Alat Wajib Lash Artist: Pengepit Bulu Mata Sambungan

Alat Wajib Lash Artist: Pengepit Bulu Mata Sambungan

Lash artist boleh mencipta penampilan bulu mata menawan yang mampu bertahan selama berminggu-minggu. Dengan ini, kita boleh menjimatkan masa untuk rutin solekan setiap hari. Apa pun, bagi memastikan kerja mereka boleh dibuat dengan efektif - mereka perlu ada pengepit bulu mata. Baca kenapa aksesori bulu mata sambungan sangat penting.

Apakah perbezaan antara pengepit bulu mata sambungan pengepit biasa?

Sekali pandang, jika anda tidak biasa dengan subjek ini, perbezaan yang boleh dilihat hanya pada luaran. Pengepit biasa yang anda miliki adalah bersaiz kecil dan muncungnya rapat untuk menggapai bulu seperti bulu kening yang meliar.

Bagaimana pula dengan pengepit bulu mata palsu? Aksesori kami yang berada di pasaran sememangnya jenis profesional. Diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi, selesa digunakan untuk penggaya dan para klien. Alat ini membolehkan anda untuk memegang bulu mata individu dengan jitu, meletak bulu pada gam, dan memasangnya pada bulu mata asli. Pengepit bulu mata sambungan adalah sangat ringan dan fleksibel - sangat senang dipegang. Kenapa pengepit sangat penting?

Pengepit bulu mata palsu - seperti tangan sambungan pakar

Sejak  tahun 2005 iaitu tahun awal bulu mata sambungan diperkenalkan (kaedah klasik), rawatan ini semakin popular tapi tidak ramai klien yang ingin mencubanya. Penggaya akan menggunakan pengepit keluli Norway yang sememangnya alat bagus pada masa itu tapi agak berat. Semakin lama, salun kecantikan semakin dibanjiri ramai klien dan para lash stylist mula rasa lenguh kerana perlu bekerja dengan pengepit yang memenatkan.

Disebabkan itu, sekarang mereka lebih gemar menggunakan aksesori yang ringan dan jitu yang tidak melenguhkan lengan dan jari untuk bekerja lama bagi mencipta pelbagai gaya bulu mata. Muncung pengepit bulu mata sambungan mempunyai banyak jenis versi. Sebaiknya, para lash artist perlu mencuba setiap versi berbeza dan pilih aksesori yang efisien dan selesa.

FAKTA MENARIK: Seperti tangan kita, pengepit bulu mata akan terbiasa dengan tekanan jari. Oleh itu, setiap kali anda membeli pengepit baru walaupun dari jenama yang sama dan ciri-ciri sama, anda pasti terasa seperti memegang pengepit yang berbeza. Aksesori ini akan beradaptasi dengan tangan dan hasil kerja kita.

Pengepit untuk bulu mata sambungan - jenis apa yang ada?

Memakai bulu mata sambungan memerlukan bukan sahaja kemahiran dan kesabaran yang tinggi malah aksesori yang tepat. Pengepit bulu mata adalah kunci kejayaan dalam proses ini. Setiap penggaya bulu mata mesti mempunyai pelbagai jenis bekalan alat. Terdapat dua jenis:

  • pengepit lurus - fungsi utama adalah untuk mengasingkan bulu mata; muncung panjang dan sempit akan meluncur antara bulu mata bagi mengasingkan satu bulu tertentu untuk digam segera dengan bulu mata palsu atau kluster bulu mata palsu,

  • pengepit lengkung - peranan utamanya agak berbeza kerana digunakan untuk menarik bulu mata keluar dari tray, memasangnya pada bulu mata asli dan - memudahkan kerja untuk mencipta kesan bulu mata kipas.

TIP: Pengepit lengkung berbeza bukan sahaja dari segi muncung tapi rekabentuk tempat pemegang. Pengepit ini mempunyai bentuk tirus untuk anda beri tekanan di tempat yang sepatutnya. Jika anda ingin menutup pengepit sehingga habis, anda perlu tekan ibu jari dengan kuat. Tapi, anda perlu berhati-hati dan betulkan daya mengikut jenis pengepit. Jika ditekan terlalu kuat, pengepit fleksibel mungkin akan bengkok dan bulu mata akan melepasi, sebaliknya pegang dengan kemas.

Apa yang perlu diberi perhatian semasa memilih pengepit bulu mata sambungan?

Pilihan pengepit bulu mata palsu bergantung kepada pemilihan dan teknik penggaya yang diperolehi berdasarkan pengalaman. Ia bukan berdasarkan bentuk muncung pengepit (kuku, bentuk L atau sudut 40°) bersamaan dengan kaedah sambungan tertentu. Pengepit mempunyai profil muncung berbeza supaya lash artist mampu mencari alat sesuai untuk mereka sendiri.

Lihat sendiri apa yang perlu diberi perhatian semasa memilih pengepit:

  • Bahan pengepit bulu mata. Alat yang diperbuat daripada keluli tahan karat atau jenis pembedahan adalah pilihan terbaik kerana ia  lebih tahan lasak, tahan rosak dan tahan lama. Juga senang untuk dibersihkan.
  • Pengepit ergonomik. Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli pengepit tertentu, semak sama ada bentuknya selesa untuk anda guna. Ini adalah kunci penggayaan yang cantik kerana aksesori yang mempunyai rekabentuk elok akan memudahkan kerja anda dan tidak melenguhkan tangan semasa bekerja.
  • Kuasa apitan pengepit bulu mata. Ia juga penting dan dinasihatkan untuk memilih pengepit yang mempunyai daya apitan lembut. Kami ingin mengingatkan anda bahawa penggayaan bulu mata mengambil masa berjam-jam dan pastikan anda tidak rasa lenguh semasa bekerja.
  • Reka bentuk pengepit. Pilih yang gaya minimalis dan ringkas berwarna perak tanpa cat pada pemegang kerana ia mudah tercbaut semasa mencuci dan tidak akan kelihatan menarik. Elakkan juga membeli pengepit dicat emas atau yang berwarna pelangi. Mencuci pengepit dengan pencuci sonic atau bahan kimia yang kuat akan menyebabkan warna bertukar.
  • Pengepit haruslah dibuat tangan. Semasa membeli pengepit untuk melakukan kerja khusus, anda perlu pastikan ia berbentuk elok dan berkualiti. Hanya pengepit yang dibuat tangan sahaja profesional dan diuji dengan betul.

Pengepit bulu mata sambungan - apakah perbezaan antara pengepit jenis pin tunggal (single pin) dan apitan berganda (double clamp)

Pengepit bulu mata terbahagi kepada single pin dan double contact. Apitan ialah tempat dimana pengepit bertemu. Ini adalah ciri-ciri teknikal pengepit yang membezakan mereka.

  • Pengepit single pin - setelah ditutup, muncung pengepit akan rapat dan bertemu sepenuhnya.
  • Pengepit double clamp - setelah ditutup, muncung pengepit hanya bertemu satu tempat dan setelah ditekan kuat (ketatkan pengepit) muncung akan bertemu sepenuhnya.

Apakah yang dimaksudkan dengan latihan? Pengepit single pin memastikan genggaman dan pemakaian yang jitu. Ia boleh digunakan untuk mencipta bulu mata kipas menggunakan kaedah gulungan pada strip atau interleaving. Pengepit double clamp memudahkan anda untuk mencipta bulu mata kipas menggunakan kaedah shimmy iaitu kaedah paling popular dan pantas untuk mencipta bulu mata kipas. Bagaimana kaedah ini berfungsi?

Kaedah membuat bulu mata gaya kipas

Terdapat 5 kaedah untuk mencipta bulu mata gaya kipas:

  • Kaedah shimmy - dengan menggunakan pengepit apitan berganda, kita akan memegang bulu mata yang ingin diletakkan pada strip gam. Kita akan ketatkan pengepit (supaya bulu mata berada di ruang yang tidak ditekan antara dua muncung) dan dengan gerakan minimum gerakkan pengepit dari sisi ke sisi sehingga bulu mata merata dan membentuk kipas. Ketatkan pengepit sehingga maksimum, buka kipas dari strip dan letakkan pada mata.
  • Kaedah sandar dan angkat - kaedah ini direka untuk bulu mata 2D. Pegang dengan pengepit dua bulu mata dari bucu strip dan buangkannya dengan gerakan seperti tarik tali. Lakukan dengan lembut supaya tidak merosakkan bulu mata halus.
  • Kaedah gulingkan pada strip - cabut bulu mata dari strip tapi hanya separuh dari panjang, jangan cabut sampai habis. Gunakan muncung pengepit, calarkan bulu mata sedikit sehingga membentuk kipas, tutup pengepit sepenuhnya dan cabut bulu mata kipas untuk diletak pada bulu mata asli.
  • Kaedah interleaving - ambil sejumlah bulu mata dari strip gam dan masukkan antaranya sedikit jauh dari strip. Hal ini akan memudahkan kerja mencipta bulu mata kipas. Dengan muncung pengepit, asingkan bulu mata kipas dan letak bulu mata kipas pada bulu mata asli.
  • Kaedah jejari - cabut sejumlah bulu mata dari pengepit dan bentukkan bulu mata kipas dengan jejari.

Mencipta bulu kipas jenis kipas adalah satu seni yang memerlukan kejituan dan latihan yang banyak. Teknik berbeza akan memberikan kesan berbeza dari bulu mata yang asli kepada bulu mata yang ekspresif. Setiap teknik memerlukan ketangkasan dan memilih kaedah yang betul kadang-kadang bergantung kepada kesan yang diingini, jenis bulu mata anda, dan keinginan peribadi lash artist dan klien.



Tulis komen. Ia akan disiarkan sebaik sahaja diluluskan oleh moderator.
Polisi privasi

Laman web menggunakan cookies termasuklah yang pihak ketiga untuk menggunakan alat luaran. Jika pengguna tidak memberi keizinan, kami akan menggunakan cookies yang penting sahaja. Anda boleh tukar tetapan ini pada pelayan bila-bila masa sahaja. Adakah anda memberi izin untuk kami menggunakan cookies anda?

Polisi privasi