Panduan: Cara Memasang Bulu Mata Di Rumah

Panduan: Cara Memasang Bulu Mata Di Rumah

Memakai bulu mata palsu adalah cara yang bagus untuk menyerlahkan pandangan wanita. Tapi, bukan semua orang ada masa untuk menghabiskan beberapa jam di salun kecantikan. Rawatan bulu mata sambungan juga memerlukan banyak perbelanjaan. Nasib baik, terdapat beberapa kaedah lain yang menarik dan bersesuaian dengan harga tanpa perlu keluar dari rumah.

Apakah pilihan bulu mata palsu yang ada?

Kami menyenaraikan tiga kaedah bulu mata sambungan di rumah:

Setiap kaedah yang dinyatakan di atas mempunyai cara pemasangan yang berbeza. Pelajari cara memakai dan buat keputusan berdasarkan apa yang anda minat. Ingat, bukan hasil akhir yang anda cari tapi proses penggayaan yang mudah, cepat dan selamat.

Bulu mata kluster DIY

Bulu mata kluster untuk pemasangan di rumah adalah selamat dan tahan lama berbanding kaedah lain. Apakah kelebihannya?

  • bulu mata kluster adalah lebih fleksibel dengan strip nipis dan tidak terlalu kelihatan semasa memakai,
  • bulu mata kluster yang dipakai bawah bulu mata asli yang telah diselaputi bonder untuk penggayaan menarik akan kelihatan semulajadi dan sambungannya tidak kelihatan,
  • produk yang digunakan untuk bulu mata sambungan DIY tidak akan terkena pada kelopak mata yang sensitif,
  • memakai bulu mata kluster mengambil masa kurang daripada 10 minit dan bertahan sehingga 5 hari,
  • anda boleh mencabutnya bila-bila masa dengan menggunakan pencuci,
  • pilihan gaya sangat meluas dan semua orang pasti ada gaya tersendiri.

Apa yang anda perlukan untuk memasang bulu mata kluster DIY?

Untuk memasang bulu mata kluster di rumah, anda perlu guna bahan-bahan lain termasuk gam dan pengepit biasa. Sebelum memilih kaedah ini, anda perlu tahu produk dan alat untuk guna bagi mencipta penampilan wajah yang cantik dan tahan lama:

  • Bulu mata kluster DIY untuk pemasangan di rumah ditutup dengan kotak untuk melindunginya dari kerosakan.
  • Bonder - gam khas untuk pemasangan bulu mata sendiri. Formulanya jenis melekat dan tidak mudah kering seperti gam bulu mata biasa. Senang untuk mengawal penampilan akhir.
  • Untuk memudahkan pemasangan dan meningkatkan keberkesanan, guna aplikator bulu mata palsu khas yang boleh mencantumkan kluster bersama bulu mata asli dengan mudah.
  • Sealer - fixer untuk bulu mata sambungan DIY. Pakai pada bulu mata selepas dipasang untuk meneutralkan lekatan bonder dan membetulkan gaya.
  • Pencabut bulu mata palsu memudahkan anda untuk menarik kluster bila-bila masa dengan selamat dan lembut. Sebaiknya guna di bawah bulu mata dan selepas itu, anda boleh terus menarik keluar dari kelopak mata anda.

Pengilang bulu mata kluster DIY mempunyai produk yang dinyatakan seperti di atas dan juga aplikator khas di pasaran. Ia juga didatangkan bersama dengan kit pemula yang mengandungi semua aksesori penting termasuk gaya bulu mata yang boleh dipilih sendiri. Harga kit juga sangat menarik dan produk yang disertakan boleh dipakai berulang-kali.

Bagaimana cara memakai bulu mata kluster DIY?

Memakai bulu mata palsu untuk pemasangan DIY di rumah adalah mudah dan senang. Dengan arahan ringkas dari kami, anda perlu yakin bahawa penampilan anda akan kekal bertahan sehingga 5 hari!

LANGKAH 1: Cuci bulu mata anda dengan baik. Anda boleh guna syampu bulu mata dan kening untuk mempersiapkan pemasangan dengan sempurna.

LANGKAH 2: Pasang bulu mata kluster DIY bersama dengan bonder. Letak di sepanjang bulu mata atau dari akar sehingga ke bawah (lebih baik untuk anda letak bonder pada sepanjang bulu mata asli) dan tunggu sehingga 15-20 saat. Bonder tidak memerlukan lekatan dan tidak mudah melekat. Jadi, anda boleh letak lebih banyak kluster kalau anda mahu.

LANGKAH 3: Capai kluster pada dasarnya (jangan ambil dari hujung kerana akan merosakkan kluster halus) dan tengok ke bawah atau regangkan kelopak mata ke atas. Letak bulu mata di bawah bulu mata asli. Jaga jarak 1mm dari garis bulu mata. Jika kluster melekat dengan elok, teruskan dengan yang lain.

LANGKAH 4: Setiap kali anda memakai bulu mata kluster dan selesa dengannya, sila guna aplikator khas untuk menekan bulu mata. Senang untuk membetulkan dan mencantumkan bulu mata palsu dengan yang asli. Setelah siap memasang semua bulu mata, tekan sekali lagi dengan aplikator.

LANGKAH 5: Setelah selesai pemasangan, tiba masanya untuk anda meneutralkan lekatan bonder. Guna sealer. Produk ini mempunyai berus khas bagi memudahkan anda untuk meletak produk di kawasan yang anda letak bonder. Dan siap!

Jika anda ingin mencabut bulu mata, hanya guna pencabut bulu mata palsu. Selepas itu, tunggu 30 saat dan luncurkan kluster. Cuci solekan anda seperti biasa.

Bulu mata strip

Seperti namanya, bulu mata jenis ini mempunyai strip hitam panjang yang dilekatkan pada kelopak mata. Anda boleh lihat banyak gaya bulu mata strip untuk anda sesuaikan mengikut acara anda.

Bagaimana cara memakai bulu mata strip?

Sebelum anda memakai bulu mata jenis ini, cuba letak pada mata terlebih dahulu. Strip ini sepatutnya jenis universal, mungkin ada yang rasa ianya terlalu panjang untuk mata anda. Ia  perlu dipotong. Sila berhati-hati agar anda tidak memotong terlalu banyak dan hasilnya kelihatan hodoh. Cara pemakaian bulu mata strip adalah sangat mudah:

  • Cuci kelopak mata dari sisa produk penjagaan kulit.
  • Letak sedikit gam pada strip bulu mata.
  • Gam strip pada kelopak mata pada atas garis bulu mata.

Anda mungkin akan mengalami masalah semasa memasang bulu mata strip. Strip itu mungkin melekat terlalu tinggi atau rendah dan akan bergerak-gerak di kelopak mata anda dan tercemar dengan gam. Semasa memasang bulu mata strip berdekatan dengan bucu mata, gam pada hujung lagi satu mungkin sudah mengering menjadikan bulu mata anda tidak mudah melekat elok pada kulit. Ingat, pastikan anda cabut bulu mata strip sebelum tidur.

Bulu mata magnetik

Perbezaan jelas antara bulu mata magnetik adalah kurangnya gam bulu mata. Anda perlu meletak eyeliner khas yang mengandungi iron untuk melekatkan strip pada kelopak mata. Strip bulu mata disertakan dengan magnet kecil yang direka untuk melukis eyeliner.

Bagaimana cara memakai bulu mata magnetik?

Memasang bulu mata magnetik sangat mudah dengan hanya tiga langkah mudah:

  • Eyeliner khas yang mengandungi zarah iron perlu diletak dahulu, anda juga boleh letaknya pada atas solekan mata. Anda tidak perlu mencuci wajah sebelum itu.
  • Guna eyeliner untuk lukis garis pada mata. Terpulang kepada anda atau mungkin anda ingin bertaruh sesuatu yang lebih ekspresif.
  • Tunggu sehingga eyeliner anda kering dan dekatkan bulu mata magnetik. Eyeliner mudah tertarik dengan magnet. Jika bulu mata melekat pada kelopak mata dengan lekatan tidak betul, anda boleh cabutnya dan cuba semula.

Satu soalan yang sering ditanya - adakah bulu mata magnetik sesuai untuk semua orang? Untuk memastikan bulu mata melekat elok pada kelopak mata, anda perlu guna sejumlah yang mencukupi eyeliner. Garis halus mungkin tidak mencukupi dan bukan semua orang suka dengan garis tebal dan panjang. Eyeliner ini tidak sesuai untuk semua bentuk mata terutamanya untuk orang yang memiliki mata jenis kuyu. Menurut pendapat ramai pengguna, bau eyeliner juga tidak menyenangkan dan aplikator yang diberi kurang jitu.

Ringkasan - bulu mata jenis apa yang menjadi pilihan anda untuk pemasangan di rumah secara diy?

Kelihatannya bulu mata kluster DIY untuk pemasangan di rumah adalah pilihan terbaik. Ianya mudah dipakai, mempunyai pelbagai pilihan gaya dan pengilang akan memastikan bahawa semua orang boleh serasi dengan pemasangan di rumah. Selain itu, ianya sangat berpatutan seterusnya menjamin ketahanan bulu mata yang berkesan. Dengan pembelian kit bulu mata sambungan, anda boleh guna bulu mata beberapa kali dan produk ini juga selamat untuk mata.



Tulis komen. Ia akan disiarkan sebaik sahaja diluluskan oleh moderator.
Polisi privasi

Laman web menggunakan cookies termasuklah yang pihak ketiga untuk menggunakan alat luaran. Jika pengguna tidak memberi keizinan, kami akan menggunakan cookies yang penting sahaja. Anda boleh tukar tetapan ini pada pelayan bila-bila masa sahaja. Adakah anda memberi izin untuk kami menggunakan cookies anda?

Polisi privasi