Menjaga bulu mata palsu sama penting dengan menjaga bulu mata asli. Anda pasti nak bulu mata palsu anda kekal selama mungkin supaya tidak perlu lagi buat temujanji berulang kali bersama lash artist. Berikut adalah beberapa tips ringkas untuk menjaga bulu mata sambungan, strip bulu mata palsu, bulu mata jenis magnetik, dan bulu mata kluster DIY.
Bulu mata palsu - kenapa kita perlu menjaga bulu mata palsu?
Bulu mata sambungan adalah satu rawatan bukan invasif yang menjadikan pandangan mata anda lebih tajam selama berminggu-minggu. Tapi, untuk mencapai penampilang begitu, anda perlu pelajari panduan penjagaan bulu mata palsu. Tanpa penjagaan yang betul, sia-sia sahaja memasang bulu mata palsu kerana akan membazir wang dan juga masa anda.
Penjagaan bulu mata palsu terbahagi kepada dua peringkat:
- sehingga 48 jam selepas pemasangan, masa penjagaan khusus
- 48 jam selepas pemasangan
Hari ini, kami akan ceritakan anda tentang kedua-dua peringkat penjagaan bulu mata palsu bagi mengekalkan ketahanan bulu mata selama mungkin. Anda juga akan mendapat maklumat bagaimana cara untuk menjaga bulu mata strip, bulu mata magnetik, dan bulu mata kluster DIY. Ingat, penjagaan bulu mata palsu yang baik adalah kunci penampilan mata yang berkekalan dan tahan lama.
Bagaimana cara menjaga bulu mata palsu - 48 jam pertama
Tahap ini adalah paling penting dalam penjagaan bulu mata palsu kerana waktu genting ini bertanggungjawab untuk ketahanan penampilan bulu mata anda. Dua hari pertama selepas pemasangan bulu mata palsu adalah waktu untuk gam melekat elok. Jika anda menjaga bulu mata dengan baik pada tahap ini dan mengikuti segala arahan lash artist, bulu mata palsu anda akan tahan lebih lama.
Terdapat 4 kunci utama yang anda perlu ambil kira selama 48 jam pertama selepas rawatan bulu mata sambungan selesai:
- Jangan terlalu banyak kali menyentuh bulu mata.
- Elakkan terkena air. Elakkan berenang, mandi air panas atau aktiviti yang melibatkan suhu lembap dan hangat buat sementara waktu untuk elakkan pelekat terjejas.
- Elakkan dari memakai kosmetik di sekeliling mata. Jangan guna mekap mata (maskara, eyeshadow, eyeliner, dsbg.) pencuci mekap dua fasa, atau krim muka berminyak (sisa minyak boleh melarutkan gam). Jika perlu, berhati-hati semasa memakainya.
- Berhati-hati semasa tidur. Sebaiknya tidur secara terlentang supaya tidak mengganggu kawasan mata yang mungkin akan berlanggar dengan bantal. Jika ini berlaku akan menjejaskan ketahanan bulu mata palsu.
Bagaimana cara menjaga bulu mata sambungan - selepas 48 jam
Penjagaan bulu mata selepas 48 jam juga sangat penting. Penjagaan tahap ini akan memberi impak kepada penampilan bulu mata dan ketahanannya. Walaupun anda tidak perlu memberikan penjagaan khas, tapi cuba berhati-hati dengan sesetengah aktiviti dan produk seperti:
- jangan guna pencuci mekap berasaskan minyak (cth. losyen micellar dua fasa atau mekap berasaskan minyak) - walaupun gam sudah melekat elok tapi penggunaan minyak akan melemahkan lekatannya,
- cuci kelopak mata dan bulu mata dengan produk yang disyorkan oleh lash artist kerana formulanya tidak akan merosakkan gam dan lembut pada mata,
- jangan sentuh atau tarik bulu mata palsu kerana kecederaan mekanikal akan menjejaskan bulu mata palsu anda,
- berus bulu mata dengan spoolie yang disyorkan oleh lash artist dan pastikan berus itu sentiasa dalam keadaan bersih,
- hadkan lawatan ke kolam renang, sauna, atau bilik tanning kerana pendedahan berpanjangan terhadap suhu tinggi akan menjejaskan gam pada bulu mata palsu,
- hasil bulu mata sambungan yang menggunakan kaedah klasik, volume atau hibrid sudah mencukupi dan kelihatan menawan. Anda boleh berhenti menggunakan curler bulu mata buat sementara waktu kerana akan merosakkan bulu sintetik,
- berhati-hati semasa melakukan rutin penjagaan harian. Jika anda perlu memakai krim di sekeliling mata, pastikan krim jenis lembut (elakkan jenis minyak, jeli petroleum, dan krim berminyak), dan tepuk dengan lembut di bawah kelopak bulu mata,
- jika anda ingin menyerlahkan kesan bulu mata sambungan dengan mekap, elakkan memakai kosmetik kalis air (maskara, eyeliner) dan pilih kosmetik yang direka khusus untuk bulu mata sambungan seperti maskara khas.
Bagaimana cara menjaga bulu mata palsu - membersihkan bulu mata sambungan
Pasti ramai terkejut apabila mengetahui bahawa - bulu mata perlu dicuci. Seperti anda mencuci mekap pada wajah, anda perlu mencuci bulu mata dari mekap dan bilas dengan air atau cuci dengan pencuci buih atau gel. Dengan bulu mata asli, cucian begini mungkin boleh dibuat - walaupun tidak perlu. Gel wajah mungkin terlalu kuat atau mengandungi minyak yang akan menjejaskan bulu mata palsu.
Apa yang boleh digunakan untuk mencuci bulu mata sambungan dan berapa kali kekerapan?
Kadang-kadang lash artist anda akan mengesyorkan syampu khas untuk mencuci bulu mata. Anda boleh mencubanya kerana formulanya lebih lembut dan pH syampu hampir dengan pH air mata. Dengan ini, mata anda tidak akan terganggu dan bulu mata - palsu atau asli akan memperoleh penjagaan rapi dan cucian yang bagus. Anda boleh guna berus lembut kerana lebih senang untuk merapikan produk di sepanjang bulu dan mencapai ke celah-celah ruang.
Bagaimana cara menjaga bulu mata strip dan bulu mata magnetik?
Bulu mata palsu dan bulu mata magnetik tidak memerlukan penjagaan rapi dan khusus. Biasanya ia dibuat untuk penggayaan satu hari. Bulu mata jenis ini perlu dicabut sebelum tidur kerana gam atau eyeliner khas yang mengandungi zarah besi akan terkena terus pada kelopak mata. Pemakaian produk ini dalam jangka masa lama akan menyebabkan kesan alergik atau kerengsaan. Yang paling penting, anda perlu hadkan sentuhan terhadap bulu mata kerana pelekat biasa tidak cukup kuat dan bulu mata anda mungkin akan tercicir.
Bagaimana cara menjaga bulu mata kluster DIY?
Bulu mata kluster DIY untuk pemasangan di rumah adalah lebih tahan lama sehingga 5 hari. Menurut ulasan para pengguna, penjagaan yang baik untuk bulu mata kluster akan memanjangkan lagi tempoh penggunaan.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, amat disarankan untuk tidak menyentuh bulu mata kluster secara keterlaluan. Apa pun, bulu mata jenis ini tahan lasak terhadap kelembapan kerana tidak digamkan dengan gam biasa yang didapati di kedai tapi digam dengan bonder khas yang diletak pada bulu mata asli sebelum dicantumkan dengan bulu mata kluster. Apa pun, anda disyorkan untuk melawati sauna atau mandian panas. Penggunaan sealer juga penting dalam penjagaan bulu mata palsu. Ia bertujuan untuk meneutralkan lekitan bonder, mengekalkan kesan bulu mata. Disebabkan itu, amat disyorkan untuk memakai sealer setiap malam semasa memakai bulu mata kluster.