Mencantikkan bulu mata adalah cara paling senang untuk membuatkan mata anda semakin menyerlah. Setiap hari, ramai wanita cuba untuk meningkatkan penampilan bulu mata mereka dengan menggunakan formula maskara. Adakah fungsi bulu mata hanya untuk kecantikan semata-mata? Bukan begitu. Bulu mata memainkan peranan penting untuk badan manusia. Teruskan membaca untuk ketahui kenapa kita memerlukan bulu mata.
Biologi dan Kitaran Hidup Bulu Mata
Bulu halus yang berada disekeliling mata dipanggil sebagai struktur adnexal. Terdapat lebih kurang 120 sehingga 250 helaian bulu mata pada kelopak mata atas dengan panjang 8 mm sehingga 12 mm. Kelopak mata bawah pula hanya mempunyai dari 50 sehingga 150 helaian bulu mata dengan panjang 6 sehingga 8 mm. Warna bulu pula sama dengan warna rambut. Orang yang mempunyai kulit cerah dan rambut perang biasanya mempunyai warna bulu mata dan kening yang cerah dan ramai yang tidak berpuas hati. Walaupun begitu, terdapat cara untuk menggelapkan warna bulu mata dan menjadikan ia lebih lebat dan penuh. Anda perlu sedar betapa pentingnya menjaga bulu mata dan anda boleh baca lebih lanjut dalam siaran ini.
Bulu Mata Terdiri Daripada Bahan Apa?
Akar atau mentol bulu mata adalah asas kepada bulu mata. Ia terletak di folikel bulu dan bertanggungjawab untuk menyerap vitamin, mineral dan nutrisi. Batang bulu adalah antara lapisan bulu mata dan kita boleh lihat keadaan bulu mata berdasarkan batangnya. Panjang, bentuk dan tekstur bulu mata dikenalpasti mengikut gen, kesihatan dan diet.
Sisik kutikel mendatar yang berpaut satu sama lain adalah blok pembina utama untuk mentol bulu mata. Sisik ini akan membentuk lapisan kutikel yang melindungi akar dari kerosakan mekanikal. Salutan keratin untuk memastikan keanjalan dan ketahanan bulu berada di bawah lapisan perlindungan.
Kitaran Kehidupan Bulu Mata
Anda mungkin pernah lihat bulu mata gugur di atas pipi anda dan tertanya-tanya apalah salah diri anda. Jangan risau! Setiap bulu mempunyai jangka hayatnya sendiri. Setiap hari kita akan kehilangan 2-3 helaian bulu setiap mata dan ini sememangnya semulajadi. Kenapa ia berlaku? Kitaran kehidupan bulu mata terdiri daripada tiga peringkat:
- anagen - proses aktif yang berlaku di bawah kulit dan bertahan sehingga bulu mata tumbuh habis dan muncul pada permukaan.
- catagen - peringkat ini mentol bulu mata akan mati dan bulu mata akan mencapai panjang maksimum dan masih kekal berada di kelopak mata.
- telogen - bulu mata akan mati dan digantikan dengan bulu mata baru yang akan menolak bulu lama.
Setiap fasa terdiri daripada 33% bulu mata. Ada keseimbangan di antara peringkat dimana kita tidak sedar jika ada bulu mata yang gugur kerana ia akan segera digantikan dengan yang baru. Proses ini akan berlaku seperti ini dan setiap helaian akan berada di tempatnya dari 2 sehingga 4 bulan. Dalam kata lain, anda tidak perlu risau jika ada sehelai bulu mata yang gugur pada pipi kerana yang bulu baru pasti akan tumbuh segera.
Bulu mata. Kenapa Ianya Sangat Penting Untuk Mata?
-
Bulu mata mengekalkan hidrasi dan mengurangkan aliran udara
Mata manusia mempunyai kelembapan optimum dengan kehadiran filem air mata khas untuk melindungi mata. Filem ini adalah penapis pelindungan yang membekalkan mata dengan nutrisi dan membiaskan cahaya untuk menjaga ketajaman visi. Bulu mata akan mengurangkan aliran udara untuk menjauhkan ia dari mata sebanyak mungkin bagi mengekalkan kelembapan filem air mata. Pada masa yang sama, bulu mata akan melindungi mata dari debu, pasir, peluh, hujan, dsbg.
-
Bulu mata memberi isyarat jika ada bahaya
Anda pasti sedar bahawa jika ada sesuatu mendekati mata dan bulu mata anda, anda akan segera menutup mata. Bulu mata berfungsi sama seperti misai kucing - mengesan objek dan memberikan reaksi tindak balas segera.
-
Bulu mata menyaring sinaran matahari
Walaupun bulu mata gagal menyaring matahari sepenuhnya, ia mampu melindungi mata dari matahari terang dengan efektif. Tanpanya, anda akan alami kebutaan setiap kali keluar rumah.
Keguguran Bulu Mata - Punca
Bulu mata akan gugur dengan sendiri dan anda tidak perlu risau. Tapi, dalam sesetengah kes, mungkin anda perlu memberi perhatian. Rambut, bulu mata dan kening jika gugur dengan berlebihan adalah tanda serius bahawa badan anda sedang menderita dan memerlukan rawatan.
Bulu mata gugur berlebihan - kecederaan mekanikal
- Menggosok kelopak mata semasa mencuci solekan mungkin akan menyebabkan bulu mata anda semakin rapuh. Kami syorkan anda untuk merendam pad kapas dalam pencuci mekap dan tekan pada kelopak mata dengan lembut. Tahan sekejap dalam masa 15 saat dan gerakkannya mengikut arah pertumbuhan bulu.
- Mencuci mekap cara salah akan membuatkan sisa produk pada bulu mata menjadi kering seperti tersumbat pada pori kulit kelopak mata yang akan menyebabkan jerawat atau jangkitan mata.
- Tabiat menggosok kelopak mata, menekan jari atau tangan dengan kuat. Dengan melakukan ini, anda akan mencederakan bulu mata dan mata. Gosok di tempat gatal dengan lembut.
- Cara penggunaan pelentik mata yang salah mungkin akan menyebabkan kecederaan mikro pada bulu mata terutamanya jika anda gunanya selepas memakai maskara - jangan sesekali lakukannya!
Seperti yang kami nyatakan di atas, badan kita akan memberi isyarat jika berlaku sesuatu di sekitarnya. Bulu mata walaupun bukan selalu memberikan isyarat bahawa sesetengah produk kecantikan tidak bagus atau alergik untuk anda. Jika bulu mata anda tiba-tiba gugur dengan banyak, semakin jarang bulu pada satu mata sahaja atau kegugurannya sekali dengan bulu kening dan rambut, ini mungkin tanda masalah kesihatan. Mungkin juga anda kekurangan vitamin atau mineral. Cara terbaik adalah pergi berjumpa pakar kesihatan yang akan mengesahkan masalah anda dan mengambil pendekatan yang sepatutnya.