Mewarna Bulu Mata. Inai atau Pewarna - Yang Mana Perlu Dipilih?

Mewarna Bulu Mata. Inai atau Pewarna - Yang Mana Perlu Dipilih?

Terdapat beberapa cara untuk mewarna bulu mata dan menjadikannya kelihatan lebih tebal. Biasanya kita akan guna maskara untuk tujuan ini. Ada juga yang akan guna serum atau minyak kastor, tapi anda perlu tunggu untuk melihat hasilnya. Apa yang perlu anda lakukan untuk mencapai hasil yang tahan lama dan pantas berbanding maskara? Cuba inai dan pewarna bulu mata!

Mewarna bulu mata - inai serbuk, gel, atau pewarna bulu mata?

Mari mulakan dengan inai. Ia diperbuat daripada daun Lawsonia dalam bentuk serbuk dan digunakan untuk mewarna bulu mata, rambut dan kening. Mewarna dengan inai agak berbeza berbanding dengan pewarna bulu yang lain kerana:

  • inai dicampurkan dengan hidrogen peroksida yang menyelaputi bulu dari luar dan memberikan warna berbeza. Ia juga akan membuatkan bulu kelihatan tebal dan menyihatkan bulu,
  • pewarna dicampur dengan pengoksida akan menembusi bulu dan mengubah pigmen selama-lamanya.

Mewarna bulu mata - apa yang terlibat?

Mewarna bulu mata dengan serbuk inai adalah menggunakan serbuk herba. Apabila digabungkan dengan air yang telah dimineralkan, hidrogen peroksida atau hydrolase seperi air mawar, ia akan membentuk pes untuk mewarnakan bulu dan kulit. Letakkan pada bulu bersih dan ia melekat pada batang bulu dan mengubah warnanya. Kelebihan inai adalah akan membuatkan bulu kelihatan tebal menjadikan ia lebih panjang.

Inai gel adalah produk akhir yang menggunakan herba semulajadi. Tapi, ia mengandungi bahan perapi atau penggalak warna. Dengan ini, inai gel akan menyelaputi bulu dari luar dan membuatkan ia kelihatan lebat.

Pewarna bulu mata dan kening adalah produk kimia. Biasanya ia didatangkan dalam dua bentuk komponen - pakej yang mengandungi ammonia dan pewarna yang diletak dalam tiub atau paket. Disertakan sekali pengoksida dalam botol. Mewarna dengan pewarna lebih lembut dan tidak mengotorkan kulit tidak seperti inai. Ia tidak menebalkan bulu dan sering digunakan semasa prosedur mengangkat dan laminasi bulu mata untuk meningkatkan hasil dan menggelapkan bulu mata.

Mewarna bulu mata di rumah

Mewarna bulu mata dengan inai di rumah sangatlah murah dan mudah. Anda boleh cari serbuk inai, inai gel, dan pewarna bulu mata di stor dalam talian dan kedai biasa dengan harga berpatutan. Semua produk ini tersedia dalam pelbagai warna (hitam, coklat gelap, coklat cerah, merah, dsdbg.) untuk disesuaikan dengan wajah anda. Produk ini biasanya sesuai untuk mewarna bulu mata dan bulu kening, jadi, anda boleh lakukan sekaligus.

Bagaimana cara untuk bersedia bagi mewarna bulu mata di rumah?

Sebelum mewarnakan bulu mata, sila ambil langkah ini:

  • Sebelum memakai inai atau pewarna, sediakan bulu mata, ikuti arahan dan cuci bulu mata dengan baik. Cuci mekap dan bersihkan bulu mata dengan syampu bulu mata dan kening untuk memastikan ia bebas dari minyak dan kekotoran.

Tip: Jika anda ingin guna inai untuk mewarna bulu kening juga, seeloknya anda skrub dulu bahagian kening dan lengkung. Hal ini bertujuan untuk menyingkirkan sisa kulit mati dan mencipta asas sempurna untuk inai melekat baik pada kulit.

  • Amat penting untuk melindungi kulit di sekeliling mata termasuk kelopak mata. Inai akan meninggalkan sisa pada kulit yang mungkin berguna jika anda ingin mewarna bulu kening tapi tidak untuk bulu mata. Anda boleh guna vaseline atau krim berminyak untuk mencucinya.
  • Inai dan pewarna akan diletak secara terus pada bulu mata. Anda boleh lakukannya tanpa perlindungan tambahan tapi kami syorkan anda untuk guna pad kapas untuk tujuan ini. Hanya lembapkan dan letak pada kelopak mata bawah. Ia akan melindungi kulit dan memudahkan anda untuk meletak inai pada bulu mata.

Apakah panduan untuk mewarnakan bulu mata sendiri?

Mewarna inai pada bulu mata anda sendiri adalah satu prosedur yang mudah. Jika anda sudah sediakan bulu kening atau bulu mata terlebih dahulu, anda boleh terus mula. Kami syorkan untuk memakai inai pada satu mata dan kemudian satu lagi jika anda lakukan seorang diri.

LANGKAH 1: Sediakan inai mengikut arahan pada bungkusan. Anda boleh guna gelas, berus atau pad kapas. Ingat, campurkan bahan dengan baik agar serbuk inai tidak bergumpal.

LANGKAH 2: Letakkan pad kapas lembap pada kelopak mata bawah.

LANGKAH 3: Tutup mata dan mula pakai inai. Cuba agihkan produk di sepanjang bulu mata.

LANGKAH 4: Biarkan inai pada bulu mata selama 15 minit dan pastikan anda mengikuti arahan pada bungkusan. Kadang-kadang masa yang disyorkan ialah 10 minit atau 30 minit. Ini adalah satu perbezaan yang besar dalam proses mewarna.

LANGKAH 5: Berhati-hati semasa mencuci inai dengan air suam. Jangan sampai terkena mata dan jangan gosok bulu mata dengan kuat. Dari segi konsistensi, inai menyerupai lumpur dan senang dicuci.

Siap. Selepas selesai satu mata, anda boleh pakai di mata lain. Untuk mengekalkan ketahanannya, elakkan bulu mata dari terkena air berlebihan (elakkan kolam renang, mandian lama, sauna) untuk  24 jam pertama.

Mewarna bulu mata - hasil

Hasil bulu mata yang diinai memang menakjubkan. Bulu mata kelihatan lebih tebal, gelap, bersinar dan lembap. Garis bulu mata kelihatan lebih tebal. Walaupun inai bulu mata kedengaran aneh, ia menjadi untuk menyerlahkan pandangan dan menerangkan mata anda sehingga anda tidak perlu memakai maskara.

Mewarna bulu mata tidak akan menebalkan bulu tapi membuatkan garis bulu mata kelihatan tebal dengan menggelapkan warna bulu mata sehingga rangka mata kelihatan tajam.

Mewarna bulu mata - berapa lama bertahan?

Kesan mewarna bulu mata biasanya bertahan sehingga 3 minggu. Bulu mata asli akan gugur dan anda boleh ulang proses ini selepas sebulan. Kesannya akan pudar perlahan-lahan dan kelihatan asli, jadi, anda tidak perlu risau jika bulu anda kelihatan semakin teruk buat seketika waktu. Anda boleh letak maskara atau lentikkan dengan curler. Semua ini tidak akan menjejaskan hasil.

Mewarna bulu mata - penjagaan

Mewarna bulu mata tidak memerlukan penjagaan tambahan tapi tidak salah untuk melakukannya. Jika anda ingin terus meningkatkan keadaan bulu mata anda, cuba guna serum bulu mata Nanolash dan letak pada garis bulu mata. Bahan yang mengandungi minyak akan menyingkirkan inai keluar dari bulu mata dan mungkin akan mengurangkan jangka hayat warna bulu mata anda.

Ingat, uruskan bulu mata anda dengan lembut semasa mencuci mekap. Jangan menggosok terlalu kuat.

Mewarna bulu mata - apakah risikonya?

Walaupun inai adalah pewarna semulajadi dan tidak mengandungi ammonia, ia juga mampu memberi kesan kepada badan kita. Sentiasa ambil kira formula produk dan semak jika ia mengandungi bahan-bahan alergik.

Ingat, jangan sesekali meletak inai pada bulu mata yang baru dibuat laminasi, diangkat, atau botoks! Semua prosedur ini akan menggunakan bahan kimia pada bulu mata. Penggunaan inai akan mengeringkan bulu mata anda dengan teruk. Sentiasa dengar nasihat dari lash artist.

Mewarna bulu mata dengan inai atau pewarna tidak disyorkan jika anda sedang mengalami jangkitan mata atau sebarang keradangan untuk tidak memburukkan lagi keadaan.

Mewarna bulu mata semasa mengangkat dan laminasi bulu mata

Selepas membuat prosedur mengangkat dan laminasi, sebaiknya anda biarkan bulu mata anda untuk berehat. Seperti yang diberitahu sebelum ini, semasa prosedur, bulu mata anda akan mengalami proses kimia yang tiada kaitan dengan pewarna herba. Bulu mata yang dibuat prosedur dengan bahan kimia memerlukan hidrasi.

Mewarna tidak salah. Semasa melakukan rawatan mengangkat dan laminasi bulu mata, lash artist biasanya akan menawarkan untuk mewarna sekali. Mewarna bulu mata dibuat ketika ini. Walaupun mengangkat dan laminasi bulu mata mempunyai kesan menyihatkan dan melebatkan untuk bulu, mewarna bulu dengan pilihan warna tertentu boleh menaikkan lagi seri bulu mata anda.

Mengangkat dan laminasi bulu mata di rumah

Sejak kebelakangan ini, mengangkat dan laminasi bulu mata di rumah semakin mampu dimiliki. Para penjual cuba memenuhi keperluan pelanggan dan mencipta kit mengangkat bulu mata khas. Ia boleh digunakan oleh profesional tapi sesuai juga jika anda ingin membuat sendiri prosedur ini. Kit ini didatangkan bersama arahan jelas dan ringkas yang pasti senang untuk dilakukan. Untuk maklumat lanjut tentang mengangkat dan laminasi bulu mata di rumah, lihat siaran ini.

NOTA: Bukan semua kit disertakan bersama pewarna bulu mata. Sebaiknya anda beli terlebih dahulu.



Tulis komen. Ia akan disiarkan sebaik sahaja diluluskan oleh moderator.
Polisi privasi

Laman web menggunakan cookies termasuklah yang pihak ketiga untuk menggunakan alat luaran. Jika pengguna tidak memberi keizinan, kami akan menggunakan cookies yang penting sahaja. Anda boleh tukar tetapan ini pada pelayan bila-bila masa sahaja. Adakah anda memberi izin untuk kami menggunakan cookies anda?

Polisi privasi