Ramai wanita impikan bulu mata yang penuh dan panjang tapi tiada masa berjam-jam untuk mendapatkan prosedur di salun oleh lash artist pro. Kadang-kadang, kita sangat tertekan kerana kekurangan masa dan mahu kesan ini dilakukan secepat mungkin dalam masa seminit. Ada cara lain untuk prosedur seperti ini? Ya, banyak sebenarnya!
Maskara untuk Panjang atau Volume bulu mata
Maskara adalah alat kecantikan wajib ada untuk setiap wanita. Tiada yang terkecuali. Ramai daripada kita tidak boleh hidup tanpa beg mekap yang tiada maskara atau melalui hari-hari tanpa bulu mata yang terang. Apa fungsi maskara?
Bahan-bahan berkualiti maskara untuk volume akan menyerap masuk ke setiap bulu mata dan menyelaputinya dari akar. Pada masa yang sama, ia akan mengasingkan bulu mata dengan jitu bagi mengelakkan tergumpal. Garis bulu mata akan segera penuh dan kadang-kadang kita boleh capai hasil seperti memakai eyeliner seterusnya menambah definisi kepada mata.
Maskara untuk panjang mempunyai fungsi yang sama. Teksturnya yang tebal akan terletak elok pada hujung bulu mata memudahkan untuk menambah panjang dengan segera.
Dengan memakai lebih banyak salutan, anda akan serlahkan bulu mata dengan mudah. Anda juga boleh guna maskara 2-dalam-1 dan nikmati bulu mata yang tebal serta memanjang hanya dalam masa beberapa saat! Ingat, sentiasa pakai maskara pada bulu mata yang bersih tanpa sisa minyak untuk mendapatkan hasil yang berpanjangan.
Apa Itu Maskara Jernih dan Berbaloikah?
Jika anda tidak berpuas hati dengan maskara anda dan bukan seorang yang suka guna banyak produk, anda boleh cuba tambah primer maskara pada kit mekap. Maskara popular yang tidak berwarna ini digunakan sebelum memakai maskara biasa. Apakah fungsinya?
- Membuatkan bulu mata kelihatan tebal; produk ini akan membaluti bulu mata untuk mencipta volume sebelum anda memakai maskara biasa.
- Ia memanjangkan bulu mata; kosmetik akan terletak elok pada hujung bulu mata untuk memanjangkannya serta menambah keanjalan bagi mencipta lentikan ketara.
- Solekan tahan lama; sebaik sahaja primer mengering, senang untuk maskara melekat kerana ianya tahan dengan perubahan kelembapan dan suhu untuk mengelakkan berlakunya maskara yang comot dan mengelupas.
- Mempersiapkan bulu untuk pemakaian maskara; primer maskara akan membuatkan bulu mata senang diurus dan mengasingkan bulu untuk menjamin liputan lancar di sepanjang bulu.
- Mengandungi bahan-bahan berkhasiat; produk ini diisi dengan nutrisi yang menyihatkan bulu mata, menguatkan, memberikan keanjalan dan mengunci hidrasi.
Bagaimana Cara Menggunakan Maskara Jernih?
Pemakaian primer maskara tidak sesukar yang anda fikirkan.
- Pastikan bulu mata anda bersih. Guna pencuci wajah biasa atau cuba syampu kening dan bulu mata.
- Keluarkan batang dari tiub dan cuci sisa produk; sapukan sisa dari tiub atau guna tisu.
- Letak primer maskara pada dasar bulu mata, cara sama anda pakai maskara. Goyangkan batang ke belakang ke depan untuk memastikan bulu mata yang paling pendek juga diliputi.
- Tunggu sehingga primer mengering; 30 saat sudah mencukupi. Satu salutan sudah sempurna. Sekarang, anda boleh letak maskara.
Tip: Jika anda ingin melanjutkan jangka hayat primer maskara, jangan pam udara ke dalam tiub. Semasa memasukkan semula batang ke dalam, pusing di dalam tiub untuk mengelakkan udara dari memasuki botol.
Adakah Perlu Tunggu Primer Maskara Mengering Sebelum Meletak Maskara?
Ya, pastikan ianya kering dahulu sebelum memakai maskara. Terdapat beberapa pendapat di internet tapi sesuatu produk yang mempunyai formula spesifik berfungsi secara berbeza. Mencampurkannya dengan maskara mungkin akan menjejaskan bahan-bahannya dan menjadikan ia lebih teruk. Sentiasa letak maskara selepas primer mengering.
Inai pada Bulu Mata - Melebatkan Secara Semulajadi
Menggunakan inai pada bulu mata adalah kaedah semulajadi untuk memperoleh bulu mata yang lebat dan warna gelap. Campurkan dengan air, ia akan menjadi pes yang boleh dipakai pada bulu mata. Inai tidak akan menembusi bulu; ia akan meliputi bulu mata menjadikan ia lebih tebal.
Herba inai mengandungi bahan yang memberi khasiat kepada bulu mata, dan membentuk salutan melindunginya dari rosak. Untuk ketahui lebih lanjut tentang inai dan mewarna bulu mata, teruskan membaca siaran kami.
Serbuk Loose pada Bulu Mata - Trick Mudah untuk Bulu Mata Lebih Lebat dan Panjang
Apa yang perlu anda buat jika primer maskara tiada di dalam beg mekap dan anda benar-benar inginkan bulu mata anda kelihatan penuh dan panjang? Cuba trick ringkas oleh mekap artis selebriti. Cuba serbuk loose (loose powder).
Mungkin ramai yang tidak sangka ia menjadi. Para wanita gemar dengan hack seperti ini dan mereka ada kongsikan hasilnya di TikTok dan Instagram. Maskara yang berkualiti rendah mampu kekal berada di bulu mata sepanjang masa tanpa comot dan berketul. Tapi, yang menakjubkan sudah tentu bulu mata semakin memanjang dan melebat. Kombo maskara dan serbuk akan mencipta pes tebal yang menyaluti bulu mata.
Serbuk Loose pada Bulu Mata. Cara Guna?
Terdapat dua cara popular yang boleh cari di internet. Ini yang pertama. Keluarkan batang maskara dari tiub, salutinya dengan serbuk loose, dan letak kembali dalam tiub. Kami tidak syorkan kaedah ini. Mencampurkan serbuk dalam tiub mungkin akan mengubah formula maskara dan merosakkannya; produk jadi rosak.
Mendapatkan berus lebihan adalah pilihan terbaik. Berikut adalah panduan langkah-langkah untuk mencipta panjang dan volume bulu mata dengan serbuk loose.
- Cuci bulu mata anda dengan teliti.
- Guna pelentik bulu mata untuk kesan mengangkat.
- Letak salutan pertama maskara. Lakukan dengan teliti, goyangkan batang ke depan dan belakang.
- Masa untuk serbuk loose. Letak sedikit produk pada berus mekap seeloknya yang gebu dan pindahkan ke bulu mata. Kalau boleh, jangan sentuh berus dengan bulu tapi goncangkan sedikit serbuk atasnya. Tunggu beberapa saat untuk serbuk sebati dengan maskara basah.
- Letak satu lagi salutan maskara - ia akan bergabung dengan serbuk dan pada lapisan pertama maskara.
Bagaimana Cara Melebatkan Bulu Mata? Kaedah Alternatif
Jika anda inginkan bulu mata yang lebat dan anda ada masa, cuba serum khas bulu mata. Guna serum ini secara berkala untuk mencapai hasil yang sensasi dan tahan lama yang akan kelihatan lebat walaupun tanpa produk mekap. Penggalak bulu mata ini kaya dengan vitamin dan ekstrak yang meningkatkan bulu mata dan merangsang pertumbuhan bulu. Volume bulu mata yang makin meningkat bukan sekadar penanda aras kepada kelebatan bulu tapi juga pertumbuhan bulu. Produk seperti ini memang disukai oleh para pengguna - anda perlu cuba.
Minyak kastor juga bagus untuk bulu mata. Ini adalah kaedah di rumah yang terbaik dan mesra poket untuk mendapatkan bulu mata yang tebal. Minyak kastor kaya dengan sumber asid lemak dan vitamin E. Ia akan membuatkan bulu mata lebih sukar gugur dan membina keanjalannya. Letak sedikit pada bulu mata untuk merangsang pertumbuhan bulu baru. Anda akan lihat hasilnya tidak lama nanti.