewarna pada peringkat ini. Biarkan pewarna pada bulu mata seperti yang tertera pada produk (lihat masa pada bungkusan).
LANGKAH 8. MASA UNTUK PERAPI
Perapi keratin untuk mengangkat dan laminasi bulu mata akan menyerlahkan lagi hasil rawatan. Serum seperti itu akan menambah kelicinan pada bulu mata memberikan hasil bulu mata semulajadi bersinar, anjal dan tahan. Letak lebih kurang 1 mm dari garis bulu mata dan biarkan selama 7 sehingga 10 minit. Seterusnya, cuci dengan pad kapas.
LANGKAH 9. AMBIL BATANG ROD DENGAN BERHATI-HATI
Anda boleh guna Q-tip basah untuk mengangkat batang silikon. Luncurkan di bawah batang dengan berhati-hati. Gam bulu mata adalah larut air, jadi, batang silikon senang untuk dialih dari kelopak mata. Guna berus pakai buang untuk menyikat bulu mata sebagai kemasan akhir.
Apa Perkara yang Perlu Anda Ingat Selepas Mengangkat dan Laminasi Bulu Mata?
Berhati-hati adalah kunci utama selama 24 jam selepas proses mengangkat bulu mata. Jangan basahkan atau sentuh bulu mata anda. Jangan guna mekap, dan langkau ruang bulu mata semasa memakai produk penjagaan kulit seperti pelembap dan yang berminyak. Selepas 24 jam, anda boleh mula belai bulu mata. Guna minyak berkualiti tinggi untuk melembapkan bulu kerana selepas proses ini akan menyerap nutrisi dan vitamin dengan baik.
Mengangkat dan Laminasi Bulu Mata. Berapa Lama Ia Bertahan dan Bila Waktu Sesuai Untuk Ulang Rawatan Ini?
Seperti rambut juga, bulu mata kita mempunyai kitaran hidup semulajadi, dan bulu mata pasti akan gugur juga. Dalam kata lain, kesan selepas mengangkat bulu mata bergantung kepada proses semulajadi. Jika diambil kira jangkat hayat bulu mata dan hasilnya bertahan sehingga 5 minggu tapi bukan semua. Ada juga yang bertahan sehingga 7 minggu.
Masa optimum selepas mengangkat bulu mata perlu diulang dari tempoh 5 sehingga 7 minggu. Inilah masanya bulu baru akan menggantikan bulu lama yang telah dilaminasi.
Risiko Prosedur Mengangkat dan Laminasi Bulu Mata:
- penyakit alergik mata
- kulit menggelupas disekeliling mata
- conjuctivitis dan jangkitan lain
- hipersensitiviti mata
- stye, keratitis
- kemoterapi
Mengangkat dan Laminasi Bulu Mata - Pendapat
Anda boleh baca ulasan tentang kit mengangkat bulu mata dan dengar sendiri pendapat tentang rawatan ini dari rakan atau baca di internet. Sungguh jelas: wanita yang pernah melakukan prosedur mengangkat bulu mata sungguh gembira dengan hasilnya dan memperoleh bulu mata lentik yang lebat. Mereka juga menyukai hasil yang tahan lama dan ramai daripada mereka sanggup mengulang rawatan ini.
Proses Mengangkat Bulu Mata Di Rumah. Berbaloikah?
Secara umumnya, prosedur mengangkat bulu mata di rumah terdiri daripada langkah yang sama dan produk serta rawatan dilakukan oleh ahli pro. Anda perlu beli kit mengangkat dan laminasi bulu mata di rumah khas; anda boleh temui di kedai Nanolash. Kit ini terdiri daripada aksesori penting dan arahan yang jelas. Anda boleh guna panduan di atas dan nikmati bulu mata menawan seperti dilakukan di salun!