Panduan: Bagaimana Cara Memakai Maskara Seperti Pro Untuk Mekap Anda Tahan Sepanjang Hari!

Panduan: Bagaimana Cara Memakai Maskara Seperti  Pro Untuk Mekap Anda Tahan Sepanjang Hari!

Ramai dari kita tidak sedar bahawa pemakaian maskara yang betul bakal mengubah rupa dan estetik mekap kita. Sama ada anda adalah seorang peminat definisi bulu mata yang halus atau seorang yang gemar mekap terang dan berani, anda perlu tahu cara memakai mekap dengan betul.

Apakah yang membuatkan pemakaian maskara yang betul menjadi sangat penting?

Bulu mata yang diletak maskara dengan betul adalah kunci kepada mata yang terang. Digandingkan bersama mekap yang menawan dan estetik, mata anda kelihatan lebih besar dan terang. Kita semua inginkan bulu mata yang panjang dan lebat. Hasilnya, sudah banyak maskara di pasaran yang terdiri daripada maskara melebat, memanjang atau melentik dan kadang-kadang 3-dalam-1. Tapi jika anda tidak memakai maskara dengan betul, apa gunanya beli yang paling mahal dan terbaik.

Memakai terlalu banyak produk, bulu mata yang melekit menyerupai kaki labah-labah, gumpalan jatuh dari bulu mata dan sisa comot hitam pada kelopak mata - ini adalah beberapa contoh hasil pemakaian maskara yang tidak betul yang boleh menghancurkan estetik mekap anda. Berlawanan dengan apa yang anda impikan, ia akan menjadikan mekap anda kelihatan buruk, langsung tidak bergaya. Jika ingin elak perkara ini dari berlaku dan mahu mekap mata estetik yang tahan lama, baca tips mekap kami bagaimana cara untuk memakai maskara dengan betul.

Bagaimana cara memakai maskara - utamakan persediaan!

Mungkin ini adalah langkah paling penting untuk menjaga maskara pada bulu mata. Maskara sudah pasti tidak akan melekat pada bulu mata yang diselaputi sisa dari produk penjagaan kulit, mekap, debu, atau kulit mati. Ini adalah aspek paling penting untuk memperoleh mekap tahan lama yang estetik dan tentunya ini aktiviti yang sering diabaikan. Anda boleh cuci bulu mata dengan cara mudah. Apa yang anda perlukan hanya jaga bulu mata anda dengan baik dan cuci dengan buih dari gel wajah atau bilas dengan air. Anda juga boleh guna syampu bulu mata dan kening khusus untuk tujuan ini. Produk lembut akan mencuci kotoran, sebum dan juga sisa mekap.

Bulu mata yang disediakan dengan elok akan kelihatan cantik apabila dipakai maskara dan kekal lama. Bulu mata yang fleksibel dan lembap akan mengelakkan produk dari berkerak!

Bagaimana cara memakai maskara - adakah pelentik bulu mata (curler) alat wajib ada?

Tidak semestinya! Walaupun ia penting untuk mendapatkan hasil solekan yang terbaik, pastikan anda memilih pelentik bulu mata yang bagus yang boleh:

  • melentik bulu mata,
  • memberikan lentikan yang mantap,
  • menjadikan bulu mata anda kelihatan lebih panjang.

Bagaimana cara menggunakan pelentik bulu mata?

Mudah sahaja dan ikut gerak hati. Atau ikut langkah ini. Ingat bahawa pelentik bulu mata perlu SENTIASA pakai sebelum maskara! Memakainya selepas maskara akan merosakkan mekap maskara anda! 

  1. Gerakkan curler dekat dengan mata dan pastikan semua bulu mata berada dalam ruang antara hujung bulu mata atas dan bawah.
  2. Setelah hujung bawah dekat dengan garis bulu mata, ketatkan dengan sedikit tekanan. Ingat, jaga jarak dari garis bulu mata dan jangan tarik curler kerana akan menarik bulu mata sekali.
  3. Tunggu 10-20 saat. Semakin lama anda tekan bulu mata, semakin hebat hasilnya.
  4. Buka curler dan gerakkan ke hujung bulu mata, tutup sekali lagi dan tunggu 5-10 saat - untuk memberikan kesan lentikan yang bagus.
  5. Siap! Jika anda ingin meningkatkan kesan, anda boleh ulang langkah ini. Tapi, ingat untuk letak maskara segera selepas curler. Bertujuan untuk kekalkan lentikan bulu mata anda.

TIP: Jika anda ingin tingkatkan lagi kesan curler, anda boleh hangatkan ia sedikit menggunakan pengering rambut. Bulu mata juga adalah rambut dan sesuai digayakan dengan haba.

Bagaimana cara memakai maskara - jom kita lihat!

Apa yang penting, jika anda sudah mencuci bulu mata denga bersih dan lentikkannya dengan curler, sudah tiba masanya untuk kita mengorak ke langkah seterusnya: bagaimana cara memakai maskara? Ramai wanita hanya menarik berus pada bulu mata, dengan bermula dari tengah, itu sahaja. Salah ke? Tidak - jika anda ingin terangkan bulu mata secara halus, itu pilihan anda. Tapi, bulu mata anda tidak akan kelihatan tebal dan bulu mata kelihatan lebih panjang dan lebat. Jika anda ingin mengubah hal ini, beri perhatian kepada beberapa faktor.

MEMILIH MASKARA YANG BETUL UNTUK BULU MATA ANDA

Sangat penting untuk beri perhatian tentang keperluan bulu mata dan apa yang perlu dibuat. Jika anda ingin bulu mata anda panjang, pilih maskara untuk memanjangkan atau sebaiknya sekali dengan yang melentikkan. Adakah bulu mata anda jenis halus dan jarang? Maskara melebat adalah jawapannya. Adakah anda ingin bulu mata panjang, lebat, dan lentik yang maksimum? Pilih maskara 3-dalam-1.

SAYA ADA MASKARA YANG SAYA MAHU, APA LAGI?

Sudah tiba masanya untuk solekan. Bagaimana cara memakai maskara? Ingat, pastikan batang maskara anda bersih dari sisa produk selepas anda meluncur keluar, lap dengan tisu. Apa yang paling penting adalah mula pakai dari akar bulu mata. Hal ini penting untuk menjadikan garis bulu mata kelihatan lebih tebal. Itukan yang anda mahu? Gerakkan berus ke atas bersama dengan bulu mata secara zigzag. Cara ini untuk meratakan produk dengan sempurna pada bulu mata dan bulu mata anda akan terasing kerana berus bulu mampu mencapai ruang antara bulu mata. Setelah kering (lebih kurang 30 saat), anda boleh menambah satu lagi salutan untuk hasil yang lebih menawan.

TIP: Jika anda ingin mencapai kesan mata kucing, letak salutan pertama maskara dari tengah mata ke bucu luar mata. Setelah itu, tambah satu lagi salutan maskara ke keseluruhan bulu mata.

ADAKAH SAYA PERLU PAKAI MASKARA PADA BULU MATA BAWAH?

Bergantung kepada anda. Ada yang nak, ada yang tak nak sebab kadang-kadang kalau tidak memakai pada bulu mata bawah akan menimbulkan kesan kontras pada kelopak mata. Benar sekali terutamanya jika anda ingin pakai maskara tebal. Kekalkan keseimbangan. Jika anda letak satu salutan sahaja pada bulu mata dan tidak suka dengan hasilnya, anda tidak perlu ulang lagi. Jika rambut anda jenis cerah (blonde, ginger), maskara yang dipakai terlalu tebal akan memberi kesan kontras yang teruk.

BAGAIMANA CARA MEMAKAI MASKARA PADA BULU MATA BAWAH?

Terdapat dua cara memakai maskara pada bulu mata bawah. Satu salutan pada bulu mata bawah dengan memegang berus menegak. Sentuh bulu mata dengan hujung batang dan pastikan bulu mata terasing dengan cara ini. Kaedah ini sesuai untuk bulu mata pendek. Orang yang mempunyai bulu mata panjang perlu guna berus dengan cara biasa, pegang melintang dan gerakkan dari sisi ke sisi. Betulkan kaedah mengikut kesukaan anda dan lihat betapa selesanya memakai maskara pada bulu mata bawah!

Bagaimana cara memakai maskara - adakah boleh tingkatkan lagi hasil maskara?

Ya. Selain menambah salutan maskara atau guna curler, anda juga boleh guna base maskara. Jika anda pernah dengar tentang maskara jernih (transparent mascara), inilah dia. Produk jenis ini direka untuk menjadikan mekap anda tahan lebih lama, menebal dan memanjangkan bulu mata, melentikkan serta memberi khasiat.

Produk ini perlu dipakai segera pada bulu mata sebelum memakai maskara. Primer maskara akan mengasingkan bulu mata dengan tepat dan menyaluti dengan rata, meningkatkan volume dan panjang bulu mata. Ia akan membentuk base pada bulu mata, membolehkan maskara menyaluti dengan rata, lekatan lebih baik kerana sifat elastik primer - maskara tidak akan berkerak atau comot di bawah mata.

Maskara jernih mengandungi bahan yang memberi khasiat dan melembapkan seperti ekstrak botani dan panthenol. Bulu mata lebih bersinar, meningkatkan sintesis protein dan menguatkannya.

Bagaimana cara menjaga maskara - penjagaan maskara

Tidak kira bagaimana anda berusaha untuk memakai maskara dengan sempurna - jika anda tidak menjaga maskara dengan betul, rugi sahaja. Anda perlu menjaga barang kosmetik supaya boleh guna lebih lama. Hanya gunakanya dengan baik. Begitu juga dengan maskara. Selain itu, anda perlu simpan produk ini pada suhu sesuai, jauh dari matahari, anda juga perlu pastikan udara tidak masuk ke dalam bungkusan. Cuba luncurkan batang maskara keluar masuk dengan sudut tertentu supaya udara tidak memasuki dan maskara tidak mudah kering. Jangan luncurkan batang ke atas ke bawah untuk memperoleh lebih banyak produk! Hanya keluarkan batang dengan berhati-hati dan sengetkan pada satu sudut untuk mencapai lebih banyak maskara. Ingat, anda akan jimat lebih banyak wang kerana tidak perlu membeli maskara baru setiap bulan!



Tulis komen. Ia akan disiarkan sebaik sahaja diluluskan oleh moderator.
Polisi privasi

Laman web menggunakan cookies termasuklah yang pihak ketiga untuk menggunakan alat luaran. Jika pengguna tidak memberi keizinan, kami akan menggunakan cookies yang penting sahaja. Anda boleh tukar tetapan ini pada pelayan bila-bila masa sahaja. Adakah anda memberi izin untuk kami menggunakan cookies anda?

Polisi privasi