Pemetaan bulu mata - Apakah Itu Dan Bagaimana Caranya?

Pemetaan bulu mata - Apakah Itu Dan Bagaimana Caranya?

Pemetaan bulu mata memang berbaloi tidak kira sama ada anda adalah seorang lash artist pemula atau yang sudah berpengalaman dalam bidang ini. Pemetaan bulu mata direka untuk memastikan proses pemasangan bulu mata sambungan menjadi lebih mudah dan jimat masa. Bagaimana cara melakukan pemetaan bulu mata dengan betul? Adakah ia benar-benar berguna? Adakah berbaloi untuk menggunakan peta bulu mata sedia ada atau buat sendiri? Jom kita lihat!

Pemetaan bulu mata - apakah itu?

Peta bulu mata atau dalam kata lain adalah gambar rajah bulu mata sambungan yang menunjukkan pilihan bulu mata dan diletak pada satu segmen pada bulu mata asli. Peta ini bertujuan untuk menjadikan penggaya bulu mata lebih senang mencipta penampilan bulu mata spesifik dan mengekalkan simetri mata klien. Tambahan lagi, pemetaan bulu mata menjimatkan masa untuk membuat prosedur. Ia mengambil masa kurang daripada seminit. Anda tidak perlu membazir masa berharga untuk memikirkan langkah apa yang perlu dibuat untuk rawatan dan hanya buat mengikut seperti yang ditunjukkan peta bulu mata.

Pemetaan bulu mata - siapa yang perlu buat?

Pemetaan bulu mata berguna untuk penggaya bulu mata yang masih baru dan berpengalaman. Pilihan yang bagus untuk pemula untuk mempelajari cara mencipta gaya bulu mata dan menyerap maklumat dengan lebih baik dari segi ketebalan, panjang, dan lentikan serta kaedah bulu mata sambungan.

Lash artist yang berpengalaman juga boleh menggunakan cara ini untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja mereka. Pemetaan bulu mata pasti akan meningkatkan produktiviti mereka dengan berkesan. Oleh itu, cuba belajar cara membuat pemetaan bulu mata dan aplikasikan dalam kaedah anda.

Bagaimana cara melakukan pemetaan bulu mata?

Proses ini mudah sahaja. Semasa anda sedang mempersiapkan klien untuk membuat bulu mata sambungan, pastikan anda ingat langkah yang paling penting - untuk mengasingkan bulu mata bawah dengan atas supaya ia tidak mengganggu pemasangan bulu mata palsu. Anda boleh lakukan dengan pad khas (hidrogel atau yang diperbuat daripada bahan bebas serat). Letaknya pada kelopak mata bawah, asingkan bulu mata bawah dan mula letak bulu mata sambungan. Jika anda ingin mencipta peta bulu mata, inilah masanya.

Ambil pen atau marken halus dan lukis titik pada pad untuk menunjukkan panjang bulu mata palsu yang anda ingin guna. Lukis garis panjang untuk menunjukkan sambungan bulu mata asli. Dengan cara ini, kita akan membahagikan bulu mata kepada segmen dengan tandakan mengikut nombor yang sama dengan panjang bulu mata. Inilah cara kami mengetahui bulu mata mana untuk dicapai semasa prosedur bulu mata sambungan. Itu sahaja! Pemetaan bulu mata tidak mengambil masa yang lama dan tenaga yang banyak dan sudah pasti berguna untuk anda.

Apa yang perlu diberi perhatian semasa membuat pemetaan bulu mata?

Ingat bahawa semakin banyak anda berlatih, semakin sempurna kejadiaannya. Pemetaan bulu mata tidak sukar dan semakin lama, setiap penggaya bulu mata boleh mencipta kaedah mereka sendiri tapi untuk mencapai hasil yang terbaik dan betul, anda perlu memberi perhatian kepada beberapa faktor:

  • Ukur panjang kedua-dua mata dengan betul. Ingat bahawa kedua-dua belah mata tidak sama, cuba kekalkan simeteri bulu mata.
  • Lakukan pemetaan bulu mata semasa klien berada dalam keadaan berdiri atau duduk. Semasa dibuat semasa baring, hasil akan terjejas kerana graviti menyebabkan kelopak mata tidak selari.
  • Anda juga boleh tandakan peta pada kelopak mata menggunakan titik kecil. Hal ini kerana semasa pemasangan bulu mata palsu, kelopak mata akan meregang dan mengubah bentuknya. Dengan melukis titik, penggaya boleh mengawal proses pemetaan.

TIP: Semasa memilih pen untuk mencipta peta bulu mata, pilih warna yang bukan warna hitam. Sama ada hijau atau pink. Ia akan membuatkan mata anda kelihatan kurang penat kerana warna bulu mata dan warna peta akan kontras sesama mereka.

Peta bulu mata sedia guna - adakah berbaloi?

Peta bulu mata sedia guna adalah sticker yang anda boleh lekatkan pada pad hidrogel. Memudahkan kerja anda tapi ini bukanlah pilihan terbaik. Inilah sebabnya kenapa ia bukan pilihan terbaik.

  1. Dengan menggunakan patch sedia guna, anda tidak boleh mencipta kaedah anda sendiri. Patch ini terbahagi kepada gaya bulu mata berbeza tapi ramai ahli profesional percaya bahawa ia lebih baik anda berlatih dalam bidang ini. Tambahan lagi, klien pasti akan menghargai pendekatan secara individu dan perhatian khusus.
  2. Lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Peringatan: setiap orang memiliki mata yang berbeza dan kadang-kadang mata kiri kanan tidak simetri. Dengan menggunakan stensil sama pada belah kiri dan kanan mata akan mencipta penampilan yang tidak simetri. Oleh itu, sebaiknya untuk penggaya bulu mata menganalisis bentuk mata dan melukis peta bulu mata sendiri bagi mencipta penampilan bulu mata yang cantik dan simetri.

Pemetaan bulu mata untuk gaya bulu mata popular

  • Kesan mata anak patung: Guna bulu mata paling panjang pada tengah mata. Kesan anak patung direka untuk membuatkan mata menjadi lebih bulat dan lebih terang secara visual. Kesan ini sesuai untuk orang yang mempunyai mata bentuk badam atau mata yang mempunyai ruang luas.
  • Kesan mata kucing: Kesan ini akan membuatkan mata kelihatan lebih panjang. Ia akan membuatkan bulu mata kelihatan lebih panjang dari tengah sehingga bucu mata luar. Tapi, ingat pastikan guna bulu mata lebih pendek (dengan 1 atau 2 mm) pada bucu ruang luang. Bulu mata semulajadi lebih panjang dan kadang-kadang lebih lemah di ruang ini jadi senang untuk bulu mata gugur atau melurut ke bawah seterusnya menjejaskan penampilan akhir. Gaya ini dikatakan agak universal tapi sesuai untuk mata jenis close-set atau mata droopy.
  • Kesan mata tupai: Anda boleh lihat kesan ini dengan bentuk gunung. Ia akan meningkat perlahan-lahan mengikut panjang bulu mata dari bucu mata dalam sehingga anda mencapai titik lengkung paling tinggi kemudian turunkan panjang bulu mata anda. Kesan ini bertujuan untuk mengangkat bucu luar mata supaya ia kelihatan sesuai dengan orang yang memiliki mata jenis bentuk badam atau rapat dengan kelopak mata jenis terkulai.
  • Kesan Kim: Salah satu kesan bulu mata sambungan yang paling popular dan digemari ramai. Seperti yang anda lihat dalam gambar, selain daripada volume bulu mata standard, setiap segmen yang berjaya ditingkatkan dengan bulu mata yang lebih panjang berjaya mencipta sinar yang menakjubkan. Ini adalah kesan universal tapi sesuai untuk orang yang memiliki mata bentuk badam atau bulat.


Tulis komen. Ia akan disiarkan sebaik sahaja diluluskan oleh moderator.
Polisi privasi

Laman web menggunakan cookies termasuklah yang pihak ketiga untuk menggunakan alat luaran. Jika pengguna tidak memberi keizinan, kami akan menggunakan cookies yang penting sahaja. Anda boleh tukar tetapan ini pada pelayan bila-bila masa sahaja. Adakah anda memberi izin untuk kami menggunakan cookies anda?

Polisi privasi