Kaedah Bulu Mata Sambungan - Belajar Teknik Paling Popular

Kaedah Bulu Mata Sambungan - Belajar Teknik Paling Popular

Memasang bulu mata sambungan semakin popular dan antara servis yang paling mendapat permintaan di salun sejak kebelakangan ini. Jadual ramai lash artist mula sibuk melakukan servis. Namun, masih ramai wanita yang ragu-ragu untuk membuat bulu mata sambungan dan berfikir adakah servis ini sesuai untuk mereka. Ramai yang masih terperangkap dalam stereotaip tentang bulu mata palsu. Hari ini anda akan belajar tentang bulu mata sambungan profesional seperti kaedah bulu mata sambungan DIY yang boleh dipasang di rumah.

Bulu mata sambungan - bulu mata cantik untuk semua orang

Bulu mata sambungan sepatutnya sudah tidak perlu keterlaluan dan dramatik. Kaedah bulu mata sambungan moden semakin meluas dan maju untuk disesuaikan dengan setiap jenis mata dan memuaskan hati semua pelanggan. Ketahanannya yang lama menjadikan ramai orang memilih untuk ke salun. Selain itu, anda juga boleh pilih sama ada ingin pasang bulu mata strip, magnetik, dan yang paling terkini - bulu mata kluster DIY untuk pemasangan di rumah. Banyak lagi pilihan untuk anda pilih!

Kaedah pemasangan bulu mata sambungan

Terdapat tiga jenis kaedah pemasangan bulu mata sambungan - klasik, volume, dan hibrid. Perbezaan antara ketiga-tiga teknik ini adalah dari segi bilangan bulu mata dan jenis bulu mata yang digunakan. Tidak kira yang mana pilihan anda, pasti akan kelihatan lebih menawan.

  • Bulu mata sambungan - kaedah klasik

Kaedah klasik bulu mata sambungan biasanya dipanggil kaedah bulu mata 1:1 kerana melibatkan lekatan satu bulu mata palsu pada bulu mata asli. Hasil utama dari kaedah ini adalah kesan bulu mata yang kelihatan lentik semulajadi, memanjang serta lebat dengan garis bulu mata yang tebal.

  • Bulu mata sambungan - kaedah volume

Kaedah volume bertujuan untuk melebatkan bulu mata dengan ketara. Ia terbahagi kepada volume ringan (2D, 3D) dan volume besar (4-8D). Sama juga dengan kaedah klasik, bulu mata palsu akan digamkan pada bulu mata asli. Untuk kes ini, lebih daripada satu bulu mata palsu akan dilekatkan pada bulu mata semulajadi (2D - dua bulu mata palsu dilekat pada satu bulu mata asli, 3D - tiga bulu mata dilekat pada satu, dsbg.). Kesan untuk kaedah volume adalah ia lebih kelihatan berbanding kaedah 1:1. Bulu mata yang dipilih untuk dipasang biasanya yang jenis ringan dan halus pada dasarnya untuk tidak memberatkan mata, namun masih kelihatan asli.

  • Bulu mata sambungan - kaedah hibrid

Bulu mata sambungan dengan kaedah hibrid terdiri daripada gabungan panjang dan tebal bulu mata palsu. Satu bulu mata palsu yang lebih tebal akan dilekatkan pada bulu asli, kemudian bulu mata yang sedikit halus digam pada bulu mata asli yang seterusnya. Anda akan mempunyai volume yang halus dengan kesan seakan semulajadi.

Ingin ketahui lagi tentang gaya bulu mata paling popular? Lihat siaran kami.

Apa lagi kaedah pemasangan bulu mata sambungan?

  • Bulu mata kluster DIY

Bulu mata kluster DIY untuk pemasangan di rumah adalah kaedah pemasangan yang inovatif dan segera. Bulu mata sintetik akan disetkan pada strip pendek dan fleksibel. Tidak seperti bulu mata strip biasa, bulu mata kluster untuk pemasangan DIY akan dipasang pada bawah bulu mata asli. Ini adalah ciri penting kerana hasilnya kelihatan lebih asli dan sambungan bulu mata kluster tidak kelihatan. Mengasingkannya kepada segmen juga senang semasa memasang bulu mata. Anda perlu ada beberapa aksesori untuk memakai bulu mata kluster DIY. Anda boleh beli secara asing atau melalui kit khas. Antara aksesori yang diperlukan ialah:

  1. Bonder yang berfungsi sebagai gam. Bonder akan diletak di sepanjang bulu mata asli atau dari akar kepada separuh panjang (pilihan anda) dan formulanya mampu membolehkan anda untuk melekatkan kluster palsu dengan bulu mata asli. Gam ini tidak akan cepat kering semasa anda memakai bulu mata. Tidak perlu terburu-buru dan risau jika bulu mata tidak melekat dengan elok.
  2. Sealer akan meneutralkan kelekitan bonder selepas memasang bulu mata kluster. Ia berfungsi untuk memberikan kemasan akhir supaya tahan lebih lama. Diletak pada bulu mata di tempat letak bonder.
  3. Aplikator ergonomik akan membantu mencantumkan bulu mata palsu dengan asli. Ia juga mempunyai bentuk hujung khas untuk membantu pemasangan dan memastikan gam melekat elok pada bulu mata.
  4. Pencuci ialah produk yang bagus untuk mencabut kluster dengan cepat dan mudah.

Bulu mata kluster adalah pilihan bagus untuk sesiapa yang inginkan bulu mata selain daripada strip atau magnetik. Bulu mata kluster bertahan sehingga 5 hari dengan penjagaan betul dan berhati-hati, jangka hayat pemasangan juga lebih lama. Produk yang digunakan akan melekat pada bulu mata kluster dan tidak terdedah dengan kulit kelopak mata.

  • Bulu mata strip

Bulu mata strip adalah kaedah pemasangan yang paling lama. Bulu mata palsu akan disetkan pada strip panjang yang telah digam terus pada kelopak mata atas garis bulu mata asli. Gam bulu mata palsu akan diletak di sepanjang strip. Bulu mata akan ditekan lembut pada kelopak mata dan tunggu sehingga gam kering. Strip boleh dipotong mengikut mata anda. Akhir sekali, cabut bulu mata dari kelopak mata.

Ini adalah kaedah popular tapi mempunyai kekurangan sendiri. Gam yang digunakan pada bulu mata senang teroksida. Pada waktu siang hari ia akan kelihatan dan tidak menarik. Strip ini boleh dibuka dari bucu mata pada siang hari yang boleh mengganggu kelopak mata kerana strip biasanya lebih kaku. Ini juga adalah kaedah pemasangan bulu mata yang paling pendek ketahanannya hanya sehari.

  • Bulu mata magnetik

Bulu mata strip dan magnetik adalah kaedah bulu mata sambungan yang sangat sama. Hanya berbeza dari segi pemasangan. Tidak seperti bulu mata strip atau kluster biasa, kita tidak perlu gam tapi guna eyeliner khas yang mengandungi zarah iron. Terdapat magnet kecil pada strip yang tertarik dengan formula eyeliner.

Kaedah bulu mata sambungan ini memang bagus dan mempunyai peminatnya sendiri tapi ada juga kekurangan. Pengguna sering membuat aduan tentang bau eyeliner yang tidak menyenangkan yang boleh dilihat sepanjang hari. Bulu mata magnetik mempunyai magnet besar yang kelihatan. Selain itu, pemasangan bulu mata magnetik bergantung kepada eyeliner dan tidak selalu sepadan dengan bentuk mata. Jadi, kaedah ini bukan untuk semua orang. Garisnya akan kelihatan tebal dan bukan semua orang suka dengan solekan tebal.

Kaedah bulu mata sambungan - apa lagi yang anda perlu tahu tentang bulu mata palsu?

Bulu mata sambungan - berapa lama kesan ini bertahan?

Jangka hanyat bulu mata sambungan adalah selama 1.5 bulan. Bulu mata asli mempunyai kitaran hidup secara purata 3 bulan. Secara purata, bulu mata akan gugur 2-3 helai setiap hari, jadi, anda perlu mengisi semula selepas 3-4 miggu. Untuk bulu mata kluster DIY, jangka hayatnya adalah selama 5 hari tapi bergantung juga kepada penjagaan anda. Bulu mata strip dan magnetik adalah satu hari.

Berapa lama pemasangan bulu mata sambungan ini mengambil masa?

Tempoh ketahanannya bergantung kepada kaedah pemasangan, kemahiran lash artist serta kerjasama klien. Bulu mata 1:1 mengambil masa sehingga 2 jam maksimum. Bulu mata sambungan menggunakan kaedah volume mengambil masa dari 1.5 sehingga 3 jam. Bulu mata sambungan dengan strip, magnetik atau kluster DIY mengambil masa 10 minit jika anda sudah mahir.

Ingat bahawa kejayaan penggayaan bulu mata bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya keadaan bulu mata asli, kemahiran lash artist, dan penjagaan selepas prosedur yang anda boleh baca di sini. Ia juga dipengaruhi oleh pemilihan kaedah pemasangan bulu mata yang betul, bahan yang digunakan, dan juga masa yang diambil untuk siap.



Tulis komen. Ia akan disiarkan sebaik sahaja diluluskan oleh moderator.
Polisi privasi

Laman web menggunakan cookies termasuklah yang pihak ketiga untuk menggunakan alat luaran. Jika pengguna tidak memberi keizinan, kami akan menggunakan cookies yang penting sahaja. Anda boleh tukar tetapan ini pada pelayan bila-bila masa sahaja. Adakah anda memberi izin untuk kami menggunakan cookies anda?

Polisi privasi