Terokai Trend Bulu Mata Sambungan Yang Bergaya dan Sesuaikan Dengan Mata Anda!

Terokai Trend Bulu Mata Sambungan Yang Bergaya dan Sesuaikan Dengan Mata Anda!

Bulu mata sambungan boleh dibuat dengan kaedah klasik, volume, atau hibrid tapi hasil akhir bergantung kepada gaya yang anda pilih. Layari pilihan yang ada dan pilih yang mana sesuai dengan anda!

Gaya bulu mata sambungan - apa yang perlu diambil kira sebelum membuat keputusan?

Setiap kaedah bulu mata sambungan - klasik, volume dan hibrid - boleh digunakan untuk mencipta pelbagai gaya menarik. Hampir kesemuanya adalah popular tapi bukan semua sesuai untuk semua orang. Jenis mata terbahagi kepada bentuk dan keadaan:

  • kecil dan besar,
  • bentuk bulat dan badam (almond),
  • tersembur dan dalam,
  • jenis luas dan sempit.

Sesetengah gaya bulu mata mampu menerangkan lagi kekurangan seseorang seperti orang yang mempunyai mata jenis kuyu, mata bertudung, dsbg. Disebabkan itu, lash artist perlu menilai sendiri jenis mata klien dan memberi pendapat gaya yang bersesuaian. Pilihan akhir terpulang kepada klien. Sekurang-kurangnya anda tidak akan menyesal membuat keputusan selepas prosedur selesai.

Gaya bulu mata sambungan paling popular - cari sesuatu yang sesuai untuk anda!

  • Mata kucing

Ini adalah gaya bulu mata palsu yang sangat popular biasanya dilakukan semasa kaedah bulu mata sambungan 1:1. Lash artist akan melekat bulu mata sambungan pada bulu mata asli untuk meningkatkan panjangnya dari dalam sehingga ke bucu luar. Kaedah ini akan memanjangkan bucu luar dan menyempitkan mata secara visual. Jika klien mempunyai bulu mata panjang asli, penggaya akan gamkan bulu mata palsu berdekatan bucu luar supaya hasilnya kelihatan semulajadi.

Gaya ini sesuai untuk mata besar, bulat dan mata yang berjarak sempit. Untuk mata berbentuk badam, mata bertudung, atau kuyu, gaya ini sesuai untuk menyerlahkan kesan itu.

  • Mata tupai

Kaedah penggayaan ini akan meningkatkan panjang bulu mata palsu perlahan-lahan bermula dari bucu dalam. Semasa penggaya mencapai titik tertinggi lengkung kening, beliau akan meletak bulu mata pendek dan semakin pendek. Kaedah ini direka untuk mengangkat bucu mata untuk membuatkan mata kelihatan lebih besar dan terbuka.

Gaya ini sesuai untuk mata yang rapat dan kuyu.

  • Bulu mata Kim Camellia

Kesan ini juga dikenali sebagai gaya Kim atau Kim Kardashian untuk kaedah volume ini. Gaya ini super popular sekarang. Kesan Kardashian ini akan mencampurkan panjang bulu mata berbeza yang dibentuk kepada kipas. Gaya ini akan memberikan hasil semulajadi tanpa kemasan mendatar dan keterlaluan.

Ia akan menyerlahkan pandangan dengan cantik dan membuka mata. Ia cukup versatil untuk sesuai dengan kebanyakan jenis mata.

  • Kesan Eyeliner

Kesan eyeliner dibuat dengan mencipta kesan 2-dalam-1 - menyerlahkan bulu mata dengan ketara dan kesan eyeliner pada kelopak mata. Bulu mata akan diletak dari bucu dalam sehingga ke bucu luar dengan menaikkan panjang perlahan-lahan tapi dengan lentikan minimum untuk mencipta kesan eyeliner pada kelopak mata.

Gaya ini cantik tapi sesuai untuk klien tertentu sahaja. Sesuai untuk orang yang mempunyai mata berbentuk badam dengan bucu luar tinggi. Untuk orang yang mempunyai mata jenis dalam atau kuyu, kesan ini boleh akan menimbulkan hasil yang tidak memberansangkan.

  • Russian Volume dan Hollywood Volume

Gaya ini adalah pilihan ramai jika memilih bulu mata sambungan volume (2-8D). Bulu mata palsu yang memilih gaya ini adalah ditiruskan pada dasar supaya ia kelihatan semulajadi dan tidak memberatkan mata. Bulu mata dan garis bulu kelihatan lebih tebal menghasilkan bulu mata kipas pada mata.

Gaya ini sesuai untuk orang yang mempunyai mata sempit yang ingin membuatkan ia kelihatan lebih besar dan menyorokkan mata kuyu dan mata jenis mendalam.

Bulu mata berwarna-warni - bagaimana cara untuk menyerlahkan mata dengan warna?

Bulu mata sambungan yang menggunakan bulu sintetik berwarna secara teknikalnya berbeza dengan kaedah sambungan standard - klasik, volume, atau hibrid. Tapi, bulu mata berwarna terbahagi kepada tiga variasi:

  • penuh - penampilan keseluruhan dalam satu warna,
  • campuran - penggaya menggabungkan warna semasa prosedur,
  • ombre - bulu mata hitam tapi hujung warna lain,

Ramai wanita tidak memilih bulu mata berwarna kerana hasilnya yang menarik perhatian ramai dan tidak sesuai untuk kegunaan harian. Biasanya, mereka memilih aksen halus yang tidak terlalu menonjol, berwarna pelangi. Bulu mata sambungan mampu bertahan selama 4 minggu dan bukan semua orang mampu untuk membuat semula berulang kali gaya ekspresif sebegitu.

Bagaimana cara untuk sesuaikan bulu mata berwarna-warni dengan warna mata anda?

Bulu mata sambungan berwarna-warni adalah satu pilihan untuk wanita yang ingin menonjol dan menarik perhatian ramai orang tapi jangan risau, ada juga pilihan yang hampir sama dengan penampilan semulajadi. Ada sesetengah warna yang agak berbeza dari hitam klasik yang direka untuk melengkapi warna mata melalui kontras (warna kontras) atau untuk menyerlahkan mata (warna harmoni). Bagaimana cara untuk memilih warna terbaik?

  • MATA HIJAU - warna kontras: MERAH, COKLAT, UNGU, LILAC; warna harmoni: KUNING, BIRU, HIJAU
  • MATA COKLAM DALAM - warna kontras: KUNING, UNGU, HIJAU; warna harmoni: COKLAT, PIC, SALMON
  • MATA BIRU, KELABU - warna kontras: KUNING, BURGUNDY, UNGU, OREN; warna harmoni: HIJAU, GRAFIT, MERAH JAMBU, KELABU
  • MATA HAZEL - warna kontras: HIJAU, BIRU, UNGU; warna harmoni: BEIGE, COKLAT, KELABU, PIC

Bulu mata sambungan berwarna-warni - cara untuk sebatikan warna dengan betul?

Untuk memastikan hasil mekap tidak keterlaluan dan juga untuk bulu mata sesuai dipakai setiap hari, lash artist mesti memilih warna dengan baik dan sebatikan bulu mata berwarna cukup halus untuk memenuhi fungsi bagi menyerlahkan mata. Biasanya anda boleh memilih antara dua kesan:

  • penggaya meletak beberapa bulu mata berwarna antara bulu mata semulajadi untuk mencipta kesan halus dan tidak terlalu melebih sentuhan dengan warna yang dipilih,
  • penggaya tidak mencampurkan warna tapi pilih satu segmen bulu mata (biasanya berdekatan bucu luar mata) dan meletak beberapa bulu mata mengikut warna dipilih untuk mencipta warna-warni yang terang.
  • Sekarang, sudah ramai klien berani memilih cara berbeza dan mereka tidak mahu bulu mata warna hitam. Antara tiga kesan paling popular ialah:
  • penampilan dengan satu warna,
  • penampilan satu warna dicampurkan dengan shade,
  • penampilan pelangi dicipta dengan beberapa warna bulu mata dan menggabungkannya bersama.


Tulis komen. Ia akan disiarkan sebaik sahaja diluluskan oleh moderator.
Polisi privasi

Laman web menggunakan cookies termasuklah yang pihak ketiga untuk menggunakan alat luaran. Jika pengguna tidak memberi keizinan, kami akan menggunakan cookies yang penting sahaja. Anda boleh tukar tetapan ini pada pelayan bila-bila masa sahaja. Adakah anda memberi izin untuk kami menggunakan cookies anda?

Polisi privasi