Lentikan bulu mata - anda pasti pernah mendengar terma ini. Kenapa bentuk bulu mata sangat penting? Adakah kerana hasil akhirnya atau ada perkara lain? Bagaimana cara memilih lentikan untuk jenis mata tertentu? Hari ini kita akan jelaskan semua maklumat yang ada. Baca untuk ketahui lebih lanjut.
Lentikan bulu mata - apakah dan kenapa ianya penting?
Dalam kata lain, lentikan bulu mata merujuk kepada bentuk bulu palsu. Lentikannya menentukan sudut bulu mata yang akan menunjukkan hasil akhir. Dengan memilih lentikan bulu mata yang betul, mata anda akan kelihatan lebih besar atau lebih kecil, menutupi kekurangan seperti mata kuyu. Inilah sebab kenapa penggaya bulu mata perlu sentiasa menganalisis mata dengan betul.
Lentikan bulu mata - jenis
Jenis lentikan ditanda mengikut huruf bermula dengan huruf A (lentikan paling rendah) dan berakhir dengan huruf U. Bulu mata mempunyai sudut yang berbeza dan juga cara ianya membengkok juga pelbagai terutamanya untuk lentikan bukan standard (seperti lentikan L). Selain pilihan yang dinyatakan, terdapat juga beberapa jenis lentikan popular yang boleh ditemui di salun kecantikan kerana kegunaan lebih versatil dan hasil semulajadi.
- Lentikan A (J) - bulu mata akan melentik pada sudut 30° yang kelihatan halus dan sesuai untuk orang yang memiliki bulu mata jenis lurus,
- Lentikan B - pada sudut 45° bermaksud lentikan sedikit besar tapi masih kelihatan asli,
- Lentikan C - pada sudut 60° hampir sama dengan lentikan B, bulu mata jenis ini mempunyai bentuk yang sangat asli seperti memakai pelentik (curler)
- Lentikan D - dikatakan sebagai lentikan paling berat di pasaran pada sudut 70° yang biasanya dipilih oleh klien yang ingin hasil yang jelas.
- Lentikan L - lentikan bukan standard kerana bulu mata jenis ini lurus pada titik tertentu dan melentik dengan tinggi - bulu mata jenis ini biasanya digunakan oleh orang yang mempunyai bulu mata tumbuh ke bawah. Dengan struktur spesifik bulu mata ini, penggaya boleh mencapai hasil bulu mata lentik yang tidak keterlaluan.
- Lentikan M - struktur yang sama dengan bulu mata jenis L. Tapi, lentikan jenis ini lebih lembut berbanding L.
Analisis tepat untuk mata
Untuk memilih lentikan bulu mata yang tepat yang sesuai dengan kaedah bulu mata sambungan dan gaya bulu mata yang dipilih, lash artist akan membuat penilaian mata dan melihat yang mana sesuai dengan klien. Kadang-kadang, dengan melihat rangka mata sudah mencukupi untuk menilai jenis lentikan yang sesuai. Penting juga untuk menilai bulu mata asli klien - memeriksa penampilan mereka, lebih senang untuk pilih ketebalan bulu mata palsu dan mengekalkannya.
Antara aspek penting dalam analisis mata adalah para penggaya perlu mengesan kekurangan klien contohnya seperti kelopak mata kuyu. Mereka akan menilai gaya bulu mata yang mana sesuai untuk menutupi kekurangan itu. Kadang-kadang, klien tidak sedar bahawa mereka memilikinya. Sebagai ahli bulu mata sambungan yang profesional, kita perlu tahu cara untuk menerangkan kepada klien dalam terma yang ringkas tentang gaya bulu mata sambungan tertentu yang mungkin tidak sesuai untuk sesetengah keadaan.
Lentikan bulu mata vs jenis mata
Adakah pilihan lentikan bulu mata penting semasa pemakaian bulu mata palsu? Kami akan kata: ya. Lentikan bulu mata spesifik bukan sahaja bertanggungjawab untuk penampilan bulu mata palsu tapi akan mengubah seluruh penampilan wajah anda. Bulu mata mempunyai kuasa untuk menutupi kelopak mata yang kuyu atau mata yang menurun tapi anda perlu tahu bahawa pilihan yang salah juga boleh memberi kesan buruk kepada klien. Apa yang penting, dengan bulu mata palsu, lash artist akan menjadikan mata anda kelihatan lebih kecil atau besar serta mencipta ilusi optikal untuk mata yang terlalu kecil atau terlalu besar. Sama juga untuk mata yang dalam atau tersembul.
Lentikan yang mana ditujukan untuk jenis mata tertentu?
- Mata jenis kuyu: lentikan yang biasa digunakan ialah D, L, dan M. Lentikan yang kuat akan menutupi sisa kulit pada kelopak mata. Sebaiknya anda meletak bulu mata bersaiz pendek atau medium di bucu luar dan bulu mata yang lebih panjang jenis kipas di tengah.
- Mata jenis menurun: apabila bucu mata luar menurun, mata kelihatan tidak simetri dengan bucu dalam. Jangan letak bulu mata panjang di bucu luar kerana akan menerangkan hasil menurun dengan ketara. Dari tengah mata ke bucu luar, naikkan lentikan bulu mata anda (C dan D).
- Mata jenis besar: pilih bulu mata dengan panjang optimum (terlalu panjang akan memberi kesan melampau). Letak dengan menunjuk ke arah bucu dalam mata. Pilih lentikan C dan anda boleh guna D selepas melepasi hujung iris untuk membuatkan mata lebih panjang.
- Mata kecil: pilih bulu mata pendek (yang panjang akan membuatkan mata kelihatan lebih kecil) menunjuk ke arah luar dengan lentik C atau D untuk mata kelihatan lebih besar.
- Mata jenis rapat: pilih lentikan jenis B atau C dan letak bulu mata pendek ke bucu dalam dan tengah. Anda boleh letak yang lebih panjang hanya di bucu luar untuk mata kelihatan panjang. Halakan bulu mata ke arah bucu luar mata.
- Mata set luas: jangan letak bulu mata panjang di bucu luar kerana akan memberi kesan mendalam yang tidak diingini. Penting untuk anda mata anda kelihatan dekat, jadi, letak bulu mata lurus tanpa menghala ke arah bucu luar. Lentikan jenis A, C, dan D sesuai untuk mata jenis ini.
- Mata jenis dalam: untuk membuatkan mata kelihatan besar, pilih lentikan jenis D atau L menggunakan bulu mata lebih panjang di bahagian tengah kelopak. Mata akan kelihatan lebih menarik dan anda boleh menutupi kelopak kuyu yang merupakan kekurangan untuk mata jenis ini.
- Mata tersembur: elakkan lentikan yang kuat. Guna B dan C atau boleh cuba juga jenis A (J). Sebaiknya guna bulu mata pendek dan letak yang lebih panjang di bucu luar untuk membuatkan mata kelihatan lebih sempit.
Lentikan bulu mata yang mana perlu dipilih untuk gaya bulu mata sambungan tertentu?
Memilih bulu mata mengikut gaya pilihan adalah berdasarkan corak tapi penggaya bulu mata yang bagus pasti tahu bahawa anatomi individu untuk setiap mata klien perlu diambil kira. Setelah kaedah bulu mata sambungan dan hasil yang ingin dicapai dipilih - tiba masanya untuk memilih lentikan bulu mata yang tepat. Berikut adalah beberapa tips untuk membantu anda dalam proses ini.
- Untuk gaya jenis mendatar seperti hasil anak panah atau mata kucing dicipta untuk memanjangkan bucu luar mata. Sesuai guna lentikan jenis M, L atau B. Untuk hasil yang kelihatan semulajadi, elakkan dari menggunakan lentikan yang berat.
- Kesan mata anak patung, Kim, musang dan kadang-kadang kesan mata kucing (bergantung kepada hasil yang diingini) - hasil ini direka untuk membesarkan mata sedikit. Untuk tujuan ini, pastikan pilih lentikan lebih besar dan biasanya kita akan guna bulu mata jenis C, CC, atau D.
- Kesan volume Russian atau Hollywood juga memerlukan lentikan jenis sederhana supaya hasilnya tidak kelihatan buruk. Jenis lentikan biasa yagn diambil ialah lentikan B.
- Bulu mata sambungan yang menggunakan kaedah volume yang lembut seperti 2D atau 3D adalah berdasarkan seleksi jenis lentikan yang berbeza bergantung kepada permintaan klien.
- Kaedah 1:1 tanpa gaya bulu mata tambahan juga boleh digunakan dengan mana-mana jenis lentikan selepas anda menganalisis jenis mata terlebih dahulu.
Jenis lentikan bulu mata - boleh digabungkan bersama?
Secara semulajadi! Setiap bulu mata adalah berbeza. Semasa memakai bulu mata sambungan, anda tidak perlu guna satu jenis bulu mata sahaja. Anda boleh campur asalkan pilih yang sesuai dengan jenis lentikan dan panjang bulu mata untuk mencipta penampilan sempurna. Semasa memilih bulu mata dengan jenis lentikan B atau C, anda perlu ambil kira bahawa lentikan C akan kelihatan lebih pendek berbanding B walaupun panjang kipas untuk kedua-duanya sama 10 mm. Bulu mata jenis C lebih terlentik berbanding B.