Anda tentunya pernah mengikuti nasihat dari nenek, ibu atau kakak tentang cara mencantikkan bulu mata. Kadang ada tips yang aneh yang belum tentu berkesan. Jom kita lihat 10 mitos paling popular tentang bulu mata yang kami akan bongkarkan.
Penjagaan Bulu Mata. Kenapa Anda Perlu Berjaga-jaga
Mata adalah organ yang sangat lembut yang memerlukan penjagaan berhati-hati. Ramai orang sering lupa bahawa peranan utama bulu mata adalah untuk melindungi mata. Amat penting untuk anda membuat penjagaan bulu mata setiap hari tapi kita juga harus kekal berjaga-jaga. Mengikuti setiap tips yang kita dengar di internet mungkin membawa lebih banyak kesan buruk berbanding kesan baik.
Mitos Penjagaan Bulu Mata
Hari ini, kami akan terangkan tentang mitos bulu mata yang tersebar luas dan kenapa kaedah tersebut membawa kemudaratan.
MITOS: Guna lebih banyak maskara akan membuatkan bulu mata lebih panjang dan penuh
FAKTA: Memakai terlalu banyak maskara akan menyebabkan bulu mata lebih senang rapuh. Formula maskara apabila kering akan berkerak. Sisa maskara akan melekat pada bulu mata dan menjadikan mata anda kelihatan comot. Menggosok mata pula akan merosakkan bulu mata yang melekat bersama. Tambahan lagi, sisa maskara akan menyebabkan bulu mata menjadi kering.
SARANAN: Anda perlu beli maskara yang boleh menepati keinginan dan keperluan anda. Pasaran kosmetik sekarang mempunyai pelbagai jenis pilihan maskara antaranya untuk melebatkan, memanjang dan melentik bulu mata. Untuk meningkatkan kesihatan bulu, kami syorkan anda guna primer maskara yang boleh memberi hidrasi kepada bulu mata dan mengunci kelembapan, menjadikan mekap anda lebih kemas pada masa yang sama.
MITOS: Trim bulu mata akan membuatkan bulu mata anda tumbuh lebih tebal dan panjang
FAKTA: Trim bulu mata tidak akan menjejaskan kelajuan pertumbuhan bulu mata atau volume bulu dan ketebalannya. Rambut serta bulu kening dan bulu mata tumbuh dari mentol rambut; trim pada hujung hanya akan membuang bulu yang terbelah dan rapuh. Dengan cara ini, bulu mata menjadi lebih sihat dan tumbuh dengan cepat walaupun kadar pertumbuhan sama - hujung bulu mata tidak mudah patah.
SARANAN: Jangan sesekali trim bulu mata anda. Tindakan ini tidak memberi manfaat dan tidak selamat. Untuk membuatkan bulu mata anda tumbuh sihat dan lebat, kami syorkan anda untuk guna serum bulu mata yang sudah dicuba dan dipercayai atau dapatkan rawatan bulu mata seperti rawatan mengangkat dan laminasi bulu mata.
MITOS: Bulu mata sambungan boleh menyebabkan kerosakan kepada bulu mata asli dan tidak elok untuk mata
FAKTA: Pemakaian bulu mata palsu dengan cara betul tidak akan merosakkan bulu mata asli. Sebaiknya, pilih lash artist pro yang tahu cara untuk melakukan kerja dan guna produk berkualiti. Kadang-kadang jika ada bulu mata gugur, klien merasakan bulu mata aslinya lebih pendek. Sebenarnya ini tidak tepat. Kita semua sudah terbiasa melihat bulu mata panjang kerana sentiasa memandang setiap hari dalam cermin.
SARANAN: Sentiasa dengar arahan dan nasihat lash artist berkenaan penjagaan bulu mata sambungan - mereka akan memberitahu anda cara penjagaan selepas memasang bulu mata palsu. Sebenarnya, mengikuti tips penjagaan dari mereka adalah lebih bernas.
MITOS: Pelentik bulu mata (curler) akan mencabut dan merosakkan bulu mata
FAKTA: Pelentik bulu mata tidak akan merosakkan bulu mata. Sebarang alat yang direka untuk penjagaan badan dan bulu mempunyai fungsinya tersendiri dan mesti digunakan mengikut arahan yang diberikan. Menggunakan pelentik tidak sesukar dan tidak menjejaskan bulu mata jika diguna dengan betul. Anda boleh gunanya setiap hari dengan syarat guna mengikut arahan yang diberikan.
SARANAN: Untuk meningkatkan lagi penampilan selepas penggunaan curler, anda boleh guna maskara untuk melentik. Ia akan menjaga lentikan bulu dan membiarkan bulu mata anda kekal terangkat sepanjang hari.
MITOS: Bulu mata gugur adalah salah satu simptom penyakit
FAKTA: Kitaran pertumbuhan bulu mata asli terdiri daripada tiga fasa: anagen, catagen dan telogen. Setiap fasa menunjukkan peringkat kehidupan spesifik untuk bulu mata yang akhirnya akan gugur. Kita akan kehilangan dua atau tiga helai bulu setiap mata setiap hari. Ini adalah perkara biasa kerana bulu mata tua akan digantikan dengan yang baru. Bulu mata akan kekal selama beberapa minggu sehingga dua bulan bergantung kepada orang.
SARANAN: Jika anda sedar bulu mata anda terlalu banyak gugur, sila beri perhatian. Guna serum bulu mata atau ambil suplimen yang akan membantu menguatkan bulu mata yang lemah. Badan anda mungkin sedang memberitahu anda bahawa ia kekurangan vitamin dan zat galian.
MITOS: Tidak mengapa jika anda kadang-kadang tidak mencuci mekap wajah
FAKTA: Mencuci mekap mata dan wajah dengan betul termasuk rutin mencuci wajah setiap hari adalah sangat penting untuk kesihatan bulu mata dan kulit anda! Membiarkan maskara sewaktu tidur akan menyebabkan bulu mata rosak kerana anda akan menggosok wajah pada bantal. Anda akan sedar dari tidur dengan bulu mata kering dan pori kulit tersumbat pada kelopak mata yang mungkin akan menyebabkan jangkitan kuman dan mungkin bulu mata anda kelihatan tidak cantik!
SARANAN: Sentiasa cuci solekan wajah sebelum tidur dan berhati-hati semasa menjaga kelopak mata. Daripada anda menggosok mata, tekan pad kapas pada kelopak mata dan biarkan beberapa saat. Seterusnya, turunkan secara lembut dan lihat sendiri betapa mudahnya maskara anda bersih tanpa perlu menggosok.
MITOS: Bulu mata lurus tidak boleh dilentik dan diangkat
FAKTA: Anda boleh melentik semua jenis bulu mata. Jika bulu mata anda jenis lurus, pendek, sila dapatkan maskara yang mempunyai ciri memanjang, melebat, melentik. Anda pasti akan suka dengan hasilnya selepas mengangkat bulu mata dan primer maskara yang kami pernah beritahu sebelum ini.
SARANAN: Jika anda ingin lakukan rawatan menyubur dan melentik bulu mata tapi takut dengan harga salun, anda boleh cuba kit mengangkat dan laminasi bulu mata untuk rawatan sendiri di rumah. Set ini didatangkan bersama dengan arahan jelas dan hasil sensasi.
MITOS: Selama mana maskara anda berfungsi baik, anda boleh guna walaupun selepas setahun
FAKTA: Setiap alat kosmetik mempunyai tarikh tamat tempoh dan begitu juga dengan maskara. Formula yang telah rosak mempunyai tekstur berbeza seperti lebih keras untuk dipakai dan mempunyai gumpalan pada bulu mata. Maskara yang sudah tamat tempoh juga tidak elok untuk bulu mata dan sudah pasti akan membuatkan bulu mata anda menjadi lebih kering.
SARANAN: Gantikan maskara anda setiap 2 atau 3 bulan. Bulu mata anda akan lebih sihat dan segar.
MITOS: Mencuci bulu mata anda akan menyebabkan bulu mata gugur dan memudarkan warna bulu mata
FAKTA: Mencuci bulu mata tidak akan menyebabkan bulu mata gugur secara berlebihan atau memudarkan warnanya. Anda perlu lakukan dengan lembut tanpa menggunakan produk cucian kasar yang akan menyebabkan kerengsaan pada mata.
SARANAN: Pasaran kosmetik mempunyai produk yang direka untuk tujuan ini. Kami syorkan anda untuk mendapatkan syampu bulu mata dan kening yang mengandungi bahan halus yang tidak menyebabkan kerengsaan pada mata atau kelopak mata. Anda perlu guna berus lembut untuk mencuci bulu mata dimana ia lebih baik berbanding menggosok dengan jari.
MITOS: Meletak bahan makanan pada bulu mata akan melebatkan dan menyegarkan bulu mata serta merangsang pertumbuhan bulu yang pantas
FAKTA: Kami sering memberi amaran tentang hal ini. Menggunakan telur kuning, yogurt atau madu pada bulu mata akan menyebabkan kerengsaan dan jangkitan akut yang mungkin akan menjejaskan penglihatan anda. Kebanyakan kaedah di rumah dan manfaatnya tidak pernah terbukti secara kajian atau ujian.
SARANAN: Minyak kastor, zaitun dan teh hijau adalah produk yang pernah dibuat ujikaji dan kesan positifnya pada bulu mata telah disahkan. Bahan ini tidak berbahaya kepada kulit atau mata (dengan syarat anda guna minyak asli tanpa pengawet dan campuran lain). Jika anda tidak takut dengan reaksi alergik, cuba letak aloe pada bulu mata.
Ringkasan
Mitos kecantikan telah diturunkan dari generasi ke generasi dan ada juga yang baru muncul. Pastikan apa yang anda lakukan pada bulu mata adalah 100% selamat. Jangan guna campuran bahan dan alat berbahaya pada kulit dan rambut serta bulu mata. Cuba lakukan sedikit carian dan lihat sama ada kaedah yang dicadangkan ada disahkan oleh ujikaji dan lihat pendapat orang yang pernah melakukannya. Ingat sentiasa semak tarikh tamat tempoh produk untuk kawasan mata dan jangan amalkan idea dan kaedah baru yang anda baca.